Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil
Bashir Ishak, Harakahdaily, 2009-03-16 20:06:44
ALOR SETAR, 16 Mac (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.
“Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris,” tegas A Samad.
“Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,” ujar pejuang bahasa itu lagi.
“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur”.
Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi.
Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu.
“Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,” ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.
Dalam ucapannya yang diselang-selikan dengan pendeklamasian puisi itu, A Samad terus membuat penegasan bahawa beliau tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya dimanfaatkan.
“Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa,” jelasnya.
Dalam pada itu, belia turut menegaskan bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.
“Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,” katanya lagi.
Selain itu, A Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program “Kembara Kasih bahasa”.
“Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.
“Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong,” ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.
Program berkenaan dianjurkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.
Setiausaha Potik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mod Noor telah menyampaikan ucapannya mewakili Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut menyampaikan ucapan.
Majlis juga diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh penyajak, Pak Salleh Bakar, tokoh sastera, Azizi Haji Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.
Himpunan bahan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Memaparkan catatan dengan label Harakah. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mac 2009
Khamis, 12 Mac 2009
Lemahnya Abdullah, Sampai ke Akhir
PPSMI: Lemahnya Abdullah, Sampai ke Akhir
Ahmad Lutfi Othman, Harakahdaily, 12 Mac 2009
Perhimpunan 100,000 rakyat menuntut agar rancangan "pelik, aneh dan bengap" Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sememangnya berjaya dengan cemerlang sekali.
Sekalung tahniah buat pihak penganjur yang mengatur persiapan rapi sejak awal, juga para pejuang bahasa, aktivis budaya, pemimpin politik dan sudah pasti orang ramai, termasuk pelajar-pelajar sekolah yang bersedia dikejar anggota FRU dan ditembak gas pemedih mata, semata-mata bagi merakam sejarah baru era perjuangan bahasa yang lebih mencabar.
Kehadiran cukup memberangsangkan. Lautan manusia, walaupun terpecah-pecah kerana disuraikan polis secara ganas, bukan sekadar mahu menyampaikan mesej jelas-tegas buat pemimpin kerajaan BN, malah mereka bertekad tinggi untuk melakukan perubahan menyelamatkan masa depan anak bangsa. Mereka sedar penguasa sombong-angkuh BN selalunya sukar memahami bahasa lunak melalui diskusi, perbincangan meja bulat atau memorandum yang dikarang indah.
Justeru, perarakan raksasa 7 Mac lalu boleh dianggap langkah awal sementara menantikan respons sewajarnya, sebelum tindakan lebih berkesan melalui peti undi dapat dibuat kurang lebih tiga tahun lagi.
Ada pihak menyifatkan himpunan petang Sabtu itu satu kebangkitan menyeluruh umat Melayu (tanpa mengetepikan ia turut dimeriahkan oleh pelbagai NGO dari masyarakat Tionghua dan India) dan petanda penolakan mereka terhadap Umno yang terbukti telah "menjahanamkan" bangsa, agama dan negara.
Orang Melayu dalam pilihan raya ke-12 lalu masih meninggalkan sisa-sisa sokongan buat Umno, namun parti berkenaan jelas "tidak mengenang budi".
Jerit derita orang Melayu tidak dihiraukan, malah diremehkan. Lihat saja layanan pemimpin Umno terhadap gema suara tokoh-tokoh Melayu, misalnya Sasterawan Negara A Samad Said dan bekas Ketua Pengarah DBP, Dr Hassan Ahmad.
Menteri Pelajaran, Hishammuddin Hussein bukan sahaja tidak mengambil berat bantahan tokoh-tokoh ini terhadap PPSMI, tetapi turut membuat tohmahan melulu bahawa mereka diperalatkan oleh pembangkang. Ya, selepas Umno menutup pintu daripada mendengar kritikan-teguran para pejuang bahasa ini, yang sarat dengan hujah bernas dan argumen konkrit, pemimpinnya bertindak liar menghamburkan penghinaan, sehingga rombongan menghadap Yang di-Pertuan Agong pun ditembak gas pemedih mata secara sembrono dan membabi-buta.
Lalu, diulang-tayang propaganda tujahan media bahawa pihak yang didakwa mencetuskan keganasan adalah peserta himpunan atau penunjuk perasaan, walhal mereka sebenarnya yang menjadi mangsa.
Semuanya taktik lapuk dan usang yang terbukti selama ini telah memakan tuan. Rakyat makin muak dan jelak, seperti marahnya mereka dengan rampasan kuasa di Perak dan bagaimana paparan media terhadap drama berkenaan.
Lebih aneh, Abdullah Ahmad Badawi yang bakal bersara beberapa hari lagi bersuara lemah memohon Kementerian Pelajaran supaya disegerakan keputusan yang wajar bagi mengelakkkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan. Laihnya Abdullah seolah-olah jawatan Perdana Menteri bukan miliknya lagi.
Mengapa tidak digunakan kuasa eksekutifnya untuk mencabut dasar "gila" ini, yang mana ketika diperkenalkan dahulu langsung tidak pernah dirundingi biarpun ia bercanggah dengan Perlembagaan dan apa jua undang-undang negara tentang dasar bahasa kebangsaan?
Ataupun Abdullah sudah dikepung dan "diikat kaki dan tangannya" oleh Najib Razak, sehingga terpaksa melutut meminta ehsan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin, yang juga sepupu Najib?
Memalukan betul!
Sedangkan ramai mengharapkan Abdullah mampu menjernihkan suasana yang dilihat serba buntu dalam tempoh kritikal ini. Ataupun Abdullah kini ibarat harimau kehilangan taring dan sudah dikerat kukunya.
Elok juga direnungi dua perenggan terakhir ucapan tokoh besar PAS, Almarhum Tan Sri Asri Muda, di bawah ini sewaktu menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan (1967) - yang terus mengagungkan bahasa Inggeris - di Parlimen, pada bulan Mac, 1967 di hadapan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abd Rahman.
PPSMI pastinya lebih ganas dan merbahaya. Justeru, ia sewajarnya ditentang habis-habisan, sehebat mungkin, bagi memastikan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia dapat dipulihkan, selain penganiayaan terhadap anak-anak kita dapat dihentikan segera.
"Tuan Yang Dipertua, saya percaya, bahawa suara hati yang saya kemukakan di Dewan ini, itulah juga suara hati yang lahir daripada nurani tiap-tiap seorang anggota Dewan yang berjiwa dan bersemangat cintakan bahasa kebangsaan, cinta sejati, cinta bersih bukan cinta celupan, tetapi Tuan Yang Dipertua, keadaan yang mengikat dan kepentingan yang mengelilingi mereka itulah sahaja yang saya rasa mungkin menyebabkan mereka tidak berani membuat tentangan; hati membangkang, seradang-radangnya, mulut membungkam seribu bahasa, hanya tangan terangkat ke atas menyatakan setuju pada zahirnya, tetapi menyerah kalah pada hakikatnya.
"Akhirnya, Tuan Yang Dipertua, saya berani menyatakan di sini bahawa tentulah bangkangan yang saya kemukakan ini akan ditindas atau akan dikalahkan dengan jumlah kepala-kepala penyokong kerajaan dalam Dewan ini nanti, tetapi, Tuan Yang Dipertua, biarlah sejarah mencatatkan bahawa kelulusan rang undang-undang ini adalah tambahan daripada dosa-dosa jenayah politik Umno yang telah begitu banyak untuk diadili oleh mahkamah sejarah keturunan bangsa Melayu yang akan datang kelak." _

Selasa, 10 Mac 2009
Keputusan segera Abdullah, Najib Bagaimana?
PPSMI: Keputusan segera Abdullah? Najib bagaimana?
Ali Bukhari Amir, Harakahdaily, Sun Mar 08, 09 6:41:10 pm MYT
Apabila Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa beliau mahu PPSMI diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan, ada beberapa perkara yang menarik dibincangkan.
Pertamanya, berdasarkan laporan akhbar Abdullah berkata, beliau mahukan isu PPSMI diselesaikan segera kerana wujud desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu itu dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.
"Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar," tegasnya.
Jadi, maknanya sebelum ini Abdullah gagal mencium keresahan hati ibu bapa, guru dan bangsa Malaysia yang menolak PPSMI ini. Adakah Abdullah hanya dikelilingi maklumat oleh Hishammuddin Hussein, dan Page; sebuah kumpulan yang menyokong PPSMI?
Artikel penuh.

Kita Datang Bukan untuk Berperang
"Kita datang bukan untuk berperang." - Ustaz Hadi
Ekmal Yusoff , Harakahdaily, Tue Mar 10, 09 9:58:44 am MYT
TAIPING, 10 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengaku telah terkena beberapa kali gas pemedih mata dan pancutan 'water cannon' ketika menyertai "Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI" disekitar Masjid Negara, 7 Mac lalu.
"Padahal, kita datang beramai-ramai bukan untuk berperang, tetapi sekadar menunjukkan benci pada tindakan Umno-Barisan Nasional masih menggunakan bahasa penghantar Inggeris dalam Sains dan Matematik,"jelasnya ketika berceramah di Simpang Empat dekat sini baru-baru ini.
Kata Ustaz Hadi protes PPSMI itu melibat puluhan ribu rakyat terdiri dari pakar akademik, ilmuan, pelajar-pelajar universiti, pejuang-pejuang Bahasa Melayu dan pegawai-pegawai kerajaan turut hadir membantah sikap kerajaan benak hati itu.
Tegas Dato' Seri, sepatutnya setelah negara merdeka sejak 51 tahun lalu semakin bertambah dan kukuh penggunaanya Bahasa Melayu itu malah diperluaskan kegunaanya ke segenap sudut dan masyarakat.
"Tapi nampaknya semakin tahun Bahasa Melayu hendak dicampakkan dengan digantikan kepada Bahasa Inggeris. Oh! Sungguh sangat-sangat dikesali sikap pemimpin Umno," runggutnya.
Tegas Abdul Hadi, semua negara di dunia ini menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar dalam mata pembelajaran di sekolah-sekolah dan dalam masyarakat seperti di Jepun, China, Hongkong, Perancis dan negara-negara maju lainnya.
"Tidak salah menambahkan pengetahuan dengan mempelajari bahasa-bahasa lain. Tetapi, untuk mengilmukan rakyat di negara ini juga bagi ikatan perpaduan majmuk haruslah menggunakan bahasa penghantar bagi sosial dan ilmuannya dalam Bahasa Melayu," tegas Hadi Awang.
Sebagai contoh, jelasnya, sembahayang menggunakan Bahasa Arab tapi bagi mempelajarinya perlu menggunakan bahasa ibunda Bahasa Melayu termasuk mengerjakan fardhu Haji harus dalam Bahasa Arab, namun untuk mempelajarinya mesti dalam bahasa mudah difahami iaitu Bahasa Melayu.
"Juga yang terpenting kata perbidalan Melayu Bahasa itu menunjukkan Bangsa," tegas Ustaz Hadi. - azm _

Hassan SU BBK, Jasa Tun Dr. Mahathir
GMP Ulangi Perarakan Keranda 152, Selamatkan Maruah Bangsa
Murtada Sariati, Harakahdaily, 6 Mac 2009
"Hassan Ahmad menjadi setiausahanya dari tahun 1964-1967. (Dato' Dr Hassan Ahmad sekarang merupakan Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI). "
Walaupun bahasa Melayu mula wujud pada abad pertama Masehi, tetapi selepas 1824 apabila termeterai Perjanjian Inggeris Belanda, bahasa Inggeris mula bertapak di Tanah Melayu.
Pada 1930-an, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu telah timbul apabila Majalah Guru, Mei 1931, memuatkan tulisan yang antara lain menekankan, "jika tiada sekolah Melayu perasaan kebangsaan Melayu yang sangat wajib menjadi semangat atau nyawa kemajuan itu tidak ada bertambah subur seperti yang ada sekarang bahkan semakin bertambah kurang dan hilang."
Dalam Majalah Guru tahun yang sama, seorang penulis lain merakamkan, "sesungguhnya tiada ia (orang Melayu) boleh kasih akan bangsanya jika tiada kasih akan bahasanya."
Menurut Prof. Khoo Kay Kim, sejarah kesedaran sosial tentang bahasa lebih awal daripada kesedaran politik. Begitu juga dengan gerakan menentang Malayan Union yang digerakkan oleh unsur-unsur bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam.
Bahasa Wajib
Pada tahun 1949, seorang ahli Majlis Perundangan Persekutuan, Zainal Abidin Abbas membentangkan usul mendesak kerajaan supaya menjadikan bahasa Melayu, di samping bahasaInggeris, sebagai bahasa yang wajib diajarkan di semua sekolah bantuan kerajaan.
Gerakan memperjuangkan bahasa Melayu diperkukuhkan lagi apabila ASAS 50 telah ditubuhkan pada tahun 1950, bertujuan mengembangkan bahasa Melayu.
Keperluan untuk mengadakan sebuah institusi atau badan yang berkaitan dengan bahasa Melayu telah diutarakan apabila pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3, ekoran itu Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 25 Jun 1956.
Pada tahun 1956 juga Jawatankuasa Pelajaran Razak dibentuk untuk memajukan sistem pendidikan dalam bahasa Melayu. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Fasal 152 Perlembagaan 1957 telah mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Namun begitu, dalam peruntukan fasal tersebut, terdapat klausa yang menyatakan bahawa selepas 10 tahun merdeka kedudukan bahasa Inggeris masih ditentukan oleh Parlimen. Bahasa Inggeris dianggap masih bahasa rasmi selain bahasa Melayu.
Keluar Umno
Pada bulan Disember 1957, Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu (KPGMS) dalam mesyuarat agungnya telah menggesa ahli-ahli mereka keluar daripada Umno sekiranya kerajaan lambat menubuhkan sekolah menengah Melayu.
Oleh kerana tindakan kerajaan agak dingin, KPGMS telah membuat mesyuarat agung luar biasa pada 31 Januari 1958 dan memberi tempoh 15 hari kepada ahli-ahlinya untuk keluar Umno beramai-ramai.
Seramai 10,000 ahli KPGMS telah keluar Umno kerana kerajaan Perikatan ketika itu tidak menghiraukan tuntutan mereka.
Akibat dari tindakan guru-guru tersebut dan juga PAS yang telah menggunakan isu ini dalam pilihan raya 1959, maka Umno kalah di Kelantan dan Terengganu.
Kerana menyedari tentang bahayanya peruntukan Fasal 152 yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris, satu gerakan pejuang bahasa yang besar telah berlaku menjelang tahun 1967.
Hal ini berlaku kerana peruntukan Perlembagaan melalui Fasal 152 yang menyatakan kedudukan bahasa Inggeris ditentukan oleh Parlimen selepas 10 tahun merdeka.
Untuk memastikan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi tunggal, satu badan yang dipanggil Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK), telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir Ismail, pengarah DBP ketika itu, dan Hassan Ahmad menjadi setiausahanya dari tahun 1964-1967. (Dato' Dr Hassan Ahmad sekarang merupakan Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI).
Antara aktiviti BBBK ialah mengecat papan tanda awam yang ditulis dalam bahasa Inggeris pada waktu malam.
Pada 23 Febuari 1967, Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 dikemukakan di Parlimen. Naib Yang Dipertua PAS, Dato' Asri Hj Muda ketika itu telah membahaskan rang undang-undang tersebut, pada 2 Mac 1967, dengan panjang lebar, tentang perlunya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dan bahasa Inggeris digugurkan kedudukan rasminya.
Namun begitu Tunku Abdul Rahman Perdana Persekutuan Tanah Melayu ketika itu tidak menghiraukan pandangan yang dikemukakan.
Pada tarikh 2 Mac juga telah berhimpun lebih 2,000 orang Melayu dari 150 pertubuhan bukan kerajaan membantah agar Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 tidak diluluskan.
Mereka berkumpul di Balai Budaya, DBP dan pada 3 Mac kemudiannya, mereka berarak dengan mengusung keranda yang bertulis 152 ke residen Perdana Menteri kerana membantah rang undang-undang tersebut.
Peristiwa ini dikenali peristiwa Keranda 152 kerana membantah kelulusan rang undang-undang tersebut. Namun begitu perarakan ini gagal menuju ke kediaman Tunku Abdul Rahman kerana dihalang oleh polis. Peristiwa ini dirakam oleh Usman Awang melalui Puisi Malam di Balai Budaya.
Selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan cuba mengambil sikap prihatin pada bahasa Melayu apabila menubuhkan universiti yang berpengantar Bahasa Melayu, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970.
"Jasa" Mahathir
Peristiwa malang terhadap bahasa Melayu dan bahasa ibunda ini berulang kembali apabila pada 19 Julai 2002, Dato' Seri Dr Mahathir Muhammad memutuskan supaya pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris dan mula dilaksanakan pada Janurai 2003.
Keputusan yang malang kepada bahasa Melayu dan bahasa ibunda lain ini telah mengakibatkan bahasa Melayu dan bahasa ibunda lain terpinggir daari sistem pendidikan.
Jika pada 3 Mac 1967, seramai 2,000 orang Melayu membawa keranda membantah perlaksanaan akta Bahasa Kebangsaan 1967, maka kini sewajarnya lebih ramai lagi rakyat Malaysia bangkit untuk berhimpun dalam perhimpunan Gerakan Mansuh PPSMI 100,000 orang yang akan diadakan pada 7 Mac, jam 2.00 petang di Istana Negara nanti.
Maka, marilah kita beramai-ramai bersatu dan membantah dasar yang dilaksanakan oleh Umno ini, yang ternyata merosakkan masa depan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Ini kerana kesan perlaksanaan PPSMI ini lebih dahsyat lagi daripada perlaksanaan akta Bahasa Kebangsaan 1967. _

Tidur Sejak Tahun 2003, Terkejut pada Tahun 2009
Wawancara dengan Dato' Hassan Ahmad Selepas Perhimpunan 100,000 Rakyat Membantah PPSMI Oleh Nyza Ayob, Harakahdaily, 10 Mac 2009
"Kami semua baik-baik. Dipancut air atau gas kami tidak melawan. Itulah kerana hendak mempertahankan bahasa kebangsaan."
Pelbagai soalan timbul selepas memorandum membantah PPSMI dihantar ke Istana Negara. Perhimpunan lebih 100,000 orang telah mengejutkan Perdana Menteri.
Seperti lazimnya polis menggunakan hujah, perhimpunan tersebut tidak mengikut kehendak permit, melanggar peraturan sehingga membawa kekecohan sebagai alasan untuk memburuk-burukkan perhimpunan aman.
Bagaimanapun perhimpunan tersebut membawa satu kejayaan kepada rakyat khususnya kepada orang Melayu dalam memperjuangkan hak untuk mengembalikan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Namun 1001 cabaran berada di depan.
Ikuti transkripsi penuh sidang media yang Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diwakili Pengerusinya, Dato' Dr Hassan Ahmad yang diadakan di rumah Pena pada 9 Mac lalu. Wartawan Harakah, Nyza Ayob mengikutinya dari dekat.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana sudi hadir pada sidang akhbar ini. Saya ingin memberitahu tentang hasil usaha serta ikhtiar kami untuk memberitahu kerajaan tentang mengapa PPSMI ini patut dimansuhkan. Pertama, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana dalam kenyataannya di akhbar semalam (8 Mac) menunjukkan reaksi positif dan agak baik.
Beliau berjanji akan membawa isu ini pada Persidangan Umno akan datang supaya masalah PPSMI ini diselesaikan segera dan sebaik-baiknya sebelum timbul isu-isu lain yang lebih buruk.
Dalam mesyuarat kami sebelum sidang media ini, kami bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk menjelaskan lagi pendirian kami bahawa GMP adalah satu gerakan aman.
Usaha kami hanya meminta kerajaan kembali kepada dasar lama yang kami anggap adalah dasar yang sangat baik dan tidak pernah menimbulkan masalah besar. Dasar lama itu adalah pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains hendaklah dikembalikan dasarnya kepada bahasa kebangsaan di sekolah kebangsaan dan kepada bahasa ibunda iaitu bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan.
Itu sahaja tujuan kami. Tidak lebih dan tidak kurang. Dan kami anggap ini adalah untuk kepentingan semua kaum termasuklah ibu bapa dan guru-guru. Dan kami tidak mahu bahasa kebangsaan menjadi bahasa pinggiran dan hanya menjadi bahasa kebangsaan daripada segi simbolik sahaja tetapi tidak mempunyai nilai ilmu dan pembangunan. Kita tidak mahu perkara tersebut berlaku.
Jadi kesannya buruk sekiranya pelajar Melayu tidak boleh lagi menuntut ilmu khususnya dalam bidang sains yang merangkumi kira-kira 89 bidang sains. Jika ia tidak lagi diajar dalam bahasa kebangsaan, kita tidak akan menjadi bangsa yang mengetahui ilmu kedoktoran dan kejuruteraan. Dan kita tidak boleh lagi menjadi bangsa Melayu yang boleh menjadi ahli kimia yang boleh berbahas, menulis buku dan berbincang dalam bahasa sendiri mengenai ilmu-ilmu ini. Itulah kesan buruknya yang diharap dapat dicegah sekarang ini.
Ada juga sesetengah pihak yang menyatakan mengapa sekarang GMP membantah. Sebenarnya bukan GMP sahaja. Banyak lagi pihak-pihak lain yang bising dan mendesak sejak 2003 agar PPSMI dimansuhkan. Bukan baru sekarang. Dan kerajaan pula memberitahu, tunggulah sehingga lapan tahun. Buat apa kita hendak tunggu sehingga lapan tahun. Ia akan menimbulkan banyak masalah lain seperti untuk menggantikan buku-buku teks. Ini bukan desakan baru selepas enam tahun.
Malah sebelum 2003 juga pelbagai seminar, kongres serta forum meminta supaya bahasa kebangsaan dan dasar bahasa kebangsaan itu dilaksanakan dengan tegas dan sebaik-baiknya. Selain itu, kami juga selalu tegaskan dan jangan ada yang menyangkan GMP ini menentang bahasa Inggeris. Malah kita mahu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah- sekolah dipertingkatkan kaedah pengajarannnya.
Ia harus diperbaiki supaya pelajar-pelajar kita terutama di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di luar bandar dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah selama 11 tahun.
Jika kaedahnya baik, pelajar masih tidak dapat bercakap atau menggunakan bahasa dengan baik dan lancar, tentu ada kesilapan pada sistemnya. Tidak boleh kita mengatakan pelajar lembap atau tidak suka bahasa Inggeris. Dan pelajar-pelajar Melayu dalam subjek bahasa Melayu juga ada yang lemah malah dalam peperiksaan ada yang gagal. Dalam keputusan peperiksaan 2004 dan 2005, 40,000 lebih pelajar Melayu yang lemah bahasa kebangsaannya. Ini masalah yang harus diselesaikan bukan pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Sebelum 2003, saya sering bertanya kepada pihak yang menjaga sistem pendidikan negara ini. Saya bertanya, cuba sebutkan dua atau tiga sebab mengapa dasar lama yang telah baik itu diubah. Kalau tidak boleh sebut tiga, sebut satu sahajalah. Apakah ia dapat memudaratkan bangsa kita dan apakah bangsa kita tidak boleh maju jika tidak belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris? Dan apakah ia menyebabkan pelajar kita tidak pandai matematik dan sains jika diajar dalam bahasa ibunda atau kebangsaan? Adakah contohnya?
Kita bukan anti bahasa Inggeris. Malah kerajaan menjadikan bahasa Inggeris pelajaran wajib sejak merdeka. Umno sendiri waktu itu semangat kebangsaan kuat sebelum merdeka. Tetapi mereka menerima keputusan kerajaan Perikatan supaya bahasa Inggeris dikekalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai bahasa wajib diajar di semua sekolah. Saya anggap dasar yang sedia ada paling baik dalam negara kita yang pelbagai kaum ini. Kenapa hendak dihapus dan dimusnah.
Seterusnya ada pihak yang mengatakan jika dilihat pada situasi 7 Mac, GMP sudah jadi gerakan politik dan sudah diambil alih orang politik tidak kira daripada parti mana. Kami tidak tahu pun tentang hal ini. Kami hanya tahu GMP hanya berusaha untuk meminta kerajaan mengembalikan dasar lama. Itu dasar kami. Jika beratus-ratus ribu malah berjuta orang hendak menyokong, apa kami boleh buat. Sama ada daripada PAS, KeADILan atau Umno serta DAP, kami tidak boleh tolak.
Apa niat mereka, apa agenda mereka, kita tidak tahu. Kami tidak boleh tanya, contohnya kepada Dato Seri Abdul Hadi Awang "Dato' ni menyokong kami untuk tujuan apa? Untuk agenda PAS ke?" Saya tidak boleh tanya begitu nanti dia kata saya kurang ajar pula.
