Sabtu, 7 Februari 2009

GAPENA Ugut Hishamuddin

Ainon/UNIKA PTS, 20Disember 2008 http://www.universitipts.com/

Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama, percuma!
Klik pautan yang berkenaan.

GAPENA Ugut Hishamuddin Supaya Meletakkan Jawatan Sebelum 15 Mac 2009

"Saya ugut menteri Hishammuddin agar dia meletakkan jawatan. Apa-apa yang kementerian lakukan sekarang ini berhubung PPSMI ini memang salah. Kita akan hantar notis dan beri tempoh sehingga 15 Mac sahaja menjelang Perhimpunan Agung Umno. Kalau tidak, kami akan buat laporan polis. Kami sedang menyusun beberapa perancangan berhubung hal itu," kata Ketua II Gapena, Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Beliau mengeluarkan ugutan itu dalam sebuah forum anjuran ASASI yang diadakan di Universiti Malaya pada 20 Disember lalu.

Nota:
GAPENA adalah pertubuhan Melayu yang kuat pro-UMNO.

Ainon/UNIKA PTS, 20Disember 2008 http://www.universitipts.com/
Pejuang Bahasa Menubuhkan Tabung bagi Membawa PPSMI ke Mahkamah

Sekumpulan pejuang-pejuang bahasa yang menamakan diri mereka KUMPULAN PRIHATIN telah menubuhkan tabung bagi membiayai proses membawa PPSMI ke mahkamah.

Saya peribadi mendermakan RM1,800.00. Wang itu adalah yuran yang baru saya terima dari Pejabat Akauntan Negara bagi perkhidmatan melatih pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia teknik berfikir kreatif!

Tiada ulasan: