Jumaat, 6 Mac 2009

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (2)

1. Aspirasi dan Sokongan Page

Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu

9. PAGE membuat aritmetik yang tidak tepat tentang peratusan masa pendedahan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di sekolah kerana pihak GMP juga membuat aritmetik sejak mula dasar PPSMI ini dipaksakan dahulu dan diulang-ulang beberapa kali oleh pelbagai pihak (walaupun tidak pernah disiarkan dalam akhbar perdana).

10. Pengkaji kami itu ialah oleh Kamal Shukri (masih bekerja dengan kementerian Pelajaran dan juga sejak beberapa tahun ini memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia) yang dapat ditelaah dalam buku suntingan Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan, Suara Pejuang Bahasa terbitan Persatuan Linguistik Malaysia 2005.

11. Peratusan dedahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dipaparkan oleh PAGE itu bolehlah diterima sama dengan kajian Kamal Shukri (dengan memaafkan kesalahan PAGE dalam aritmetiknya di akhbar itu kerana jumlahnya tidak berjumlah 100%; mungkin kerana sibuk dengan perjuangan bahasa Inggerisnya!) tetapi itu semua untuk di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah (Tingkat 1-3) sahaja.

12. PAGE sengaja menyorok fakta di Sekolah Menengah Atas, Sekolah Matrikulasi dan universiti, yang peratusan dedahan bahasa Melayu menjadi sengkek atau melukut di tepi gantang sahaja.

13. Umpamanya di Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi dedahan bahasa Melayu hanya 20% sahaja dan di universiti sudah jadi bukan universiti di Malaysia lagi kerana segi subjek sahaja pun hanya sekitar 10% subjek tidak layak dikelaskan sebagai “sains dan matematik”!

14. Bagaimana lagi PAGE mahu menegakkan benang basahnya dengan mengatakan PPSMI tetap mempertahankan martabat bahasa Melayu!? Masya Allah!

Tiada ulasan: