Ketika lautan manusia bergerak aman, bersalawat, berslogan, bertakbir dan berdisiplin menuju ke Istana Negara, tiba-tiba mereka dihidangkan dengan gas beracun yang dilepaskan oleh mereka yang tidak berhati perut.
Dua orang puteriku, Sumaiyah Humaira' yang kudukung berusia lima tahun, dan Mujahidah Solehah, 11 tahun yang dipimpin ibunya, Nasriah, turut berkongsi rasa mual, pedih dan menyakitkan.
Setelah diarah berundur oleh sepasukan unit amal, kami mencari lokasi yang sedikit lengang untuk berteduh. Pertama kali aku melihat anakku Sumaiyah dan Mujahidah menahan keperitan yang tidak pernah mereka rasai. Begitu juga dengan isteriku.
Saat beberapa demonstrator yang lalu dan meluahkan rasa simpati mereka, menghulurkan garam dan air mineral, pada saat aku memujuk anak-anakku bersabar. Tiba-tiba Sumaiyah bertanya dalam tangis kepedihan yang dirasainya, "Yahudikah yang menembak kita, ayah?"
Aku terdiam. Aku sedih melihat kesakitannya tetapi aku gembira kerana dia sudah mula faham bagaimana bangsatnya Yahudi menembak umat Islam Palestin seolah-olah dia turut merasai percikannya.
Baca artikel penuh di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan