Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saudara k_roll14@IPGM yang dihormati,
Pada 1 Mac 2009 saudara menulis begini:“apabila berlaku masalah dlm dasar ppsmi,kita cuba selesaikan.bukan dgn cara memansuhkan terus ppsmi ini.”
Baik benar jikalau saudara dapat merenungi semula pandangan saudara ini. Untuk membantu saudara melakukan renungan, bacalah bahan yang berkaitan. Bahan itu dapat di akses di sini: http://arkib-ppsmi.blogspot.com/. Ada juga bahan yang dapat di akses di sini: http://www.scribd.com/people/documents/7035858-mohd-isa-bin-abd-razak.
Jikalau saudara ada masa, saudara dapat membaca banyak lagi bahan di sini: http://profabdullah1.wordpress.com/. Jikalau masih ada masa, baca lagi bahan di sini: http://universitipts.com/index.php.
Jikalau saudara tiada masa dan mahu pandangan ringkas sahaja, akses bahan di sini: http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/search/label/PPSMI.
Saudara juga dapat memiliki buku percuma di sini: http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf. Setelah dimuat turun, bacalah kandungannya.
Saudara, perbincangan ini macam ISL juga. Akses, kumpul dan baca bahan sebelum perbincangan. Tanpa proses ini bunyi tin kosong akan kedengaran. Lagi, jikalau dentuman meriam buluh terlalu kuat, meriam buluh itu yang akan pecah. Perkara yang dibidik tidak akan kena kerana meriam buluh tidak berpeluru! (Maaf saudara, jikalau terkasar bahasa.)
Setelah membaca kesemua bahan itu, dapatlah saudara pertimbangkan semula pandangan saudara seperti yang terdapat dalam petikan di atas.
Wallahuaklam. Wassalam.Yang mencintai bahasa Melayu dan membantah dasar PPSMI,
Pentadbir Arkib PPSMI
March 3, 2009 7:43 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan