1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
4. Tidak Cukup Istilah
5. Tidak Ada Buku
6. Bukankah Zalimnya Jika Budaya Ini Ingin Dihapuskan?
7. Pelajar Luar Bandar Tidak Ada Masalah?
8. Merosotnya Keputusan Peperiksaan di Bawah PPSMI
Tak Mahu Mencontohi Jepun dan Korea
66. Hujah PAGE tentang sebab kita tidak mahu mencontohi Jepun dan Korea aneh, cukup haru-biru dan tidak rasional. Katanya kerana kita ketinggalan 40 tahun segi “revolusi industri” berbanding dengan Jepun dan Korea dan oleh itu kita ketinggalan selama itulah segi bahasa. Kemudian diberinya contoh tiadanya penggunaan bahasa Melayu di Proton sebagai bukti bahasa Melayu bukan bahasa industri.
67. Seterusnya PAGE berhujah, Jepun menggunakan bahasanya kerana dia bangsa pembuat atau “negara pembuat” dan kita tak terdaya kerana kita “negara pengguna”.
68. Ada makna apakah bercakap begini? Apa rasionalnya hujah bercelaru dan songsang begini?
69. Bukankah bahasa Melayu tidak dipakai di Proton (dan banyak lagi di swasta kita) sebab pegawai-pegawai besar di Proton (atau di swasta itu) sengaja tak mahu pakai bahasa Melayu?
70. Banyak “negara pengguna” di dunia ini yang tidak menginjak bahasanya seperti bangsa kita! Yang sepatutnya, sejarah Jepun dan Korea itu yang perlu dipelajari bagaimana dia boleh jadi sekarang!
71. Dasar pendidikan sains dan matematik bagaimana yang mereka buat? Bagaimana dia layan bahasa dia sendiri sebelum dia maju dahulu lagi?
72. Bukannya berhujah terbalik kuang, “Dia maju sebab itu dia boleh guna bahasa sendiri”, “kita mundur, jadi kita tak guna bahasa sendiri”. Siapalah yang tidak merasa amat jengkel dengan hujah dangkal dan pelek PAGE ini.
73. Kemudian PAGE cuba mengada-adakan sebab Dong Jiao Zong menentang PPSMI kerana kononnya persatuan itu mahu menumpang dan mempertahan bahasa Mandarin yang telah maju, atau lebih maju daripada bahasa Melayu.
74. Pemimpin Dong Jiao Zhong tidak pernah berhujah begitu. Pemimpin Cina di Malaysia (apatah lagi di Tiongkok) jauh lebih waras daripada pemimpin Melayu kerana mereka mahu anak-anaknya lebih celik kebudayaannya sehingga pada satu tahap yang dikira cukup sebelum menguasai ilmu dalam bahasa-bahasa lain.
75. PAGE perlu sedar juga bahasa Mandarin pun masih belum mencapai bahasa sains dan matematik sekuat bahasa Inggeris tetapi Cina di Malaysia, apatah lagi di negara Tiongkok itu, tidak akan meninggalkan bahasanya mengikut tingkah PAGE itu.
76. Tiongkok akan terus membangunkan bahasanya, bahasa Mandarin, sehingga benar-benar dapat bersaing dengan bahasa-bahasa sains dan matematik lain itu. PAGE juga perlu sedar bahawa bahasa Melayu dalam abad ke-5M hingga ke-12M sudah menjadi bahasa ilmu antarabangsa (ketika Eropah agak Gelap) kerana ribuan buku dalam bahasa Melayu di bawa ke negeri Tiongkok (contohnya, bacalah kisah I-Ching pada Zaman Kerajaan Sriwijaya abad ke-7M) dan sebahagiannya diterjemah kpd bahasa Tionghua, sebahagiannya oleh sarjana Melayu sendiri yang diundang oleh raja-raja Tiongkok itu!
77. Bahasa Melayu pada zaman Islamnya (abad ke-13 hingga abad ke-19) iaitu sebelum penjajah menjadi sebahagian daripada tuan kita hingga sekarang, pun amat antarabangsa sifatnya sehingga dikagumi oleh para sarjana di Eropah zaman itu.
78. Bahasa dan bangsa Melayu ini menjadi hamba sejak abad ke-19M ini sahaja, bersekali dengan kejatuhan Tamadun Islam di Eropah, Tamadun Empayar ‘Uthmaniyah itu. Kita hanya ingin membangun semula tamadun bangsa yang besar ini.
79. Jadi hanya kejahilan PAGE terhadap sejarah kebudayaannya sendiri sahaja yang menyebabkan sanggup mereka seolah-olah mengatakan “bahasa Melayu ini bahasa bangsat” sahaja dan oleh itu tak payahlah digunakan untuk belajar apa-apa ilmu dengannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan