Sabtu, 7 Februari 2009

Bukan Penutur BI Kuasai Hadiah Nobel

(PPSMI)Bukan Penutur BI Kuasai Hadiah Nobel
Ahmad Faidhi Mohd Zaini on 12/31 at 07:30 PM

***Empat orang daripada 12 orang penerima Hadiah Nobel 2008 ialah rakyat Jepun. Sepuluh orang daripada 12 orang penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris.
***
Saya berbincang bersama professor saya, Prof. Dr. Hatta Shaharom lewat tengah hari tadi perihal bahasa ini. Saya bertanya mengapa ramai saintis dan doktor Jepun menerima Hadiah Nobel sedangkan mereka tidak pandai Inggeris. Jika dibandingkan, artikel dan jurnal mereka dalam penerbitan Inggeris antarabangsa lebih banyak berbanding hasil daripada doktor Malaysia, Singapura, India dan Timur Tengah yang kebanyakan doktornya bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Rahsianya, saintis/doktor Jepun membuat kajian dan menulis sepenuhnya menggunakan bahasa Jepun. Kreativiti dan kajian mereka asli daripada usaha sendiri (lantaran mereka pun tidak dapat membaca Jurnal Inggeris). Kajian mereka tidak terbantut oleh idea dan kritikan Barat. Mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan.

Selepas mereka menerbitkan artikel dalam jurnal daripada kajian, kesemuanya akan diterjemah oleh institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo. Maka hasil pemikiran mereka dapat diterbitkan pada peringkat antarabangsa.

Mereka diundang ke seminar antarabangsa dan menyampaikan dapatan melalui perantaraan penterjemah. Apabila diaju soalan, mereka tidak dapat menjawab kerana tidak faham bahasa Inggeris, tetapi itulah bangsa di Asia yang paling banyak memenangi Hadiah Nobel!

http://universitipts.com/indexg.php/site/comments/

Tiada ulasan: