Ainon/UNIKA PTS, 2 Januari 2009 http://www.universitipts.com/
PPSMI: Universiti Terbuka PTS Cabar KPPM Dedahkan Markah Lulus
Universiti Terbuka PTS (UNIKAPTS) ini mencabar Dato' Alimuddin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM), supaya mendedahkan markah lulus bagi subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris.
Sudah enam tahun berturut-turut keputusan peperiksaan sentiasa meningkat. Markah lulus terus dirahsiakan.
Banyak desas-desus mengatakan prestasi sebenar dalam tiga subjek itu amat rendah. Markah lulusnya diturunkan, supaya nampak seolah-olah penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran (P & P) telah berjalan lancar dan berjaya menjadikan pelajar lebih pandai. Tetapi kementerian tidak berani menafikan desas-desus itu dengan mengemukakan bukti-bukti sahih.
Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama. Klik pautan yang berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan