Jumaat, 6 Mac 2009

Untuk Rakan Seperjuangan

Salam.

Insya-Allah, kita berdoa. Tingkatkan kesabaran apabila ada murid kita membingitkan telinga kita dengan tin kosong mereka. Ada juga murid kita mendentumkan meriam buluh. Biarkan. Apabila dentuman meriam buluh itu semakin kuat, meriam buluh itu akan berkecai. Sekali lagi, tingkatkan kesabaran apabila majikan, murid dan rakan kita bernada sinis.

Sebahagian mereka menganggap diri mereka lebih hebat daripada Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz, Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron, Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof. Dr. Shaharir Mohd. Zain dan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (sekadar contoh) walaupun mereka baru berstatus siswa!

Wassalam.

Tiada ulasan: