Sabtu, 7 Februari 2009

Teladan dari Filipina dan Thailand

Ainon/UNIKA PTS, 16 Disember 2008 http://www.universitipts.com/
PPSMI: Teladan dari Filipina dan Thailand

Filipina menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar
Thailand pula menggunakan bahasanya sendiri, bahasa Thai.

Pada tahun 1960, dibandingkan dengan semua negara-negara di dunia, Filipina adalah negara Asia yang paling kaya dan maju, manakala Thailand adalah antara negara yang miskin.

Pada masa itu Filipina berada pada tempat ke-19, manakala Thailand berada di tempat ke-34.
Malah, pada tahun 1960 Filipina lebih kaya daripada Austria, Denmark, New Zealand, Finland dan Norway! Baca di sini.

Dalam tempoh 40 tahun kemudian, yakni pada tahun 2006, Thailand menjadi negara yang lebih kaya daripada Filipina.

Thailand kini berada di tempat ke-32, manakala Filipina ke-43. Baca di sini.
Malah Filipina sekarang lebih miskin daripada Indonesia.

Tiada ulasan: