- PPSMI adalah idea mantan Presiden UMNO dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang.
- Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.
- PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibu bapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah.
- PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar.
- Ibu bapa yang tidak bertutur bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah.
- Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI.
- PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera dll.
- PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.
- Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI.
- PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang oleh majoriti rakyat.
- Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.
- Cendekiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI.
- Kerajaan BN membakulsampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.
- PSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.
- Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.
- PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan-bahan bahasa Inggeris.
- Kaum Cina pun menentang PPSMI.
- Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan elitis yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris.
- PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara.
- PPSMI menghina bahasa Melayu.
- PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
- Bahasa Inggeris gagal mengayakan Filipina, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika yang meminjamnya.
- Semua 40 buah negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing.
- Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kaya raya.
- Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin
Himpunan bahan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Isnin, 26 Januari 2009
25 Sebab Kita Tolak PPSMI
25 Sebab Kita Tolak PPSMI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan