Sabtu, 17 Januari 2009

Khuatir Tidak Mendapat Pekerjaan

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, 16 Disember 2008 http://profabdullah1.wordpress.com/
Jikalau tidak tahu berbahasa Inggeris, nanti anak kami tidak mendapat pekerjaan!

Empat orang bapa sedang minum-minum di gerai kopi di Ulu Slim, Perak, ditanya, “Apakah Tuan-Tuan menyokong PPSMI?”

Semuanya menjawab, “Ya, sebabnya, jikalau anak kami tidak dapat berbahasa Inggeris, nanti mereka tidak mendapat pekerjaan!”

Dan, apabila ditanya lagi, “Apakah anak tuan-tuan memahami pelajaran sains dan matematik melalui bahasa Inggeris sekarang?”

Semuanya mengeluh, “Entahlah!”

“Gurunya pun tidak dapat membantu!” berkata salah seorang daripada mereka.
Lalu ditanya lagi, “Jikalau demikian, anak tuan-tuan itu nanti dapatkah pekerjaan yang diharapkan itu atau tidak?”

“Tiada pelajaran dan tiada bahasa Inggeris, dan bahasa Melayunya pun entah ke mana,” sambung seorang daripadanya.

Itulah senario tidak berapa tahun dari hari ini.

Semuanya bungkam. Tiada apa yang terkatakan lagi.

Sekiranya itulah teknik ugutan yang digunakan bagi mendapatkan persetujuan mereka, “Jikalau tidak dapat berbahasa Inggeris nanti anak-anak mereka tidak mendapat pekerjaan,” alangkah salahnya!

Yang memberikan pekerjaan itu adalah ilmunya, bukan bahasa Inggerisnya. Ilmu mesti sampai kepada rakyat. Bahasa yang dapat menyampaikan ilmu kepada rakyat adalah bahasa ibundanya.

Tiada ulasan: