1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
4. Tidak Cukup Istilah
5. Tidak Ada Buku
6. Bukankah Zalimnya Jika Budaya Ini Ingin Dihapuskan?
Pelajar Luar Bandar Tidak Ada Masalah?
54. PAGE juga tidak ikhlas apabila menjawab soalan bagaimana nasib pelajar luar bandar, atau sebenar pelajar dalam bandar juga, iaitu pelajar yang ibu-bapanya tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya (bahasa Inggeris bukan bahasa ibundanya).
55. Beliau hanya memaparkan teori pembelajaran bahasa dengan menyebut teori itu dan teori ini dan professor bahasa itu dan profesor ini.
56. Itu mungkin betul untuk belajar bahasa! Walaupun ada teori yang bertentangan dengan ini, itu tak dipolemikkan di sini.
57. Yang menjadi isunya, “Bahasa apa yang terbaik untuk pelajar belajar sains dan matematik?” Profesor sains atau matematik pendidikan mana yang berteori pelajar berbahas ibunda A lebih baik belajar sains dan matematik dalam bahasa B?
58. PAGE membicarakan rancangan kerajaan dalam peningkatan kefasihan guru sains dan matematik dengan pelbagai strategi yang sedang kerajaan ambil dengan belanja/peruntukan RM5.2 bilion dan kononnya kejayaan program di Negeri Sembilan dengan penuh kesombongan bunyinya.
59. Bagi mereka yang waras dan mengambil iktibar daripada Negara-Negara Maju dan perakuan PBB, bukannya mereka yang tidak terpasung jiwanya lalu tidak percaya hanya kebudayaan Inggeris sahaja yang layak memajukan sesuatu bangsa, tentunya akan menggeleng-geleng kepalanya dan cukup jengkel rasanya dengan peruntukan itu kerana peruntukan semega itu jika digunakan untuk peningkatan kemahiran guru sains dan matematik mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda dan peningkatan kemahiran guru subjek bahasa Inggeris, pastinya negara mendapat lonjakan baru dalam kemajuan sains matematik anak bangsanya.
60. Peruntukan untuk menjayakan PPSMI adalah peruntukan untuk bergaya sahaja! PAGE juga nampaknya “mengugut” supaya dasar PPSMI tidak dihapuskan semata-mata kerana sudah dibelanjakan sebanyak bilion-bilion RM itu.
61. Mereka yang dihantar ke seberang laut atau yang dilatih di dalam negara dalam bahasa Inggeris itu, masih boleh dipakai, dengan hanya sedikit orientasi ke arah bahasanya sendiri, tanpa belanja yang mega-mega lagi, apabila dasar PPSMI ini dimansuhkan.
62. Yang penting ikutlah pepatah Melayu, “Sesat di jalan, balik ke pangkal jalan”, janganlah bertindak “malu alah” yang nampak sedang condong kea rah itu sekarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan