Sabtu, 7 Februari 2009

Pola Fikir Khalid dalam Bahasa Ibunda Kalahkan Rom

Ainon/UNIKA PTS, 19 Disember 2008 http://www.universitipts.com/
Pola Fikir Khalid dalam Bahasa Ibunda Kalahkan Rom

Perang Muktah adalah satu-satunya peperangan antara Nabi Muhammad dengan tentera Rome. Inilah peperangan yang melahirkan Khalid bin Walid sebagai panglima perang yang paling pintar. Ada sejarawan orientalis yang menyamakan kepintaran Khalid dengan Napoleon Bonaparte.

Inilah juga satu-satu peperangan di mana Nabi Muhammad tidak menggunakan strategi defensif, di mana beliau tidak menunggu musuh datang ke Madinah. Buat pertama kali beliau menggunakan strategi ofensif, dengan menghantar tenteranya keluar dari Madinah, pergi jauh ke Muktah dan berdepan dengan tentera Rome di sana.

Tentera Islam berjumlah 3 ribu orang manakala tentera Rome berjumlah 100 ribu orang, dengan 100 ribu lagi tentera tambahan yang sedia dihantar bila-bila perlu.

Khalid bin Walid mengalahkan tentera Rome dengan menggunakan strategi, taktik dan tipu daya yang original, yang tidak dipelajari ataupun diketahui oleh mana-mana panglima perang Rome.
Khalid bin Walid tidak pandai bahasa Latin, justeru tidak membaca buku-buku ilmu perang yang tertulis dalam bahasa Latin. Dengan hal yang demikian, Khalid berfikir dalam bahasa Arab, justeru pola-fikir beliau kekal pola-fikir Arab.

Tentera Rom kalah disebabkan panglima-panglimanya tidak dapat membaca pola-fikir Khalid bin Walid.

Tiada ulasan: