Profesor Atas Pokok
http://universitipts.com/index.php/site/comments/profesor_atas_pokok/
Petik:
Penganalisis politik yang juga Pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau secara peribadi tidak melihat pelaksanaan PPSMI itu boleh mengundang padah, termasuk mengancam kedudukan bahasa Melayu.
"Ini berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas pelajar dan pakar yang perlu membentangkan kertas kerja di luar negara. Bagi saya, sebarang usaha menolak kepentingan bahasa Inggeris bererti kita menolak keupayaan negara untuk bertanding pada pentas antarabangsa," katanya.
GMP tidak pernah menafikan peri pentingnya pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Malah GMP mendesak Kementarian Pelajaran supaya memperbaiki mutu P & P subjek itu dengan meningkatkan kualiti guru-guru bahasa Inggeris, metodologi pengajarannya, pedagoginya, bahan-bahan bacaannya, malah menambahkan jumlah jamnya.
Yang dibantah oleh GMP adalah penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium bahasa Inggeris bagi mengajarkan subjek sains dan matematik.
'Profesor Atas Pokok' itu bercakap dalam bidang-bidang yang dia bukan pakarnya. Dia bukan profesor pendidikan, bukan profesor bahasa, bukan profesor pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan profesor matematik, apatah lagi profesor bidang sains.
Daripada hujahnya, jelas lagi nyata bahawa Profesor Atas Pokok itu berfikir tidak empiris: Dia tidak membezakan 'pendapat' dengan 'fakta' dan 'data'.
Profesor Atas Pokok itu sepatutnya mengemukakan 'fakta-fakta' dan 'data-data' sebagai rasionalisasi perkara yang dipercakapkannya, sebagaimana yang dilakukan oleh dato' Prof. Emeritus Dr. Isahak Haron (UPSI), Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin (UKM), Datin Prof. Dr. Juriah Long (UKM) Prof. Dr. Ratnawati Asraf (UIA), dan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (UPSI), mantan Profesor Dr. Shaharil Mohd. Zain (UKM). Mereka semua telah menjalankan kajian saintifik masing-masing sebelum bercakap tentang kegagalan PPSMI.
Dengan bercakap tanpa menggunakan fakta dan data, Profesor Atas Pokok itu telah melakukan fatal error dalam bidang akademik: Dia menggunakan pengalaman peribadi untuk membuat generalisasi, dan kemudian menggunakan kes dirinya sendiri bagi mengabsahkan suatu dasar pendidikan peringkat nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan