Selasa, 10 Mac 2009

Posmen PPSMI Lulusan Universiti Luar Negara

Dalam era globalisasi ini, orang bijak pandai sudah terlalu banyak. Di negara kita, guru siswazah sudah mula mengajar kanak-kanak prasekolah. Di sekolah rendah pula, ada guru siswazah memiliki ijazah sarjana. Sebahagian daripada mereka mengajarkan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Hari ini, dihikayatkan kekalutan peranan cerdik pandai di sebuah negara. Dihikayatkan, seorang posmen di negara itu ialah siswazah lulusan undang-undang. Dia belajar dengan menggunakan bahasa ibunda negara itu. Sudah tentu dia belajar Sains dan Matematik juga dalam bahasa ibunda negara itu. Sayang, dia hanyalah seorang posmen. Namanya Haah.

Sumber: Blog Pencinta Bahasa.

Tiada ulasan: