Sabtu, 7 Februari 2009

Meja Bulat Berhakim kepada Beruk

Isu PPSMI
Meja Bulat Berhakim kepada Beruk - Pejabat Menteri Pelajaran Menapis Kehadiran Meja Bulat

Kita mendapat maklumat bahawa kakitangan Kementerian Pelajaran menapis senarai nama orang-orang yang boleh hadir dalam mesyuarat meja bulat ke-5 yang diadakan pada Selasa 16 Disember lalu.

Sumber kita memaklumkan antara nama-nama mereka yang digam adalah Profesor Emeritus Dato' Dr. Ishak Harun. Beliau adalah antara pakar pendidikan yang menjalankan kajian prestasi PPSMI, dan hasil laporan itu pernah diterbitkan oleh akhbar NST.

Kakitangan di pejabat menteri pelajaran kita benar-benar, bak kata pepatah Melayu, berhakim kepada beruk. Mereka menjemput orang-orang yang tidak menjalankan kajian-kajian empiris tentang kesan PPSMI. Termasuk beruk-beruk itu adalah pakar luar negara yang dijemput membentangkan kertas kerja padahal beruk itu tidak pernah menjalankan kajian di negara ini.

Dalam pusingan ke-5 itu, Ketua Pengarah Pelajaran kita juga bersaksi kepada lutut kakinya sendiri apabila beliau hanya menjemput mereka yang menyokong dan menyebelahi dirinya.
Parti Gerakan membantah apabila parti itu tidak dijemput.

Tiada ulasan: