Memaparkan catatan dengan label Bahasa Ibunda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa Ibunda. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Februari 2009

Kreativiti Indigenus Tercetus dalam Bahasa Ibunda

Ainon/UNIKA PTS, 17 Disember 2008 http://www.universitipts.com/
Kreativiti Indigenus Tercetus dalam Bahasa Ibunda: Anime Vs Bollywood

Bollywood dipimpin oleh tokoh-tokoh perfileman yang belajar dalam bahasa Inggeris. Mereka mempelajari isi kandungan buku-buku teks pembikinan filem di Hollywood.

Kreativiti Bollywood adalah contoh bagaimana otak pemimpin-pemimpin industri yang dididik menggunakan bahasa Inggeris menjadi lemah berfikir secara original. Mereka tidak dapat berfikir di luar isi buku teks dan silabus kursus perfileman Amerika.

Justeru daya fikir tokoh-tokoh industri perfileman Bollywood tidak berupaya menghasilkan produk-produk baru. Mereka terus menghasilkan lebih banyak produk-produk lama. Ini adalah sindrom otak kaptif sebagaimana yang diterangkan oleh ahli sosiologi terkenal Prof. Syed Hussein Alatas.

Buku-buku teks perfileman Amerika dan Hollywood tidak mengajarkan strategi dan cara-fikir bagi mengalahkan Hollywood. Yang diajarkan adalah bagaimana Hollywood membikin filem, justeru bagaimana meniru cara-fikir Hollywood. Itulah buku-buku yang dibaca oleh pemain industri Bollywood, maka itulah cara-fikir mereka, maka begitulah cara mereka menghasilkan filem.

Filem-filem Bollywood ditonton oleh penonton perempuan rendah pelajaran dan miskin. Justeru ia dieksport ke negara-negara miskin, baik di Asia, di Latin Amerika ataupun di Asia Tengah. Di mana ada kemiskinan, di situ filem-filem Bollywood ditonton.

Saat ini saiz industri filem di Bombay adalah kedua terbesar di dunia selepas Hollywood.
Tetapi, apabila dihitung dari sudut nilai dolar, nilai eksport anime dan manga Jepun mengalahkan nilai eksport filem-filem Bollywood dan Hollywood. Pengaruh anime ke atas budaya remaja di seluruh juga mengalahkan pengaruh filem-filem Bollywood dan Hollywood.
Sementara filem-filem Bollywood tidak diimport oleh Jepun, sebaliknya India mengimport anime dan mangga Jepun.

Anime adalah hasil ciptaan karyawan Jepun yang tidak pandai membaca buku-buku teks dalam bahasa Inggeris.

Anime pertama dicipta pada tahun 1917. Ia adalah klip 2 minit yang menunjukkan seorang samurai cuba menguji ketajaman pedang baharunya pada musuhnya, tetapi dia yang kalah. Baca di sini lagi.

Rabu, 4 Februari 2009

Hanya 3% Rakyat India Kuasai BI

PTS/Ainon: Hanya 3% Rakyat India Kuasai BI
Selepas 400 Tahun Sebagai Bahasa Penghantar, Hanya 3% Rakyat India Menguasai Bahasa Inggeris.

Only about three percent of India's population speak English, but they are the individuals who lead India's economic, industrial, professional, political, and social life.

Baca artikel akademik ini di sini.

Nota:
PPSMI membolehkan Malaysia menjadi seperti India beberapa puluh tahun lagi.

Malaysia Patut Mencontohi Eropah

PTS/Ainon: Eropah Gunakan Bahasa Ibunda
Malaysia patut mencontohi Eropah, bukan India dan Afrika.

Semua negara Eropah mengajarkan sains dan matematik kepada kanak-kanak sekolahnya menggunakan bahasa masing-masing.

Malaysia mahu maju bagaimana majunya negara-negara Eropah, tetapi dalam pengajaran sains dan matematik kita ikut pula cara negara-negara miskin di benua India, Afrika dan Latin Amerika yang menggunakan bahasa-bahasa bekas penjajah.

Bandingkan pendapatan per kapita negara-negara yang meminjam bahasa bekas penjajah dan negara-negara yang menggunakan bahasa masing-masing. Baca di sini.