Kajian Keberkesanan PPSMI
Catatan Mohd Isa bin Abd Razak
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/
Pada bulan Julai 2002, kerajaan mengumumkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar itu dilaksanakan pada awal tahun 2003.
Pada tahun 2007, sekumpulan pengkaji dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) mengkaji dasar itu. Kumpulan itu diketuai oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Isahak bin Haron. Ahli kumpulannya ialah Prof. Madya Dr. Abdul Latif Hj, Gapor, Dr. Md Nasir bin Masran, Encik Abdul Halim bin Ibrahim dan Dr. Mariam binti Mohamed Nor.
Para pengkaji meninjau keberkesanan PPSMI untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Mereka juga meninjau keberkesanan dasar itu untuk meningkat kemahiran pelajar dalam bahasa Inggeris.
Laporan kajian itu diterbitkan oleh Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UPSI pada bulan April 2008. Sila muat turun versi PDF (portable document format) laporan itu. Klik pautan di bawah.
Laporan Kajian PPSMI (UPSI, 2008)
atau di sini:
http://www.scribd.com/doc/11492280/PPPSMI-Kajian-UPSI-April-2008-Penuh
Saiz fail ini ialah 3,825 kb. Proses muat turun mungkin memakan masa. Sila bersabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan