Jumaat, 6 Mac 2009

Mereka Perlukan Maklumat, Bantulah

Salam.

Saudara k_roll14@IPGM yang dihormati,Saudara menulis begini:“Suka saya ambil contoh Prof Nik Safiah Karim sendiri berasal dr sekolah aliran inggeris.namun,kita lihat siapa beliau skrg?tokoh bahasa melayu terkemuka.beliau dtg dr sekolah aliran inggeris yg menggunakan BI selaku bahasa pengantar SEPENUHNYA,namun ttp tidak luntur semangat cintakan Bahasa Melayu beliau.Inilah yg kita mahukan.jgn kerana marahkan nyamuk,habis satu rumah kita bakar.Ini hanyalah pendapat saya.”

Ada kemungkinan saudara kekurangan maklumat. Perhatikan perenggan yang di bawah ini:

“Pimpinan yang akan turut sama dalam perhimpunan ini ialah Dato’ A. Samad Said, Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Dr. Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasaan, Prof. Emeritus Dato’ Nik Safiah Karim, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan ramai lagi.

Jikalau ada masa, bacalah artikel penuh di sini: http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/02/kenyataan-media-gmp-27-februari-2009.html.

Wallahualam. Wassalam.

Yang mencintai bahasa Melayu dan membantah dasar PPSMI,

Pentadbir Arkib PPSMI
March 3, 2009 7:08 PM

Tiada ulasan: