Rabu Mac 4, 2009
SHAH ALAM: Perhimpunan Aman 100,000 orang sempena majlis penyerahan memorandum pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun tanpa permit polis.
Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata mereka bukan mahu mengadakan demonstrasi, sebaliknya hanya mahu mempersembahkan memorandum itu kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Itu salahkah? Saya rasa ia tidak perlu permit (polis) pun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perjumpaan GMP bersama persatuan yang menyokong gerakan itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini malam tadi. Turut hadir Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.
Hassan yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata memorandum setebal lapan halaman dengan menggunakan bahasa Istana itu ditandatangani beliau serta lima anggota GMP dan pihaknya juga telah menghubungi setiausaha sulit kanan Yang diPertuan Agong pagi semalam.
Beliau berkata memorandum itu antara lain menyembah maklum kepada baginda bahawa PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 adalah satu keputusan yang silap dan perlu dikembalikan kepada bahasa ibunda.
Setiausaha GMP, Hasni Abas pula berkata gerakan itu telah menghantar permohonan untuk mendapatkan permit ke Bukit Aman Sabtu lepas tetapi diminta berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Setakat ini, GMP belum mendapat kelulusan daripada polis untuk perhimpunan itu, katanya.
Beliau mendakwa sehingga kini, gerakan itu mendapat sokongan daripada 132 gabungan yang mewakili pelajar, kesatuan sekerja, persatuan ulama dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan.
Malah, katanya, usaha GMP turut mendapat sokongan masyarakat Orang Asli di Tapah, Perak, dalam satu pertemuan Sabtu lalu, apabila Tok Batinnya menyatakan persetujuan untuk menghantar dua bas rombongan bagi menyertai perhimpunan itu.
Semalam, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata Kementerian Pelajaran telah menyiapkan kertas berhubung cadangan pelaksanaan PPSMI untuk dibentang kepada Kabinet dalam masa terdekat. BERNAMA
Himpunan bahan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Memaparkan catatan dengan label Bernama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bernama. Papar semua catatan
Rabu, 4 Mac 2009
Jumaat, 27 Februari 2009
SN A Samad Said Sedia Guna Platform UMNO
TERENGGANU: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said bersedia menggunakan platform Umno dalam memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya diberi peluang berbuat demikian.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang andaian bahawa beliau diperalat pembangkang kerana setakat ini hanya PAS yang memberikannya peluang memperjuangkan isu berkenaan.
"Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi pentasnya, saya akan meminjamnya (untuk memperjuangkan isu PPSMI) dan kalau Umno memberikan pentasnya, saya juga akan gunakannya.
"Ini semata-mata, saya tidak mahu bahasa saya (Melayu) itu dikucupkan, tidak mahu dinazak dan dikuburkan," katanya kepada pemberita di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini semalam.
Sidang media itu diadakan sempena kempen anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI di Terengganu, bagi menghimpunkan 100,000 rakyat dari seluruh negara bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur pada 7 Mac ini.
Mengulas lanjut, Samad berkata beliau bimbang dalam tempoh 50 tahun akan datang, Bahasa Melayu akan terhakis sekiranya tidak dipertahankan daripada sekarang.
Beliau berkata sebelum ini, Umno bersikap "garang" kerana 65 tokoh akademik telah menyatakan pendirian dan pandangan mereka terhadap isu berkenaan tetapi tidak diterimanya.
"Beberapa rancangan untuk bersemuka dengan jujur dan waras juga tidak diterima. Fikiran dan pandangan daripada budayawan juga tidak diambilkira," katanya.
Samad berkata beliau melihat semua "jalan" untuk membincangkan perkara itu seolah-olah sudah tertutup dan beliau terpaksa menggunakan platform pembangkang bagi menyatakan pendiriannya berhubung isu tersebut.
Dalam pada itu, beliau mengulangi pendiriannya bahawa beliau sanggup hilang gelaran dan penghormatan sebagai Sasterawan Negara dalam usahanya memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI.
"Apa gelaran pun sebenarnya untuk sementara. Bagi saya, itu tidak menjadi soal, sebab yang paling penting ialah perjuangan saya sebagai seorang sasterawan untuk melestarikan bahasa saya," katanya.

Jumaat, 13 Februari 2009
Sains dan Matematik Tidak Semestinya Diajar dalam Bahasa Inggeris
KUALA LUMPUR, 12 Feb 2009 (Bernama) -- Subjek Matematik dan Sains boleh diajar dalam mana-mana bahasa dan tidak semestinya hanya dalam bahasa Inggeris, kata Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid hari ini.
Beliau berkata kedua-dua subjek itu boleh dipelajari dalam mana-mana bahasa kerana tujuan utama ialah untuk mempelajari subjek tersebut dan bukan bahasa Inggeris.
Beliau berkata kedua-dua subjek itu boleh dipelajari dalam mana-mana bahasa kerana tujuan utama ialah untuk mempelajari subjek tersebut dan bukan bahasa Inggeris.

"Anda boleh buat (belajar Sains dan Matematik) dalam bahasa Melayu agak baik, anda boleh buat dalam bahasa Cina juga sangat baik, anda boleh buat dengan baik dalam bahasa Jerman, tidak ada istimewanya mempelajari sesuatu subjek dalam bahasa tertentu," katanya kepada pemberita selepas memberikan Syarahan mengenai 'Mencari Kejayaan' pada Siri Syarahan Anugerah Merdeka di sini.
Katanya ramai yang memperoleh pengetahuan malah dalam bahasa Melayu dan Matematik sebagai satu bahasa simbolik yang boleh dipelajari dalam mana-mana bahasa.
"Pada 1974, kita mengambil masuk pelajar Melayu di Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya.Kini graduan Pusat Asasi Sains merupakan pakar dalam bidang masing-masing dan mereka mendapat gaji lebih RM40,000 sebulan dan mereka mempelajarinya semua dalam bahasa Melayu. Sehubungan itu, bahasa bukanlah isunya," katanya.
Ungku Aziz berkata juga bahasa Melayu boleh menjadi alat untuk memastikan pencapaian perpaduan nasional.
"Anda hanya boleh mempunyai perpaduan nasional jika setiap orang boleh memahami seseorang dalam satu bahasa. Jika orang ramai boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil tetapi mereka tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan ini kita tidak boleh ada perpaduan nasional," kata beliau.
Beliau juga berkata sistem pelajaran negara tidak mempromosikan pemikiran kreatif dan selagi sistem mengamalkan pilihan pelbagai dalam peperiksaan, orang ramai tidak akan kreatif."
Sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai satu subjek mengenai pemikiran sama ada pemikiran kreatif atau pemikiran sisian pada peringkat sekolah sehingga pengajian tinggi," kata beliau.
Syarahan ini adalah siri ketiga daripada enam siri Syarahan Anugerah Merdeka untuk 2008/2009 yang dianjurkan bersama Petronas, ExxonMobil dan Shell.
Langgan:
Catatan (Atom)