Sabtu, 7 Februari 2009

PMR 2008: Semakin Cemerlang, Semakin Skeptik

Ainon/UNIKA PTS, 31 Disember 2008 http://www.universitipts.com/
(PPSMI) Semakin Cemerlang, Semakin Skeptik

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menunjukkan di mana-mana sekolah berlaku peningkatan yang dikategorikan sebagai cemerlang. Fenomena ini bertentangan dengan dapatan-dapatan kajian saintifik yang dilakukan oleh profesor-profesor yang terkenal dan dihormati ilmunya.

Rata-rata guru-guru dan ibu bapa semakin skeptik.

Anak tiri saya seorang guru bahasa Inggeris. Beliau sudah tidak terkejut lagi apabila tahun ini, sebagaimana pada tahun-tahun lalu, murid-muridnya yang suam-suam pun mendapat A, kerana fenomena begitu sudah menjadi trend tahunan.

Sejak 6 tahun yang lalu, yakni semenjak bahasa Inggeris dijadikan medium pengajaran subjek sains dan matematik, setiap tahun graf menunjukkan hasil peperiksaan yang meningkat. Dengan pola peningkatan berterusan ini, tidak lama lagi, diramalkan akan tiba saatnya keputusan 100% akan dicapai.

Menteri Pelajaran akan bertanding jawatan penting dalam pemilihan kepimpinan UMNO bulan Mac 2009 nanti. Faktor kecemerlangan palsu ini menjadi lebih penting bagi nyawa politiknya.
Malaysia Boleh!

Percuma! Muat turun buku Mengapa Kami Bantah! cetakan pertama. Klik pautan yang berkenaan.

Tiada ulasan: