Pengenalan
Kertas ini membentangkan ringkasan hasil kajian yang kami jalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim bagi mencari jawapan kepada soalan: Sejauh manakah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar?
Tujuan ditumpukan terutama kepada pelajar Melayu dalam menguasai Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah.
Kumpulan PenyelidikProjek penyelidikan dikendalikan oleh pasukan berikut:
Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron (Ketua)
Prof. Madya Dr. Abdul Latif Hj. Gapor
Dr. Md Nasir bin Masran
Dr. Mariam binti Mohamad
Encik Abdul Halim bin Ibrahim
Petikan
Kesimpulan besar pertama: Dapatan di atas menunjukkan dasar penggunaan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kefahaman konsep, ilmu dan kemahiran Matematik dan Sains pelajar sekolah rendah dan menengah (seperti yang diharapkan dalam siaran akhbar YB Menteri Pelajaran Julai 2002) tidak tercapai; bahkan kesannya adalah negatif.
Ini ialah kerana kebanyakan pelajar, terutama pelajar Melayu/bumiputera, lemah bahasa Inggeris. Kebanyakan guru juga lemah dalam bahasa Inggeris untuk menerangkan dengan jelas dan selesa konsep, ilmu dan kemahiran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Kedua-dua faktor ini berganda akibatnya, menyebabkan murid sukar dan lemah dalam matematik dan sains. Mereka juga sukar memahami kandungan buku teks dalam bahasa Inggeris. Kesannya adalah seperti yang ditunjuk dalam hasil ujian Matematik dan Sains pada Tahun 5 sekolah rendah, dan di Tingkatan 1 dan 2 di sekolah menengah.
Untuk membaca laporan lengkap kajian Prof. Emeritus Dato' Isahak Harun dan rakan-rakannya, klik di sini. Ringkasan kajian mereka terdapat di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan