Hilangnya Pejuang Bahasa Melayu
Oleh Ku Seman Ku Hussain, Arkib Utusan Online, 4 September 2009
KEPADA pejuang bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan nasional, tidak usahlah menganggap kepulangan pejuang bahasa Melayu, Datuk Hassan Ahmad satu "kehilangan" kepada bangsa dan negara. Mereka tidak kehilangan apa-apa.
Himpunan bahan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Memaparkan catatan dengan label Hassan Ahmad. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mac 2012
Selasa, 10 Mac 2009
Tidur Sejak Tahun 2003, Terkejut pada Tahun 2009
Wawancara dengan Dato' Hassan Ahmad Selepas Perhimpunan 100,000 Rakyat Membantah PPSMI Oleh Nyza Ayob, Harakahdaily, 10 Mac 2009
"Kami semua baik-baik. Dipancut air atau gas kami tidak melawan. Itulah kerana hendak mempertahankan bahasa kebangsaan."
Pelbagai soalan timbul selepas memorandum membantah PPSMI dihantar ke Istana Negara. Perhimpunan lebih 100,000 orang telah mengejutkan Perdana Menteri.
Seperti lazimnya polis menggunakan hujah, perhimpunan tersebut tidak mengikut kehendak permit, melanggar peraturan sehingga membawa kekecohan sebagai alasan untuk memburuk-burukkan perhimpunan aman.
Bagaimanapun perhimpunan tersebut membawa satu kejayaan kepada rakyat khususnya kepada orang Melayu dalam memperjuangkan hak untuk mengembalikan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Namun 1001 cabaran berada di depan.
Ikuti transkripsi penuh sidang media yang Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diwakili Pengerusinya, Dato' Dr Hassan Ahmad yang diadakan di rumah Pena pada 9 Mac lalu. Wartawan Harakah, Nyza Ayob mengikutinya dari dekat.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana sudi hadir pada sidang akhbar ini. Saya ingin memberitahu tentang hasil usaha serta ikhtiar kami untuk memberitahu kerajaan tentang mengapa PPSMI ini patut dimansuhkan. Pertama, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana dalam kenyataannya di akhbar semalam (8 Mac) menunjukkan reaksi positif dan agak baik.
Beliau berjanji akan membawa isu ini pada Persidangan Umno akan datang supaya masalah PPSMI ini diselesaikan segera dan sebaik-baiknya sebelum timbul isu-isu lain yang lebih buruk.
Dalam mesyuarat kami sebelum sidang media ini, kami bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan lagi pendirian kami bahawa GMP adalah satu gerakan aman.
Usaha kami hanya meminta kerajaan kembali kepada dasar lama yang kami anggap adalah dasar yang sangat baik dan tidak pernah menimbulkan masalah besar. Dasar lama itu adalah pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains hendaklah dikembalikan dasarnya kepada bahasa kebangsaan di sekolah kebangsaan dan kepada bahasa ibunda iaitu bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan.
Itu sahaja tujuan kami. Tidak lebih dan tidak kurang. Dan kami anggap ini adalah untuk kepentingan semua kaum termasuklah ibu bapa dan guru-guru. Dan kami tidak mahu bahasa kebangsaan menjadi bahasa pinggiran dan hanya menjadi bahasa kebangsaan daripada segi simbolik sahaja tetapi tidak mempunyai nilai ilmu dan pembangunan. Kita tidak mahu perkara tersebut berlaku.
Jadi kesannya buruk sekiranya pelajar Melayu tidak boleh lagi menuntut ilmu khususnya dalam bidang sains yang merangkumi kira-kira 89 bidang sains. Jika ia tidak lagi diajar dalam bahasa kebangsaan, kita tidak akan menjadi bangsa yang mengetahui ilmu kedoktoran dan kejuruteraan. Dan kita tidak boleh lagi menjadi bangsa Melayu yang boleh menjadi ahli kimia yang boleh berbahas, menulis buku dan berbincang dalam bahasa sendiri mengenai ilmu-ilmu ini. Itulah kesan buruknya yang diharap dapat dicegah sekarang ini.
Ada juga sesetengah pihak yang menyatakan mengapa sekarang GMP membantah. Sebenarnya bukan GMP sahaja. Banyak lagi pihak-pihak lain yang bising dan mendesak sejak 2003 agar PPSMI dimansuhkan. Bukan baru sekarang. Dan kerajaan pula memberitahu, tunggulah sehingga lapan tahun. Buat apa kita hendak tunggu sehingga lapan tahun. Ia akan menimbulkan banyak masalah lain seperti untuk menggantikan buku-buku teks. Ini bukan desakan baru selepas enam tahun.
Malah sebelum 2003 juga pelbagai seminar, kongres serta forum meminta supaya bahasa kebangsaan dan dasar bahasa kebangsaan itu dilaksanakan dengan tegas dan sebaik-baiknya. Selain itu, kami juga selalu tegaskan dan jangan ada yang menyangkan GMP ini menentang bahasa Inggeris. Malah kita mahu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah- sekolah dipertingkatkan kaedah pengajarannnya.
Ia harus diperbaiki supaya pelajar-pelajar kita terutama di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di luar bandar dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah selama 11 tahun.
Jika kaedahnya baik, pelajar masih tidak dapat bercakap atau menggunakan bahasa dengan baik dan lancar, tentu ada kesilapan pada sistemnya. Tidak boleh kita mengatakan pelajar lembap atau tidak suka bahasa Inggeris. Dan pelajar-pelajar Melayu dalam subjek bahasa Melayu juga ada yang lemah malah dalam peperiksaan ada yang gagal. Dalam keputusan peperiksaan 2004 dan 2005, 40,000 lebih pelajar Melayu yang lemah bahasa kebangsaannya. Ini masalah yang harus diselesaikan bukan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Sebelum 2003, saya sering bertanya kepada pihak yang menjaga sistem pendidikan negara ini. Saya bertanya, cuba sebutkan dua atau tiga sebab mengapa dasar lama yang telah baik itu diubah. Kalau tidak boleh sebut tiga, sebut satu sahajalah. Apakah ia dapat memudaratkan bangsa kita dan apakah bangsa kita tidak boleh maju jika tidak belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris? Dan apakah ia menyebabkan pelajar kita tidak pandai matematik dan sains jika diajar dalam bahasa ibunda atau kebangsaan? Adakah contohnya?
Kita bukan anti bahasa Inggeris. Malah kerajaan menjadikan bahasa Inggeris pelajaran wajib sejak merdeka. Umno sendiri waktu itu semangat kebangsaan kuat sebelum merdeka. Tetapi mereka menerima keputusan kerajaan Perikatan supaya bahasa Inggeris dikekalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai bahasa wajib diajar di semua sekolah. Saya anggap dasar yang sedia ada paling baik dalam negara kita yang pelbagai kaum ini. Kenapa hendak dihapus dan dimusnah.
Seterusnya ada pihak yang mengatakan jika dilihat pada situasi 7 Mac, GMP sudah jadi gerakan politik dan sudah diambil alih orang politik tidak kira daripada parti mana. Kami tidak tahu pun tentang hal ini. Kami hanya tahu GMP hanya berusaha untuk meminta kerajaan mengembalikan dasar lama. Itu dasar kami. Jika beratus-ratus ribu malah berjuta orang hendak menyokong, apa kami boleh buat. Sama ada daripada PAS, KeADILan atau Umno serta DAP, kami tidak boleh tolak.
Apa niat mereka, apa agenda mereka, kita tidak tahu. Kami tidak boleh tanya, contohnya kepada Dato Seri Abdul Hadi Awang "Dato' ni menyokong kami untuk tujuan apa? Untuk agenda PAS ke?" Saya tidak boleh tanya begitu nanti dia kata saya kurang ajar pula.
Isu ini merentas perkauman. Sebab tidak ada orang lain hendak buat, jadi GMP yang buat. Ia tidak berdosa. Kita bukan menentang kerajaan. Kita bukan parti terrorist. Kami semua baik-baik. Dipancut air atau gas kami tidak melawan. Itulah kerana hendak mempertahankan bahasa kebangsaan.
Dato' A. Samad Said kena gas. Saya tidak kena sebab polis suruh saya naik kereta. Saya pergi sebab saya hendak menyampaikan memorandum kepada raja. Orang sudah menunggu dekat situ. Jika orang tu tidak ada dekat situ saya bagi dekat kuda yang jaga pintu. Tapi kuda tidak ada waktu itu. Tapi Alhamdulillah sampai juga hajat kami hendak menyampaikan memorandum tersebut.
Saya dengan Dato' A. Samad Said. Sepatutnya tujuh orang yang menyampaikan memorandum sebagaimana ditanda tangan di memorandum tersebut. Yang lain menyertai perarakan. Berarak itu bukan kehendak kita. Bukan kehendak GMP dan bukan kehendak polis.
Saya berjumpa dengan pihak polis dan polis menyatakan bolehlah pihak GMP berhimpun di Masjid Negara tetapi tidak boleh berarak. Orang hendak datang beramai-ramai juga kita tidak boleh sekat. Kami juga harus memberitahu di sini pihak polis sangat baik dengan kami. Sebab mungkin dia tengok muka kami ini tidak garang. Jangan tanya kenapa budak-budak muda itu berarak. Asal dengan aman dan jangan bertumbuk dengan polis. Mereka juga hendak menjalankan tugas mereka kerana mendapat arahan pihak atasan. Kami mempunyai prinsip. Prinsip itulah yang ingin kami pertahankan.
Begitu juga dengan orang Kementerian Pelajaran. Dia juga mempunyai prinsipnya yang hendak dipertahankan. Ini masalahnya. Dan jangan kata kami diperalatkan. Daripada sudut hati sanubari saya, kita suruh orang politik sokong kita dan peralatkan kita. Ikhlas saya cakap, isu politik tidak ada langsung. Kalau tidak buat apa kita minta kerajaan mansuhkan. Kita biarkan sahaja. Tetapi kerana memikirkan mudaratnya kerosakan yang boleh berlaku pada alat pemikiran dan tamadun serta budaya kita iaitu bahasa yang termusnah. Jadi yang berlaku semalam bukanlah wayang kulit. Tidak ada dalang. Biasa dalang ini menyorok di balik tabir. Jika nampak bukan dalang tapi penyokong.
Saya tidak mahu saya dikatakan boneka. Menghina. Saya bukan boneka. Saya ada akal dan ilmu. Saya ada perasaan dan jiwa. Saya makhluk Tuhan. Sama juga anda semua. Saya bukan monyet dan beruk. Ini saya tidak mahu orang kata ada dalang di belakang kami. Itu yang dapat saya katakan.
Saya juga menghargai para penyokong yang datang daripada segenap kaum. Ada juga NGO Cina dan Tamil datang menyerahkan sokongan mereka untuk dilampirkan dalam memorandum yang hendak dihantar oleh kami.
Oleh kerana kelam kabut berlaku, mereka tidak dapat hantar kepada saya yang telah ada di Istana Negara untuk disertakan bersama memorandum GMP. Kita dapat juga menyampaikan memorandum kepada pihak Istana. Itu sahaja matlamat kami.
Saya perlu ingatkan balik saya menghargai layanan pihak polis di Istana dan di Masjid Negara. Keluar gambar dalam Utusan Malaysia saya seperti hendak bergaduh dengan polis. Bukan bergaduh. Kita berunding. Jika tidak baik sudah bergaduh. Salah seorang yang ditangkap itu, boleh saya cerita kenapa dia ditangkap? (Sambil bertanya kepada beberapa orang anggota GMP yang turut serta dalam sidang media itu dan diiyakan) Dia itu ditangkap kerana semangatnya lebih. Dia bertengkar-tengkar dan kena tangkap. Agaknya kalau saya maki polis, saya kena tangkap juga. Tapi kita sudah bagitahu awal-awal jangan menyusahkan ikhtiar GMP.
Anda ingin datang menyokong, Alhamdulillah. Datanglah sokong beramai-ramai. Tetapi jangan buat gangguan. Jika ada pihak ketiga hendak buat gangguan, itu hal dia. Asalkan jangan ada penyokong dan pihak GMP buat gangguan. Kita tidak mahu seperti itu. Nanti orang kata kita jahat. Kerajaan kata kita buat kacau. Apa yang berlaku semalam tidak membayangkan GMP ini satu gerakan yang ganas. Tidak. Dan kami masih sanggup berjumpa dengan anda sekalian (media). Jika tidak kami sudah menyorok bimbang jika Pengerusi GMP dipanggil polis. Panggillah. Kami bersedia memberi penerangan kepada sahabat dan sebagai warganegara Malaysia. Kita tidak mahu bergaduh.
Wartawan: Dato', bilakah dijangka pertemuan GMP dengan Dato' Seri Abdullah?
Dato' Hassan Ahmad: Secepat mungkin. Dijangka dalam masa seminggu dari sekarang.
Wartawan: Pertemuan tersebut sebelum Perhimpunan Agung Umno?
Dato' Hassan Ahmad: Ya, sebelum.
Wartawan- Sekarang ini digembar gembur pembangkang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Dato' Hassan Ahmad- Apa nak buat. Dia hendak sokong. Umno pun kalau hendak sokong boleh juga. Datanglah beramai-ramai. Kita tidak boleh mengatakan Umno jangan masuk campur, ini urusan PAS, bukan urusan GMP. Ini yang kita tidak mahu dapat kesan itu.
Wartawan:Adakah orang Umno tidak ada dalam perhimpunan itu?
Dato' Hassan Ahmad: Orang Umno pun ada. Yang tidak hadir tapi sokong pun ramai. Merata-rata di Malaysia. Orang kuat-kuat pun ada.
Wartawan-Mereka bagi sokongan bagaimana?
Dato' Hassan Ahmad: Ada yang telefon, hantar mesej pun ada. Soal sama ada orang hendak bantah atau sokong, lain. Kita hendakkan isu itu. Prinsip bahawa matematik dan sains harus diajar dalam bahasa kebangsaan negara Malaysia bukan negara lain.
Wartawan: Dato' Hishamuddin mengatakan ada pilihan sama ada tidak membatalkan sepenuhnya PPSMI ini.
Dato' Hassan Ahmad: Ikut dialah. Kami punya matlamat supaya dasar lama itu dikembalikan. Maknanya mengajar sains dan matematik daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah sehingga ke IPT. Ada ke sesiapa boleh bagitahu kita bahasa kebangsaan ini tidak layak untuk mengajar matematik dan sains?
Siapa boleh bagitahu saya boleh bagi hadiah. Jawapan yang betul-betul munasabah yang boleh diterima oleh umat dunia yang mengatakan bahasa Melayu atau bahasa Mandarin atau bahasa Tamil tidak layak jadi bahasa ilmu? Kalau ada bukti, esok kita bubarkan GMP. Jangan ingat kita ini orang tidak siuman.
Berbalik pada asal. Sebab yang asal tidak ada masalah. Kalau ada masalah setelah 37 tahun dilaksanakan, sudah mantap dan begitu sebati dalam budaya rakyat Malaysia ini, ia ditarik balik.
Wartawan: Jika bahasa Inggeris dikekalkan dalam pengajaran kedua-dua subjek itu, apakah tindakan GMP?
Dato' Hassan Ahmad- Rasanya soalan itu tidak adil dan tidak patut ditujukan kepada GMP. Soalan itu sepatutnya ditanya kepada wakil rakyat, parti Umno yang dahulu menubuh dan menggubal Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada sebelum 2003. Tanya merekalah. Saya tidak mempunyai kuasa.
Kalau saya ada kuasa bolehlah saya jawab. Cuma ada kuasa suaralah sikit. Kena tanya pihak BN, Perikatan waktu dulu. Kamu yang gubal dan kamu yang hapuskan. Ada masalah ke? Saya pernah sebut dalam satu sidang akhbar dahulu. UKM, yang gunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama selama 30 tahun lebih sejak 1970 telah menghasilkan lebih 2000 tesis sarjana sains dan matematik. Dan lebih 400 thesis PHD juga ditulis dalam bahasa kebangsaan tentang bidang matematik dan sains.
Jika tulis tesis tentulah 'original' dan bukan 'copy' atau terjemah dari bahasa Inggeris. Dia mestilah menyelidik dalam bahasa kebangsaan. Jadi thesis itu dalam bahasa kebangsaan. Itu hanya UKM tidak termasuk universiti lain. Jika boleh tulis thesis dalam bahasa Melayu, kenapa kamu matikan tengah jalan? Hendak kata dia penjajah marah pula. Atau boleh jadi kita hendak ikut penjajah British yang ajar bahasa Melayu ilmu kesihatan hanya di peringkat rendah sahaja.
Jadi, kalau kerajaan hendak balik ke sana, balik kepada asallah sebelum merdeka dahulu.
Buat apa kita merdeka? Saya tidak hendak cakap politik. Kalau saya cakap politik banyak pula ceritanya. Para pemimpin kita harus memimpin rakyat Malaysia berdasarkan tamadun kita bukan tamadun orang lain. Tamadun salinan, tamadun salinan. Maka kita tidak jadi bangsa yang kreatif dan inovatif serta mencipta sesuatu yang baru melainkan terjemah sahaja.
Wartawan- Jadi, GMP tidak akan berhenti mendesak kerajaan hentikan PPSMI ini?
Dato' Hassan Ahmad- Hendak berhenti buat apa. Sampai berjayalah.
Wartawan- Adakah GMP jemput Dong Jong Zhong menyertai pergerakan GMP ini?
Dato' Hassan Ahmad- Kita sudah jemput. Mereka dah setuju. Tapi beberapa NGO Cina tidak berapa setuju dengan DJZ ini. Mereka bantah dan tidak setuju kenapa Dong Zhong buat macam ini. Orang ingat GMP ini hendak desak kerajaan adakan satu aliran bahasa dalam sistem pendidikan kita. Kita mudah. Berbalik pada asal. Tetapi jika kerajaan hendak buat satu aliran bahasa, itu terserah. Itu dasar lain. Kita hanya hendak balik pada asal.
Salahkah? Tidak ada yang salah. Kita mesti berterus terang dan tidak ada yang hendak disorok. Ia hendaklah berdasarkan otak. Jangan prasangka sahaja. Mengatakan GMP jahat, antikerajaan. Itu kata dia bukan saya cakap. 'Make it simple. the whole world is complicated'. Saya cakap bahasa Inggeris sebab saya tahu bahasa Inggeris. Jangan ingat saya tidak tahu bahasa Inggeris. 'I think I can speak better than most of the ministers.' Tidak ada 'gramatical mistake'.
Bukan tulis surat tapi kertas kerja.
Macam profesor kita yang ada ini (sambil menunjukkan kepada beberapa orang AJK GMP). Kenapa tidak mahu menjadikan mereka ini contoh. Pertahankanlah benda yang betul. Tidak jadi isulah. Seperti PM kata, selesaikan PPSMI ini sebelum timbul isu-isu yang lebih berat. Apa maksudnya kita belum tahu lagi tetapi kita jumpa. Hendak berkawan dan hendak berbaik-baik dengan dia.
Setahun dahulu kita pernah jumpa. PM kata akan kembali pada dasar asal. Prof. Emeritus Dato' Abu Bakar Abdul Hamid telah jumpa dia. Siapa kata baru sekarang? Ini orang tidurlah. Dahulu kata experimental project PPSMI ini. Sekarang sudah jadi dasar pula.
Wartawan: Jadi tuduhan GMP antikerajaan tidak benarlah?
Dato' Hassan Ahmad: Tidak. Saya pernah cakap dengan Dato' Seri Hishamuddin sewaktu menyampaikan memorandum di Parlimen. Ramai orang dengar. Saya cakap 'ini kita bukan hendak bergaduh ye' 'Tidak. Kita tidak bergaduh. Kita berkawan'. Berpeluklah sikit.
Wartawan: Dato', anggaran penyertaan dalam perhimpunan tersebut?
Dato' Hassan Ahmad: Dianggarkan oleh ahli matematik kita, seorang jurutera, 70,000 orang ada di Kuala Lumpur. Bukan 2000 atau 5000. - azm_

Rabu, 4 Mac 2009
Perhimpunan Mansuhkan PPSMI Diteruskan
Rabu Mac 4, 2009
SHAH ALAM: Perhimpunan Aman 100,000 orang sempena majlis penyerahan memorandum pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun tanpa permit polis.
Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata mereka bukan mahu mengadakan demonstrasi, sebaliknya hanya mahu mempersembahkan memorandum itu kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Itu salahkah? Saya rasa ia tidak perlu permit (polis) pun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perjumpaan GMP bersama persatuan yang menyokong gerakan itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini malam tadi. Turut hadir Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.
Hassan yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata memorandum setebal lapan halaman dengan menggunakan bahasa Istana itu ditandatangani beliau serta lima anggota GMP dan pihaknya juga telah menghubungi setiausaha sulit kanan Yang diPertuan Agong pagi semalam.
Beliau berkata memorandum itu antara lain menyembah maklum kepada baginda bahawa PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 adalah satu keputusan yang silap dan perlu dikembalikan kepada bahasa ibunda.
Setiausaha GMP, Hasni Abas pula berkata gerakan itu telah menghantar permohonan untuk mendapatkan permit ke Bukit Aman Sabtu lepas tetapi diminta berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Setakat ini, GMP belum mendapat kelulusan daripada polis untuk perhimpunan itu, katanya.
Beliau mendakwa sehingga kini, gerakan itu mendapat sokongan daripada 132 gabungan yang mewakili pelajar, kesatuan sekerja, persatuan ulama dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan.
Malah, katanya, usaha GMP turut mendapat sokongan masyarakat Orang Asli di Tapah, Perak, dalam satu pertemuan Sabtu lalu, apabila Tok Batinnya menyatakan persetujuan untuk menghantar dua bas rombongan bagi menyertai perhimpunan itu.
Semalam, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata Kementerian Pelajaran telah menyiapkan kertas berhubung cadangan pelaksanaan PPSMI untuk dibentang kepada Kabinet dalam masa terdekat. BERNAMA

Ahad, 15 Februari 2009
Kenyataan Akhbar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
Pendahuluan
1. Sebagaimana kita semua maklum, dasar pengajaran Sains dan Matematik dan semua mata pelajaran lain dalam bahasa kebangsaan di sekolah kebangsaan telah dilaksanakan secara tegas sejak tahun 1970. Setelah dasar itu berjalan selama 37 tahun hingga tahun 2003 tiada apa-apa masalah serius yang berlaku pada keupayaan pelajar kita dari semua kaum untuk menguasai ilmu sains dan matematik dan segala cabangnya dalam bahasa kebangsaan. Buku-buku teks dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan dari darjah satu hingga ke tingkatan VI semuanya cukup, tidak timbul apa-apa masalah kekurangan buku teks. Hasil kegigihan Dewan Bahasa Dan Pustaka membina peristilahan sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan, yang melibatkan ratusan ahli bahasa dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu, masalah peristilahan sains tidak timbul lagi dalam tempoh itu.
2. Hasilnya, ratusan ribu pelajar dari semua kaum berjaya mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan negara ini, dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah, bahkan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Dasar itu berjaya melahirkan puluhan ribu sarjana, profesor, pensyarah, ahli sains, pakar-pakar perubatan dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang lain yang terdidik dalam bahasa Melayu melalui system pelajaran kebangsaan itu. Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan dalam tahun 1970 menjadi bukti nyata tentang kejayaan dasar pelajaran kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam semua kursus.
3. Ilmu yang diajarkan itu, sains dan matematik yang diajarkan itu dalam bahasa kebangsaan negara ini adalah ilmu yang secara asasnya sama di mana-mana sahaja ilmu itu diajarkan dalam bahasa apa pun di sekolah dan di universiti di negara-negara lain. Kalau kita hitung-hitung, kita akan menyedari bahawa di seluruh dunia ilmu itu lebih banyak diajarkan dalam bahasa-bahasa lain daripada dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, lihat Lampiran A yang menunjukkan bahasa yang digunakan di sekolah dan di universiti di 6 buah negara di Asia, iaitu Jepun, Korea, China/Taiwan, Indonesia, Vietnam, dan Thailand. Semua negara Eropah dan negara-negara Skandinavia menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing, tidak bahasa Inggeris, untuk mengajar semua bidang ilmu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, dan negara-negara itu semuanya maju sains dan teknologi.
4. Maka hairanlah kami mengapa kerajaan atau pemimpin kerajaan (berbangsa Melayu) tiba-tiba, tanpa rundingan, tanpa kajian, tanpa sebab yang munasabah mengubah dasar pengajaran sains dan matematik itu dari bahasa kebangsaan kita balik semula ke bahasa Inggeris (seperti dalam zaman penjajahan British dahulu) setelah dasar menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sains dan matematik sejak tahun 1970, tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius, seperti yang disebutkan di atas. Keputusan yang mengejut itu telah menimbulkan banyak masalah, meleret-leret sampai enam tahun lamanya!
Masalah yang Ditimbulkan oleh PPSMI
5. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid yang tidak menjawab dalam bahasa Inggeris.
6. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI.
7. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 5 dan 6 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352,641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai “otak” atau minat untuk belajar atau mengetahui sains atau matematik; puncanya ialah, mata pelajaran ini diajarkan dalam bahasa yang pelajar itu tidak faham, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].
Hasil Kajian
8. Hasil kajian sebenar yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari tujuh buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan seliaan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar. Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.
9. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.
Apakah Ukuran yang Digunakan untuk Mengabsahkan PPSMI?
10. Penggunaan bahasa Inggeris tidak boleh dikaitkan dengan peningkatan atau penurunan keputusan yang dicapai untuk mata pelajaran sains dan matematik. Menggunakan keputusan UPSR sebagai kriteria penanda aras penentuan sama ada PPSMI boleh dikekalkan atau dimansuhkan adalah ukuran yang tidak tepat dan wajar. Ini kerana kaedah yang digunakan ialah Kaedah Rujukan Norma. Mengikut Kaedah Rujukan Kriteria, sesuatu gred itu ditetapkan dahulu, manakala Kaedah Rujukan Norma menjurus kepada pencapaian keseluruhan murid yang mengambil peperiksaan dalam satu-satu subjek. Sehubungan ini, min atau purata markah dan sisihan piawai (standard deviation) diambil kira bagi menentukan markah lulus dan gagal. Misalnya, dalam tahun 2007, dari 500,596 pelajar yang mengambil subjek Matematik, purata markah yang dicapai oleh calon ialah 43 dan sisihan piawai ialah 8, maka markah lulusnya ialah 43 - 8 = 35. Dalam tahun 2008, andainya purata markah ialah 38 dan sisihan piawai 8, maka markah lulusnya ialah 38 – 8 = 30. Malah, sebagai perbandingan, berdasarkan markah lulus 35 dalam tahun 2007, peratusan lulus UPSR Matematik (A, B, C) ialah 82% dan pada tahun 2008 pada markah lulus 30, peratus calon yang lulus mungkin 82% juga. Pada pandangan orang awam, itu tidak menunjukkan ada perbezaan prestasi, padahal kalau mengikut markah sebenar, jelas murid-murid tahun 2008 lebih rendah prestasinya daripada prestasi murid-murid tahun 2007. Jangan Gunakan Pandangan “Tangkap Muat” untuk Mempertahankan PPSM.
11. Kami perhatikan ada dua tiga media cetak dan media elektronik yang cuba mempertahankan PPSMI berdasarkan pendapat dan pandangan beberapa orang awam lalu membuat kesimpulan bahawa kebanyakan mereka menyokong PPSMI, padahal pendapat atau pandangan itu tidak berdasarkan pemerhatian, kajian, pengetahuan dan maklumat yang boleh dipertahankan secara ilmiah. PPSMI ini menyentuh nasib pendidikan ratusan ribu pelajar kita, masalah dihadapi oleh guru dan ibu bapa seluruh negara. Kalau hanya 400 atau seribu orang biasa atau yang orang dan pihak berkepentingan (vested interest groups) ditanya apakah pendapat mereka tentang PPSMI lalu, katakanlah lebih 50% mereka berkata bahawa PPSMI itu bagus dan sudah berjaya, bolehkah kita percaya dengan pendapat “gallop poll” itu dan berkata bahawa lebih 50% penduduk seluruh Malaysia menyokong PPSMI? Janganlah kita membohong rakyat. Lebih baik orang yang hendak mengetahui keadaan sebenarnya pergi ke semua sekolah kebangsaan di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak dan di Sabah, di ulu-ulu, duduk dalam kelas-kelas memerhatikan apakah semua pelajar di situ faham atau tidak faham sains dan matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris yang tidak difahami oleh ratusan ribu pelajar itu.
12. Kami berharap media di negara ini, terutama media aliran perdana berbahasa Melayu, dapat menyokong GMP dengan menyiarkan pendapat dan maklumat yang benar tentang PPSMI supaya rakyat, pendidik, guru-guru dan ahli-ahli politik dan wakil rakyat dapat didedahkan kepada hakikat yang sebenarnya tentang PPSMI ini. Ini bukan masalah beberapa orang atau beberapa kelompok orang yang berkepentingan sahaja; ini masalah negara, masalah masa depan anak cucu kita dalam bidang pendidikan dalam bahasa ibunda sendiri.
13. Beberapa banyak kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar di seluruh, mengatakan secara pasti bahawa manusia mulai peringkat kanak-kanak lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri. Cuba bayangkan masalah kanak-kanak Melayu atau kanak-kanak bangsa apa pun, yang sudah mengetahui bahasa Melayu atau bahasa sendiri, tiba-tiba apabila masuk sekolah darjah satu diajarkan sains atau matematik atau ilmu kira-kira dalam bahasa yang mereka tidak faham sepatah pun.
GMP Tidak Fanatik BM dan Tidak Anti Bahasa Inggeris
14. GMP tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau didorong oleh perasaan anti bahasa Inggeris. GMP juga bukan “gila bahasa Melayu”. Kami cuma mahu mempertahankan kebenaran. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong. Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.
15. Hal yang sangat menghairankan ialah, “pendapat” atau “teori” yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu. Bahasa Inggeris seharusnya diajar melalui pelajaran bahasa Inggeris (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik.
16. Oleh sebab itu, kita menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita menguasai bahasa ini dengan cukup baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari darjah I hingga tingkatan V. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.
17. Mengatakan bahawa orang Melayu tidak akan maju dalam bidang sains dan matematik kalau ilmu ini tidak diajarkan dalam bahasa Inggeris, ini adalah kenyataan atau pandangan orang yang jahil. Apakah bangsa-bangsa lain, seperti bangsa Cina, bangsa Jepun, bangsa Korea, bangsa Perancis dan bangsa Jerman dan bangsa Thai, misalnya, tidak maju dalam bidang sains dan matematik kerana ilmu ini diajarkan dalam bahasa masing-masing, tidak dalam bahasa Inggeris? Apakah profesor matematik atau profesor sains yang mengajar ilmu ini dalam bahasa Melayu tidak maju, atau lebih bodoh daripada profesor sains dan matematik yang mengajar dalam Inggeris? Orang yang membuat dasar itu perlu menjawab soalan seperti ini – jawapan yang benar, yang saintifik, tidak emotional.
Usaha GMP
18. GMP sedang mengumpulkan sebanyak mungkin penyokong di seluruh negara untuk meminta kerajaan supaya memansuhkan PPSMI.
19. Pada 17 Februari 2009 wakil-wakil GMP akan menyerahkan memorandum kepada Wakil Rakyat atau ketua-ketua mereka di Parlimen.
20. GMP berharap dapat mempersembahkan memorandum ke bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong berhubung dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pendidikan di negara ini berdasarkan kehendak Perlembagaan.
21. GMP tidak menentang kerajaan atau berhajat untuk “bergaduh” dengan kerajaan atau mana-mana pihak tetapi hanya berasa terpanggil untuk sama-sama memberikan kerjasama menyelesaikan masalah yang menyentuh kepentingan negara dan rakyat tidak kira kaum dan orientasi politik atau parti politik masing-masing. Jika GMP disokong oleh orang PAS, orang PKR, orang DAP, atau orang BN atau UMNO, itu kami anggap bukan sokongan “berbau politik” dan kami tidak akan menolaknya, tetapi GMP tidak akan membiarkan dirinya diperalatkan oleh mana-mana parti politik.
22. GMP akan menjalankan kegiatannya “dengan waras”, rasional, berdasarkan hujah dan fakta yang dapat kami pertanggungjawabkan. Kami tidak akan menggunakan cara yang boleh menyalahi undang-undang negara atau tatasusila sosial dan moral bangsa kita. Kami tidak akan mengadakan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan yang boleh membawa kepada unsur-unsur keganasan seperti yang dilakukan oleh badan-badan tertentu. Kami akan mengadakan Himpunan Aman 100 Ribu Rakyat Malaysia di Istana Negara pada 7 Mac 2009 bagi mendesak pihak kerajaan memansuhkan PPSMI dengan segara.
Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Mewakili Badan Induk Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)
dan seluruh anggota dan penyokong Gerakan ini
Tarikh 12 Januari 2009

Ahad, 1 Februari 2009
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Dilancarkan
31 Januari 2009
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Dilancarkan
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) dilancarkan di hadapan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur petang ini.
Pengerusi GMP, Dato' Dr. Hassan Ahmad, mengadakan sedia media pada 2.50 petang.
Kenyataan media beliau dan perkembangan lain terdapat di blog ini.Antara pejuang bahasa yang hadir ialah Sasterawan Negara A. Samad Said, Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Prof. Dr. Awang Sariyan, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Prof. Dr. Shahril Mohd Zain dan Puan Ainon Mohd.
Kemas Kini
Lihat gambar di blog Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI.

Rabu, 28 Januari 2009
Sah, Dr. Hassan Ketuai Bantahan PPSMI
Jimadie Shah Othman, Malaysiakini, 8 Januari 2009, 09 5:11pm
Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Hassan Ahmad secara rasmi memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu yang kini dikenali sebagai Gabungan Mansuhkan PPSMI - yang mengancam mengadakan perhimpunan besar ala-Bersih - bagi membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana program berkenaan, Hasni Abas berkata, Dr. Hassan akan bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa induk gabungan itu.
Menurutnya lagi, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan beliau - yang mengetuai sembilan lagi wakil NGO dan sayap Pemuda parti pembangkang yang bergabung dalam GMP - dengan bekas ketua pengarah DBP itu di Yayasan Karyawan di Damansara tengah hari tadi.
Isnin lalu, Dr. Hassan dilaporkan menyatakan kesediaannya untuk memimpin gabungan itu bagi membantah pelaksanaan PPSMI.Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hasni berkata, mesyuaratnya dengan Dr. Hassan juga memutuskan untuk melantik sembilan tokoh politik dan bahasa berprofil tinggi bagi menganggotai jawatankuasa induk itu.
Mereka termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa; bekas ketua Pengarah DBP, Datuk Aziz Deraman; tokoh sastera Datuk Dr Anwar Ridwan dan penyair terkenal, Dinsman.
Ditanya tentang tugas pertama Dr. Hassan, Hasni berkata: "Panggil mesyuarat jawatankuasa induk."
Perarakan KerandaJawatankuasa induk yang dibentuk itu merupakan badan utama pembuat keputusan dalam GMP; manakala jawatankuasa pelaksana bertindak menggerakkannya di peringkat bawah.
Hasni yang juga pengerusi Kesatuan Pekerja DBP berkata, jumlah ahli jawatankuasa induk mungkin ditambah daripada masa ke semasa, mengikut keperluannya.
Beliau sebagai pengarah jawatankuasa pelaksana, secara automatik bertindak sebagai setiausaha GMP.
Selain itu, jawatankuasa pelaksana GMP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan gerak kerja lanjut bagi menjayakan perhimpunan besar yang dijadual Mac depan.Selain perhimpunan ala-Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil ) Mac depan, kerajaan juga mungkin berdepan dengan satu "perarakan keranda" Februari ini berhubung isu PPSMI oleh sebuah lagi badan bahasa, Gabungan Penulis Nasional (Gapena).
Perarakan sambil mengusung keranda sebagai simbol kematian bahasa Melayu - dinamakan Keranda 152 - akan menjadi sebuah lagi tindakan, selain tindakan mahkamah, selepas tuntutan mereka supaya kerajaan memansuhkan PPSMI tidak diendahkan.
Selain NGO Melayu, persatuan pendidikan Cina turut membantah pelaksanaan dasar itu.Lapan NGO itu, yang diketuai Dong Jiou Zong hari ini memberikan tarikh akhir kepada kerajaan sehingga Mac ini untuk membuat keputusan atau turut menghadapi siri-siri bantahan mereka.

Isnin, 26 Januari 2009
Mempertahankan Nilai BM sebagai Bahasa Ilmu
Arkib Utusan Online 16/06/2002
MEMPERTAHANKAN NILAI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU
Oleh Dr. Hassan Ahmad
BAHASA penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah sebabnya mengapa bahasa - tidak kira bahasa apa pun - menarik minat pelbagai golongan pengkaji dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa.
Ahli bahasa deskriptif hanya tertarik untuk mengkaji dan menghuraikan sistem linguistik bahasa itu, mengkaji peraturan tatabahasanya dan sistem fonologinya tetapi kurang memberikan perhatian terhadap fungsi atau budaya dan nilai sosial bahasa itu.
Pakar-pakar sosiolinguistik pula mengkaji fungsi sosial bahasa - bagaimana bahasa digunakan hari-hari dalam masyarakat dan bagaimana manusia membentuk makna berdasarkan konteks sosialnya.
Dalam budaya Melayu, misalnya, terdapat fenomena bahasa budaya yang diungkapkan dalam bentuk kata-kata budi bahasa. Orang yang dikatakan tidak tahu bahasa bererti orang itu tidak pandai berbudi bahasa, yakni tidak mengetahui adat berbahasa menurut konteks sosialnya.
Bahasa juga boleh dikaji dari segi psikologi. Ahli psikolinguistik (atau ahli psikologi bahasa) mahu tahu apakah proses yang berlaku dalam minda atau otak manusia apabila dia mengeluarkan atau mengucapkan bahasa dan memahami bahasa.
Kajian ini menumpukan perhatian kepada proses pemikiran yang berlaku apabila orang menggunakan bahasa. Antara persoalan yang cuba dipastikan ialah soal pengaruh bahasa terhadap pemikiran manusia dan pengaruh pemikiran manusia terhadap perkembangan bahasa.
Ahli antropologi budaya bahasa cuba mengkaji hubungan genetik atau budaya antara bahasa dengan bangsa atau kumpulan etnik yang menggunakan bahasa. Jadi, mereka mahu tahu setakat mana bahasa menandakan jati diri (identiti) bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa aslinya. Dari sini timbul pula soal nasionalisme bahasa yang termasuk dalam kajian sains politik.
Soal yang dikaji ialah peranan bahasa sebagai alat politik. Misalnya, bagaimana bahasa digunakan untuk membangkitkan kesedaran bahawa bahasa penting sebagai pembentuk kesatuan politik yang disebut negara atau negara bangsa.
Sering kali, “politik bahasa” ini menyebabkan sesebuah negara menggubal dasar bahasa atau membuat undang-undang mewajibkan warganegara menggunakan satu-satu bahasa yang dipilih sebagai bahasa rasmi negara itu.
Dasar ini terdapat di kebanyakan negara, terutama di negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan pelbagai bahasa. Contohnya yang terdekat ialah Malaysia, Indonesia, Thailand dan banyak negara lain lagi, termasuk Amerika Syarikat dan seluruh negara Eropah, Jepun, China, Korea, Australia dan New Zealand.
Ada negara yang dasar bahasanya tidak bertulis. Tidak ada akta bahasa. Contohnya, di Britain bahasa rasminya iaitu bahasa yang digunakan dalam semua urusan dan kegiatan sektor swasta ialah bahasa Inggeris. Padahal di Britain terdapat banyak bahasa lain seperti bahasa Scottish, bahasa Wales dan bahasa Irish yang hampir-hampir luput kerana fungsinya di seluruh Britain sangat terhad.
Yang terakhir, bahasa juga menjadi subjek kajian dan renungan ahli falsafah. Soal yang dikaji selalunya bersifat abstrak dan logikal: Bagaimana kita tahu bahawa satu-satu ayat atau perkataan itu, yang disebut proposisi, benar atau tidak benar. Misalnya, bagaimana kita hendak memastikan dalam minda atau otak kita, bahawa perkataan “meja” benar-benar melambangkan benda yang disebut “meja” itu. Orang yang mengkaji soal semiotik, iaitu kajian tentang tanda' atau lambang, juga menanyakan soal yang sama.
Tetapi kaedah yang digunakan tidak sama dengan kaedah yang difikirkan oleh ahli falsafah bahasa. Manakala ahli semiotik menggunakan kaedah hermeneutic, pragmatisme dan sosiologi untuk mengkaji makna pada tanda atau lambang atau dalam teks tertentu, ahli falsafah pula lebih mementingkan kaedah logik untuk mengkaji hubungan antara bahasa dengan makna.
Berdasarkan huraian ringkas tentang kepelbagaian minat yang diberi oleh pelbagai ahli dan pemikir (tidak hanya ahli bahasa) terhadap bahasa dan hubungannya dengan manusia, masyarakat, politik, falsafah, budaya, etnisiti, psikologi dan pemikiran, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa bahasa tidak hanya bererti sistem linguistik semata-mata. Sistem linguistik ialah soal nahu atau tatabahasa, istilah, ejaan, sebutan baku dan sebagainya.
Tetapi bahasa mencakupi keseluruhan hidup manusia sebagai alat pemikiran, alat budaya, sebagai sumber kemajuan dan tamadun serta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Bahasa juga sebagai pembentuk keperibadian dan nilai manusia.
Jadi, yang penting bukan hanya bahasa itu sebagai sistem linguistik semata-mata tetapi sebagai sistem nilai. Bahasa Latin masih menjadi sumber peminjaman kata dan istilah baru bagi bahasa-bahasa Eropah, tetapi nilainya sebagai alat penjana tamadun dan pemikiran tinggi dalam zaman moden ini tidak ada lagi.
Salah satu nilai yang perlu ada pada bahasa Melayu ialah nilainya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.
Para pengkaji bahasa, baik ahli bahasa deskriptif, ahli sosiolinguistik, ahli psikolinguistik, ahli budaya (antropologi) bahasa, ahli semiotik, mahupun ahli falsafah bahasa, walaupun mereka menggunakan kaedah kajian yang berlainan, semuanya sepakat tentang bahasa. Menurut pengkaji, bahasa - tidak kira bahasa apa pun - mempunyai keupayaan yang tidak terhad untuk mengungkapkan fikiran bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa utamanya.
Seperti kata seorang pemikir psikologi atau kognitif bahasa, Steven Pinter (1994), yang mencipta bahasa ialah minda (fikiran) manusia. Jikalau fikiran bangsa atau manusia itu maju, maka akan majulah bahasanya.
Setiap kali manusia berfikir dia mencipta makna dan makna ini boleh disampaikan melalui kata-kata yang sudah ada dalam perbendaharaan kata bahasanya. Atau melalui kata-kata dan istilah baru yang boleh diciptakan, sama ada melalui proses peminjaman atau melalui cara lain, berdasarkan sistem linguistik bahasanya.
Demikianlah caranya bangsa Inggeris misalnya, maju dalam bidang ilmu bukan kerana bahasa Inggeris itu dilahirkan sejak asalnya sebagai bahasa yang memang sudah maju dari segi sistem linguistiknya atau dari segi kehadiran peristilahan ilmunya.
Tetapi bangsa mereka maju dalam bidang ilmu kerana dua faktor: Pertama, kerana dalam kalangan bangsa Inggeris wujud sekumpulan manusia yang kita sebut ahli fikir atau ahli sains seperti Roger Bacon dan Isaac Newton dalam abad ke-16 dan 17.
Mereka juga memiliki sasterawan besar seperti Shakespeare yang berfikir dan menulis dalam bahasa Inggeris, bahasa ibunda mereka. Kedua, bahasa Inggeris asal, iaitu bahasa Anglo-Saxon, tidak mempunyai istilah sains untuk menyatakan konsep dan teori baharu.
Oleh itu, para pemikir dan ahli sains Inggeris terpaksa meminjam istilah yang cukup banyak daripada bahasa Latin dan bahasa Greek. Hari ini, tidak ada satu ayat bahasa Inggeris dalam bidang apa pun yang tidak mengandungi istilah pinjaman.
Demikianlah juga proses yang berlaku pada bahasa Melayu sejak abad ke-15, lebih-lebih lagi sejak abad ke-16 dan 17. Para pengarang, pemikir dan sasterawan berbahasa Melayu di rantau ini menghasilkan seberapa banyak karya besar dalam bidang kesusasteraan, ilmu teologi, ilmu metafizik dan tasawuf dan falsafah dalam bahasa Melayu.
Mereka bertembung dengan pelbagai tamadun luar, terutama tamadun Islam, lalu mempelajari ilmu Islam, meminjam istilah-istilah baru dari bahasa Arab untuk menghasilkan karya-karya yang besar itu dalam bahasa Melayu.
Daya kreatif bahasa Melayu terkenal. Pemikir Melayu sering menggunakan bahasa metafora (bahasa perumpamaan), bahasa kiasan dan bahasa alegorikal untuk menyampaikan isi hati, pandangan hidup dan pemikiran mereka secara padat dan mendalam.
Mereka tidak hanya menggunakan kata-kata yang literal atau leksikal. Tetapi yang penting ditegaskan ialah, bahasa Melayu sudah berkurun-kurun lamanya berfungsi sebagai alat penjana tamadun ilmu dan tamadun budaya tinggi di seluruh rantau ini.
Jadi, kalau hari ini ada orang yang berkata bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjana tamadun tinggi, tidak mampu menjadi bahasa sains dan bahasa teknologi, saya kira orang itu tidak membaca sejarah bahasa Melayu ini.
Ataupun orang ini sengaja menutup fikirannya terhadap peri pentingnya bahasa ini sebagai alat kemajuan bangsa berbahasa Melayu di rantau ini.
Hari ini terbukti bahawa tradisi yang sudah terbina sejak berkurun lamanya itu dapat disambung semula setelah dasar negara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan hingga ke peringkat pengajian tinggi.
Beribu-ribu sarjana dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk antaranya beberapa banyak pakar sains dan perubatan, dari semua kaum terdidik melalui sistem kebangsaan ini.
Jika dasar ini dikekalkan dan diperkukuh lagi, pasti nilai bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan terus meningkat dan orang akan terus tertarik untuk mempelajari bahasa ini kerana nilainya.
Yang penting ialah bangsa Melayu harus mengembangkan ilmu dalam bahasanya, baru bahasa kita terus menjadi bahasa yang kreatif dan produktif ilmu. Maksudnya, kita harus terus berfikir dalam bahasa kita sendiri, sebagaimana juga bangsa lain maju dalam bahasa sendiri.
Inilah yang dimaksudkan dengan peranan bahasa sebagai alat pemikiran bangsa. Ini tidak bererti bahawa kita tidak usah mencari ilmu yang ada dalam bahasa-bahasa lain. Ada orang yang menyangka bahawa orang Melayu yang cuba memperjuangkan bahasa Melayu mengamalkan nasionalisme bahasa yang sempit.
Kita patut menyedari bahawa orang yang dikatakan menganut faham nasionalisme yang sempit ini banyak yang menguasai bahasa Inggeris tinggi.
Mereka tidak pernah membenci bahasa asing. Malah merekalah paling ke depan menyokong segala usaha kerajaan untuk meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah kita.
Tidak cukup kalau martabat bahasa Melayu di negara ini kekal hanya sebagai bahasa urusan pentadbiran kerajaan sahaja, atau sebagai lingua franca biasa, jika taraf atau nilainya sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan tidak dimajukan terus.
Dan usaha ini tidak hanya mesti bergantung kepada dasar kerajaan. Para pemikir, para sarjana, penulis Melayu sendiri harus melakukan usaha ini dengan lebih gigih dan komited.
Dengan usaha itu, tidaklah mustahil suatu ketika nanti, bahasa Melayu boleh menjadi sumber ilmu yang penting di rantau ini.

Langgan:
Catatan (Atom)