Rabu, 4 Februari 2009

Menteri Besar Mahu Sains, Matematik dalam BM

Daripada Arkib Utusan Malaysia, 22 Mei 2008
Menteri Besar Mahu Sains, Matematik dalam BM

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, pelajar-pelajar di negara maju seperti China, Korea, Jepun, Jerman dan Perancis yang belajar dalam bahasa ibunda lebih cemerlang dalam kedua-dua subjek itu berbanding negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

“Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu (BM) pada asalnya, pun banyak melahirkan siswazah dari universiti yang hari ini banyak menduduki institusi-institusi profesional seperti jurutera, doktor dan angkasawan.

“Kalau tidak mengajarkan (Sains dan Matematik) dalam bahasa ibunda, baik bahasa Mandarin, Tamil dan Melayu, ia bertentangan dengan Akta Pendidikan, Akta Bahasa Kebangsaan dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, kerajaan pakatan pembangkang tidak menafi dan memperkecil penguasaan bahasa Inggeris tetapi bukannya melalui pengajaran Sains dan Matematik.

Sebaliknya, kata beliau, ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan pengajaran subjek bahasa Inggeris dan kesusasteraan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah lagi bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

http://no2umno.wordpress.com/2008/05/22/mb-perak-mahu-sains-matematik-dalam-bm/

Tiada ulasan: