Ainon/UNIKA PTS, 17 Disember 2008 http://www.universitipts.com/
Kreativiti Indigenus Tercetus dalam Bahasa Ibunda: Anime Vs Bollywood
Bollywood dipimpin oleh tokoh-tokoh perfileman yang belajar dalam bahasa Inggeris. Mereka mempelajari isi kandungan buku-buku teks pembikinan filem di Hollywood.
Kreativiti Bollywood adalah contoh bagaimana otak pemimpin-pemimpin industri yang dididik menggunakan bahasa Inggeris menjadi lemah berfikir secara original. Mereka tidak dapat berfikir di luar isi buku teks dan silabus kursus perfileman Amerika.
Justeru daya fikir tokoh-tokoh industri perfileman Bollywood tidak berupaya menghasilkan produk-produk baru. Mereka terus menghasilkan lebih banyak produk-produk lama. Ini adalah sindrom otak kaptif sebagaimana yang diterangkan oleh ahli sosiologi terkenal Prof. Syed Hussein Alatas.
Buku-buku teks perfileman Amerika dan Hollywood tidak mengajarkan strategi dan cara-fikir bagi mengalahkan Hollywood. Yang diajarkan adalah bagaimana Hollywood membikin filem, justeru bagaimana meniru cara-fikir Hollywood. Itulah buku-buku yang dibaca oleh pemain industri Bollywood, maka itulah cara-fikir mereka, maka begitulah cara mereka menghasilkan filem.
Filem-filem Bollywood ditonton oleh penonton perempuan rendah pelajaran dan miskin. Justeru ia dieksport ke negara-negara miskin, baik di Asia, di Latin Amerika ataupun di Asia Tengah. Di mana ada kemiskinan, di situ filem-filem Bollywood ditonton.
Saat ini saiz industri filem di Bombay adalah kedua terbesar di dunia selepas Hollywood.
Tetapi, apabila dihitung dari sudut nilai dolar, nilai eksport anime dan manga Jepun mengalahkan nilai eksport filem-filem Bollywood dan Hollywood. Pengaruh anime ke atas budaya remaja di seluruh juga mengalahkan pengaruh filem-filem Bollywood dan Hollywood.
Sementara filem-filem Bollywood tidak diimport oleh Jepun, sebaliknya India mengimport anime dan mangga Jepun.
Anime adalah hasil ciptaan karyawan Jepun yang tidak pandai membaca buku-buku teks dalam bahasa Inggeris.
Anime pertama dicipta pada tahun 1917. Ia adalah klip 2 minit yang menunjukkan seorang samurai cuba menguji ketajaman pedang baharunya pada musuhnya, tetapi dia yang kalah. Baca di sini lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan