Ahad, 15 Februari 2009

477,575 (92%) Calon Jawab Sains, Matematik, dalam BM

477,575 calon jawab Sains, Matematik, dalam BM
Utusan Malaysia, 5 Februari 2009

PUTRAJAYA 14 Feb. – Seramai 477,575 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam menjawab kertas Sains dan Matematik.
Daripada jumlah itu 243,799 menjawab bagi kertas Sains dan 233,766 lagi bagi kertas Matematik.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, kenyataan Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) bahawa seramai 625,987 calon menjawab kertas Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu adalah mengelirukan.

‘‘Jumlah itu adalah mengelirukan kerana murid yang mendaftar UPSR 2008 hanya seramai 518,616,’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan GMP mendedahkan 625,987 murid tidak menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pada UPSR tahun lalu.

Tiada ulasan: