Sabtu, 7 Mac 2009

PPSMI Serasi dengan Wawasan 2020 dan Islam Hadhari

Teknologi dan tamadun yang menjadi prinsip Wawasan 2020 berasaskan bahasa Inggeris. Oleh itu, tonggak utama pelaksanaan Wawasan 2020 ialah perdagangan bahasa Inggeris. Prinsip dan tonggak ini sudah menjadi kenyataan. Kini hampir semua universiti di Malaysia menggunakan bahasa Inggeris untuk kepentingan pelajar asing dari seluruh dunia.

Ini adalah sebahagian kandungan tulisan sasterawan dan pengkritik sastera, Tuan Mohd Affandi Hassan. Tulisan beliau tersiar di Blog Cina Islam pagi ini.

Tuan Mohd Affandi juga menyatakan, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serasi dengan prinsip dan tonggak Wawasan 2020 itu.

“Menteri Pelajaran telah memberi jaminan, pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris akan diteruskan dengan penyesuaian yang perlu. Dasar itu tidak akan dihapuskan, kerana dasar itu menjadi tonggak dalam Wawasan 2020,” katanya.

Beliau menambah, prinsip, tonggak dan dasar itu bersesuaian pula dengan Islam Hadhari. Prinsip, tonggak dan dasar itu yang disokong oleh fahaman Islam Hadhari akan memberi jalan kepada orang Melayu “melepaskan” bahasa dan agama mereka.

Baca artikel penuh di sini

Tiada ulasan: