Permasalahan bahasa Inggeris yang dibangkitkan baru-baru ini merupakan isu yang sangat mencabar kewibawaan pelaksanaan Akta Bahasa 1967 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Isu ini sewajarnya ditangani dengan secara saksama dengan tidak mengetepikan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Isu bahasa Inggeris ini juga dikaitkan dengan masalah pengangguran graduan bumiputera yang dikatakan tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini menjadi bertambah rumit pula apabila ditambah dengan syarat berbahasa Mandarin oleh sesetengah syarikat swasta.
GAPENA sebagai badan penulis merasakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan tamadun Malaysia tidak boleh digugat. Namun dan aspek praktikal GAPENA juga sedar akan kegunaan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris yang perlu dipelajari dan dikuasai.
Semenjak pelaksanaan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, ia dapat berperanan sebagai bahasa ilmu. GAPENA juga berpendapat bahawa semenjak 30 tahun lalu telah wujud budaya dan pemikiran saintifik dalam kalangan orang Melayu khususnya para pelajar yang telah mempelajari semua bidang ilmu sains dan teknologi.
Oleh sebab itu pengekalan budaya sains ini dapat dipertahankan jikalau segala bidang ilmu sains diajar dalam bahasa ibunda mereka.
Maka pada 18 Mei 2002, Jawatankuasa Kerja GAPENA 2002-2004 yang bermesyuarat telah mengambil ketetapan bahawa:
1. Rasa bersyukur dan menyokong tindakan kerajaan tidak mewujudkan aliran Inggeris dalam sistem pendidikan kebangsaan*
2. Mendesak Kerajaan mengkaji semula secara terperinci dan segala aspek pelaksanaan dan implikasi pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di semua tahap pendidikan; dan (Komen: aspek pelaksanaan, bukan dasar)
3. Mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia mempertingkatkan segala kemudahan pembelajaran bahasa Inggeris, di samping mempertingkatkan prasarana di sekolah-sekolah terutamanya di kawasan luar bandar.
Zainal Abidin bin Borhan
Setiausaha Satu
11 Mei 2002
*Komen1: bahasa terbalik: maksudnya menolak PPSMI). Komen 2: belum tentu bahasa terbalik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan