Sabtu, 7 Februari 2009

Pemuda PAS Memfailkan Saman pada 2006

Ainon/UNIKA PTS, 28 Disember 2008 http://www.universitipts.com/
Pemuda PAS telah Memfailkan Saman pada 2006: Mengapa Mahkamah Melambat-lambatkan

Pemuda PAS telah memfailkan saman terhadap kerajaan berkenaan PPSMI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Januari 2006. Saman itu dibuat melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Saya menyerahkan RM3 ribu (wang gaji sebulan dari PTS) kepada Tuan Sallehuddin Ayob, Ketua Pemuda PAS, untuk membantu membiayai urusan saman itu.

Sudah hampir 3 tahun berlalu. Tetapi nampaknya kes saman ini semacam sengaja dilambat-lambatkan perbicaraannya. Apakah ada arahan dari tangan-tangan ghaib pihak yang berkepentingan.

Percuma! Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama. Klik pautan yang berkenaan.

Lampiran
Sains dan Matematik: Kes Pelajar Saman Kerajaan pada 8 November
Roy Rasul, Mon Oct 09, 06 3:35:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Kes empat pelajar yang menyaman kerajaan Malaysia berhubung pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan disebut di Mahkamah Tinggi, Jalan Raja, pada 8 November depan.

Pelajar-pelajar berkenaan diwakili oleh firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates, dan telah memfailkan saman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika mengulas kes itu berkata, ia merupakan satu usaha yang dibuat bagi mendesak kerajaan supaya menarik balik penggunaan bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik serta didakwa bertentangan dengan perlembagaan negara.

"Kes ini adalah kali pertama berlaku dalam sejarah negara," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, di Taman Melewar dekat sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berharap kes tersebut dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat khususnya pencinta dan pejuang bahasa supaya dapat mengembalikan status dan kedudukan bahasa Melayu. - mks.

Tiada ulasan: