1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
4. Tidak Cukup Istilah
5. Tidak Ada Buku
Bukankah Zalimnya Jika Budaya Ini Ingin Dihapuskan?
49. Perkara terakhir tentang kononnya bahasa Melayu ini masih tidak layak menjadi bahasa sains dan matematik ialah betapa PAGE sepatutnya bertindak seperti orang-orang Inggeris dan orang-orang di Negara Maju itu, iaitu berjuang meningkatkan kelayakan bahasanya sendiri ini.
50. Bukankah begitu yang dilakukan oleh orang Inggeris dalam abad ke-19M dahulu kerana sebelum itu bahasa Inggeris masih belum dijadikan bahasa perantaraan pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan sains dan matematik. (Inggeris bangsa terakhir di Eropah menggunakan bahasa sendiri dalam sains dan matematik kerana taasubnya kepada bahasa Latin).
51. Kita perlu terus membina bahasa kita (bersama rumpun kita, Indonesia) dengan tekad yang sama seperti bangsa-bangsa di Eropah itu dan mengisi bahasa kita itu dengan “sains dan matematik”.
52. Apa pun kekurangan yang masih ada pada bahasa kita, seperti yang dibangkitkan oleh PAGE tentang kurangnya ilmu dalam Google berbahasa Melayu itu, dan lain-lain lagi itu, sepatutnyalah menjadi tanggungjawab kita bersama membaikinya, bukannya mengenyahkan bahasa kita sendiri.
53. Semua ini pastinya tercapai dengan memeriahkan lagi bilangan bangsa kita menguasai sains dan matematik dalam bahasa kita sendiri sambil menguasai bahasa ilmu semasa (Inggeris dan sebagainya) menerusi pelajaran bahasa-bahasa berkenaan itu. Inilah caranya yang sudah terbukti Berjaya seluruh dunia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan