Sabtu, 7 Februari 2009

Asal-usul Bahasa Jepun Moden

Ainon/UNIKA PTS, 16 Disember 2008 http://www.universitipts.com/
Asal-usul Bahasa Jepun Moden

Bahasa Jepun, seperti bahasa Melayu, adalah bahasa feudal, di mana golongan istana menggunakan bahasa yang berbeza sedikit daripada golongan rakyat.

Masyarakat tradisional Jepun terdiri daripada 4 darjat: Golongan ningrat (istana), golongan kesateria (samurai), golongan pedagang, dan yang paling rendah golongan perempuan dan petani.

Bahasa Jepun juga mempunyai 4 jenis: Paling tinggi adalah bahasa golongan istana, bahasa golongan kesateria, bahasa golongan pedagang, dan bahasa orang perempuan.

Sewaktu maharaja Meiji membuat keputusan hendak membuang bahasa Cina sebagai bahasa ilmu di negaranya dan menggantikannya dengan bahasa Jepun, salah satu isu yang timbul adalah bahasa golongan mana yang hendak dijadikan bahasa ilmu.

Akhirnya, dipilih bahasa yang paling rendah martabatnya, yakni bahasa orang perempuan.
Alasan yang digunakan bagi memilih bahasa perempuan itu adalah disebabkan para petani Jepun menggunakan bahasa perempuan.

Dengan memilih bahasa golongan yang paling rendah darjatnya itu, maka mudahlah ilmu pengetahuan sains modern disebarkan kepada golongan yang paling ramai, paling miskin dan paling bodoh. Jadi, bahasa Jepun hari ini adalah bahasa kaum petani yang sudah dimodenkan.

Tiada ulasan: