Rabu, 14 Januari 2009

Cina Guna Bahasa Ibunda ke Angkasa

Prof. Dr. Abdullah Hassan, 30 Disember 2008 http://profabdullah1.wordpress.com/
Taikonaut China (Ulangan Siaran 1 Oktober 2008)
Sumber: CCTV.com: 30 September 2008, 09:24 pagi

Ketiga-tiga orang taikonaut Shenzhou-7 tiba di Beijing selepas berjaya menyempurnakan misi mereka iaitu berjalan di angkasa lepas. Ini adalah percubaan pertama berjalan di angkasa dilakukan oleh China. Mereka tiba di Lapangan Terbang Xijiao Beijing pada pagi Isnin 30 September (2008). Mereka disambut dengan meriahnya dalam sebuah upacara menyambut kepulangan wira negara.

Kanak-kanak sebagai perintis menyambut kepulangan Taikonaut Zhai Zhigang, Liu Boming and Jing Haipeng dengan jambangan bunga, di Markas Program Angkasa Lepas, di pinggir utara Beijing pada 29 September 2008. Taikonaut ini baru sahaja menyempurnakan misi berjalan di angkasa lepas, dan pulang pada pagi Isnin.

Ketibaan mereka disambut oleh beratus orang peminat dan pegawai tinggi Republik rakyat China bagi menyambut kepulangan mereka di Langangan Terbang Xijiao Beijing.

Selepas itu kru Shenzhou-7 memberi sebuah taklimat ringkas. Mereka sudah menyempurnakan misi yang memakan masa 68 jam itu dengan jayanya. “Astronaut Zhai Zhigang, Liu Boming dan Jing Haipeng telah menyempurnakan misi Shenzhou-7 dengan mencapai kejayaan melakukan eksperimen EVA dan eksperimen lain semasa penerbangan yang memakan masa tiga hari itu. Mereka tiba di bumi semula selepas mendarat di Perdalaman Mongolia pada 5:38 PM, 28 September 2008″,

Kejayaan mereka itu disanjung tinggi oleh Naib Pengerusi Komisyen Pusat Ketenteraan negara China itu. Beliau menganggap itu sebagai sebuah kejayaan yang bersejarah.

Taikonaut China yang berjaya menyempurnakan misi ketiga dalam Menghantar Pesawat Bermanusia ke angkasa lepas. Tabik hormat mereka selepas turun dari kapal terbang di Beijing, ibu negara China, pada 29 September 2008.

Guo Boxiong, Naib Pengerusi, Komisyen Pusat Tentera mengucapkan tahniah kepada mereka, “Tuan-tuan sudah berjaya menyempurnakan misi ini dengan keberanian sebenar. Tuan-tuan berani membuat keputusan yang rasional dengan tenang dan melaksanakan operasi yang rapi dalam penerbangan Tuan-tuan. Tuan-tuan sudah melakukan “berjalan di angkasa lepas” yang pertama dilaksanakan oleh negara kita, dengan memakai pakaian angkasa lepas yang dibuat di China. Inilah detik baru dalam perjuangan kita mengeksplorasi angkasa lepas.”

Tahniah Tuan Guo Boxiong, tahniah para taikonaut China, tahniah kepada seluruh pasukan projek Shenzhou. Tuan-tuan tidak sekadar membeli tiket dan menumpang pesawat negara lain, dalam bahasa lain. Itulah kejayaan sebenar. Tidak akan ada orang yang mengatakan kejayaan Shenzhou ini sebagai Indah khabar dari rupa dan Mahal rantai daripada beruknya.

Istilah Shénzhōu asalnya bermakna negara China, tetapi ia juga bermakna Syurga di Kayangan. Tahniah atas kejayaan Tuan dalam meneroka teknologi baru dalam bahasa dan budaya China, dan pakaian China. Selamat menempuh era angkasa lepas. SEBUAH KEJAYAAN DALAM PERADABAN BARU.

Adapun PERADABAN sesuatu bangsa itu tidak pernah dibina dalam bahasa pinjaman. Tidak juga bahasa Inggeris. Apa-apa kemajuan yang terbina dalam bahasa Inggeris akan menjadi peradaban pinggiran kepada Inggeris. Hanya peradaban dalam bahasa sendiri yang dapat menjadi nukleus peradaban sendiri. Dan, ada banyak peradaban besar yang dibina dengan tidak mengenali bahasa Inggeris.

taikonaut (taiko “kosmo” + astronaut) atau (taikong + astronaut)

Tiada ulasan: