Isnin, 26 Januari 2009

PPSMI: KPM Perlu Dedahkan Markah Lulus PMR 2008

Respons Bantahan PPSMI (Koleksi Ali Bukhari Amir - 3)
PPSMI: KPM Perlu Dedahkan Markah Lulus PMR 2008
Oleh Aliah (Harakahdaily, 2 Januari 2009)

1. Memanglah peratusan lulus PMR Sains dan Matematik 2008 naik. Tetapi hakikatnya markah lulus telah diturunkan. Sebagai contoh, pelajar yang biasa mendapat markah 10 hingga 25 pada ujian sekolah (atau tidak pernah lulus dalam mata pelajaran tersebut semenjak tingkatan 1 hingga 3) boleh mendapat D dalam PMR. Pelajar yang biasa mendapat markah antara 25 hingga 40 pula boleh mendapat C. MUNGKIN juga pelajar yang dapat markah 65 sudah dapat A dalam PMR. Siapa tahu?

2. Macam mana nak ajar pelajar dalam bahasa Inggeris sedangkan pelajaran bahasa Melayu pun terpaksa diajar dalam dialek Jawa untuk memahamkan pelajar.

3. Tidak hairan juga prestasi pelajar sekolah teknik merudum akibat daripada pelajar yang kononnya dapat A dalam Sains dan Matematik tetapi tidak mempunyai keupayaan minimum untuk menyelesaikan masalah Matematik Tambahan. Itulah sebabnya apabila tiba di IPT, pelajar-pelajar tersebut terpaksa mengulang kertas Matematik untuk sekadar lulus.

4. Kalau Kementerian Pelajaran betul-betul berani, dedahkan markah lulus untuk semua subjek Sains dan Matematik UPSR, PMR dan SPM.

5. Seumpama mencabut tiang seri rumah untuk di buat pagar ... kelakar.

6. Apabila sudah tidak faham apa-apa yang diajar oleh guru, pelajar tidak berminat. Apabila tidak berminat, pelajar mula buat hal. Apabila buat hal, pelajar dikenakan tindakan. Apabila dikenakan tindakan, ibu bapa mengadu. Apabila ibu bapa mengadu, pengetua marah guru. Sudah, mereka memang tidak reti bahasa, left dengan right pun pelajar tak tahu. Ada yang sampai Tingkatan 5 pun tak reti baca dan tulis, SIAPA tahu?

Tamat.

Tiada ulasan: