Sabtu, 7 Februari 2009

Bahasa Inggeris Menggagalkan Pembangunan Filipina

Ainon/UNIKA PTS, 26 Disember 2008 http://www.universitipts.com/
Bagaimana Bahasa Inggeris Menggagalkan Pembangunan Tenaga Manusia Bangsa Filipina

Banyak orang yakin bahasa Inggeris adalah alat bagi memajukan penguasaan teknologi oleh bangsa-bangsa yang meminjamnya. Jika perkara itu benar, Filipina tentu sudah dapat dijadikan bukti kejayaan tersebut kerana Filipina sudah hampir 100 tahun menggunakan bahasa Inggeris.

Namun, selepas 100 tahun menggunakan bahasa Inggeris bagi memandaikan rakyatnya, eksport terbesar negara Filipina bukan pelbagai produk berteknologi tinggi yang dicipta dan dihasilkan oleh otak-otak terbaik dan terpintar rakyat negara tersebut. Sebaliknya, Filipina adalah negara pengeksport buruh kasar dan separuh-kasar terbesar di dunia.

Jutaan pelajar luar bandar Filipina yang setiap tahun gagal matematik dan sains disebabkan penguasaan bahasa Inggeris mereka lemah akhirnya mereka menjadi buruh yang dieksport.

Baca di sini.

Tiada ulasan: