Jumaat, 6 Mac 2009

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (4)

1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!

Tidak Cukup Istilah

18. PAGE hanya meracau tentang kononnya tidak cukupnya istilah sains dan matematik dalam bahasa Melayu.

19. Berilah satu istilah sains atau matematik yang tidak ada dalam bahasa Melayu sekarang!

20. Lagi pun berapa banyaklah istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu yang bukan terjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain?

21. Bilangan one sampai ten semuanya daripada bahasa lain sedangkan istilah “satu” sampai “sepuluh” semua asli Melayu kecuali mungkin “satu” dan “dua” sahaja.

22. Sains dan matematik dalam bahasa Melayu ini sudah berkurun-kurun (sejak abad ke-5M lagi, iaitu zaman kerajaan Melayu Funan dan Campa!); dan kalau nak dikira selepas merdeka ini pun (anggap kita mengalami amnesia) sudah berumur setengah abad.

23. Tidakkah PAGE tahu tesis bidang sains dan matematik di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah berjumlah ribuan sehingga sudah ada istilah perkara dalam sains dan matematik yang asli dalam bahasa Melayu pun!

24. Tidak hairanlah, istilah ilmu ini dalam bahasa Inggeris juga sentiasa diterjemah daripada bahasa-bahasa lain sejak dahulu, kini dan selamanya kerana yang berkarya bukan dari kalangan orang Anglo-Saxon atau orang seperti ahli PAGE sahaja.

Tiada ulasan: