Utusan Malaysia 3-2-09
Banyak Cara Lain Daulatkan Bahasa Melayu
SAYA berasa pelik dan hairan dengan tingkah laku pejuang bahasa Melayu yang sehingga sanggup untuk mengadakan demonstrasi bagi mengugut Kementerian Pelajaran agar memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Saya sering tertanya-tanya adakah perbuatan mereka ini kerana memperjuangkan kepentingan mereka atau pun kepentingan pelajar?
Adakah kerana mereka merasa terancam kerana tidak mampu mengajar dengan baik kepada para pelajar menggunakan bahasa Inggeris sehingga menjejaskan prestasi mereka? Atau adakah kerana mereka malas untuk mengambil inisiatif bagi menambah penguasaan mereka di dalam bahasa Inggeris?
Saya amat bersetuju dengan pandangan Mohd. Khairi dari Kulim dan juga Guru Pendalaman dari Sarawak. Saya sendiri melihat terdapat peningkatan dalam pencapaian para pelajar di dalam UPSR dari setahun ke setahun. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk belajar dalam bahasa Inggeris. Jika pun ada, ini menunjukkan para pelajar kita telah dapat menyesuaikan diri mereka dengan penggunaan bahasa Inggeris.
Jangan jadikan para pelajar kita sebagai mangsa akibat ketaasuban kita dalam memperjuangkan bahasa Melayu. Saya berpendapat adalah lebih baik ketaasuban ini disalurkan ke arah usaha- usaha yang lebih berkesan seperti:-
- Meminta pihak swasta menggunakan Bahasa Melayu didalam urusan peniaagan mereka.
- Menggandakan lagi usaha untuk menterjemah buku-buku ilmuan ke dalam Bahasa Melayu.
- Berkerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengenalpasti atau mewujudkan istilah-istilah yang digunakan di dalam bidang Ssains, Matematik dan Teknologi di dalam Bahasa Melayu, bukannya mencedok terus daripada bahasa asing dan dimelayukan.
Ke manakah perkataan-perkataan baru yang diwujudkan oleh DBP seperti PAWAGAM, KUGIRAN, ANGKASAWAN, PERAGAWAN? Kini perkatan cineplex, band dan model sebagai contoh, yang digunakan secara meluas.
Perkataan daripada Bahasa Inggeris pula dimelayukan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, automobile menjadi otomobil. Terima kasih kerajaan Malaysia kerana menggunakan angkasawan dan bukannya astronaut/astronut.
- Memantau pengunaan Bahasa Melayu oleh stesen - stesen penyiaraan dan akhbar harian.Saya rasa banyak lagi perkara - perkara seperti di atas boleh difikirkan oleh golongan pejuang Bahasa Melayu untuk memertabakan Bahasa tercinta ini.
Tetapi jangan korbankan masa depan para pelajar kita.
Sebarang polisi memerlukan masa untuk berjaya. Enam tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk melihat keberkesanan sesuatu polisi. Bahasa Melayu tidak akan lenyap disebabkan oleh PPSMI. Saya lihat para pelajar yang belajar di SJK (Cina), SKA, SMKA ataupun di Maahad Taafiz masih lagi boleh bertutur dan membaca dalam Bahasa Melayu.
Tetapi jika para pejuang Bahasa Melayu gagal mengambil tindakan di atas perkara - perkara seperti yang saya nyatakan di atas, maka walau semua mata pelajaran diajar dalam Bahasa Melayu pun, bahasa tercinta ini pasti akan terhakis di bumi sendiri.AJK PIBG Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan