Salam.
Blog ini disediakan untuk menyimpan bahan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manfaatkanlah blog ini untuk memahami dasar PPSMI. Dasar ini bermula pada tahun 2003 dan masih diteruskan pada tahun 2009 ini.
Penyedia blog menjangka bahan dalam blog ini berguna untuk mereka yang baru mengikuti dasar PPSMI. Bahan dalam blog ini juga dijangka dapat menjadi rujukan pelajar tingkatan enam dan institusi pengajian tinggi. Mereka mungkin memerlukan maklumat terkumpul seperti dalam blog ini untuk menyiapkan tugasan.
Penyedia perkhidmatan mendapat tahu ada pelajar program Linguistik dan Bahasa Melayu universiti menghadapi tugasan seperti "Keberkesanan Dasar PPSMI". Pelajar program Bahasa Melayu atau Pengajian Melayu di institut pendidikan guru (IPG) pula mungkin memerlukan bahan di sini untuk menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu (KKPI), kerja kursus pendek (KKP) dan sebagainya.
Selamat membaca dan mencerahkan pemikiran.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan