Sabtu, 7 Februari 2009

Respons Pengunjung: Gembira dengan Pendirian Gapena

RESPONS PENGUNJUNG
Adnan M on 12/20 at 10:29 PM

Assalamualaikum,

Kita patut gembira dengan pendirian Gapena sekalipun agak lambat. Selepas ini diharapkan ada lagi NGO yang akan mengikut jejak Gapena ini.

Kita pun hendak menunggu apa yang dibincangkan oleh Gapena dalam seminar perpaduan Melayu yang berlangsung di Kota Baru hari ini (20 Disember 2009 ).

Namun saya kecewa dengan pendirian seorang penerima SEA write Award, yang menyokong PPSMI ini. Dalam perbualan dengannya petang tadi, beliau memperlekeh guru-guru yang katanya tidak mahir berbahasa Inggeris sebagai bukti kegagalan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Tapi apabila saya bertanyakan kenapa orang-orang Cina sepertinya mahu sekolah Cina menggunakan bahasa mereka sendiri, lain pula alasan diberikannya.

Jadi, bagaimana saya mahu menghormati penyair ini lagi ?

Sumber: Ainon/UNIKA PTS, 20Disember 2008 http://www.universitipts.com/

Percuma! Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama. Klik pautan yang berkenaan.

Tiada ulasan: