Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Februari 2009

Sajak "Malam Itu di Balai Budaya" - Usman Awang

Malam di Balai Budaya

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
‘Berarak ke Parlimen, aku di muka’

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berteriak
‘Ayuh, mari kita berarak’

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
“Dada kami sedia dibakar’

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

USMAN AWANG
3 Mac 1967
Dipetik daripada antologi sajak Keranda 152

Khamis, 5 Februari 2009

SN A Samad Said Baca Sajak Kritik PPSMI

SN Baca Sajak Menentang PPSMI di Taman Melewar.
Pendidikan & Bahasa

Malam tadi (1 Februari 2009) Sasterawan Negara Dato' A Samad Said berada di pentas markas PAS di Taman Melewar Kuala Lumpur bagi membacakan sebuah sajaknya yang mengkritik dasar-dasar kerajaan yang banyak merosakkan bahasa dan kebudayaan Melayu.

Beliau memulakan dengan bercerita bagaimana pada petang hari itu beliau telah menerima telefon dari seseorang cuba menasihati beliau supaya jangan ke Taman Melewar kerana beliau sedang diperalatkan.

Lalu beliau menjawab dengan berkata, "Kalau saya datang dalam keadaan saya tidak sedar, ya, itu saya diperalatkan. Tetapi saya datang ini dalam keadaan saya sedar."

Kata-kata beliau itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir dari hadirin yang penuh sesak. Beliau datang dengan diringi isteri beliau, Datin Rashidah, yang sepanjang malam itu mendengar para penceramah dengan penuh tekun dan bersemangat.

Sumber: Puan Ainon http://universitipts.com/index.php/site/comments/sn_baca_sajak_menentang_ppsmi_di_taman_melewar/