Isu ini merentas perkauman. Sebab tidak ada orang lain hendak buat, jadi GMP yang buat. Ia tidak berdosa. Kita bukan menentang kerajaan. Kita bukan parti terrorist. Kami semua baik-baik. Dipancut air atau gas kami tidak melawan. Itulah kerana hendak mempertahankan bahasa kebangsaan.
Dato' A. Samad Said kena gas. Saya tidak kena sebab polis suruh saya naik kereta. Saya pergi sebab saya hendak menyampaikan memorandum kepada raja. Orang sudah menunggu dekat situ. Jika orang tu tidak ada dekat situ saya bagi dekat kuda yang jaga pintu. Tapi kuda tidak ada waktu itu. Tapi Alhamdulillah sampai juga hajat kami hendak menyampaikan memorandum tersebut.
Saya dengan Dato' A. Samad Said. Sepatutnya tujuh orang yang menyampaikan memorandum sebagaimana ditanda tangan di memorandum tersebut. Yang lain menyertai perarakan. Berarak itu bukan kehendak kita. Bukan kehendak GMP dan bukan kehendak polis.
Saya berjumpa dengan pihak polis dan polis menyatakan bolehlah pihak GMP berhimpun di Masjid Negara tetapi tidak boleh berarak. Orang hendak datang beramai-ramai juga kita tidak boleh sekat. Kami juga harus memberitahu di sini pihak polis sangat baik dengan kami. Sebab mungkin dia tengok muka kami ini tidak garang. Jangan tanya kenapa budak-budak muda itu berarak. Asal dengan aman dan jangan bertumbuk dengan polis. Mereka juga hendak menjalankan tugas mereka kerana mendapat arahan pihak atasan. Kami mempunyai prinsip. Prinsip itulah yang ingin kami pertahankan.
Begitu juga dengan orang Kementerian Pelajaran. Dia juga mempunyai prinsipnya yang hendak dipertahankan. Ini masalahnya. Dan jangan kata kami diperalatkan. Daripada sudut hati sanubari saya, kita suruh orang politik sokong kita dan peralatkan kita. Ikhlas saya cakap, isu politik tidak ada langsung. Kalau tidak buat apa kita minta kerajaan mansuhkan. Kita biarkan sahaja. Tetapi kerana memikirkan mudaratnya kerosakan yang boleh berlaku pada alat pemikiran dan tamadun serta budaya kita iaitu bahasa yang termusnah. Jadi yang berlaku semalam bukanlah wayang kulit. Tidak ada dalang. Biasa dalang ini menyorok di balik tabir. Jika nampak bukan dalang tapi penyokong.
Saya tidak mahu saya dikatakan boneka. Menghina. Saya bukan boneka. Saya ada akal dan ilmu. Saya ada perasaan dan jiwa. Saya makhluk Tuhan. Sama juga anda semua. Saya bukan monyet dan beruk. Ini saya tidak mahu orang kata ada dalang di belakang kami. Itu yang dapat saya katakan.
Saya juga menghargai para penyokong yang datang daripada segenap kaum. Ada juga NGO Cina dan Tamil datang menyerahkan sokongan mereka untuk dilampirkan dalam memorandum yang hendak dihantar oleh kami.
Oleh kerana kelam kabut berlaku, mereka tidak dapat hantar kepada saya yang telah ada di Istana Negara untuk disertakan bersama memorandum GMP. Kita dapat juga menyampaikan memorandum kepada pihak Istana. Itu sahaja matlamat kami.
Saya perlu ingatkan balik saya menghargai layanan pihak polis di Istana dan di Masjid Negara. Keluar gambar dalam Utusan Malaysia saya seperti hendak bergaduh dengan polis. Bukan bergaduh. Kita berunding. Jika tidak baik sudah bergaduh. Salah seorang yang ditangkap itu, boleh saya cerita kenapa dia ditangkap? (Sambil bertanya kepada beberapa orang anggota GMP yang turut serta dalam sidang media itu dan diiyakan) Dia itu ditangkap kerana semangatnya lebih. Dia bertengkar-tengkar dan kena tangkap. Agaknya kalau saya maki polis, saya kena tangkap juga. Tapi kita sudah bagitahu awal-awal jangan menyusahkan ikhtiar GMP.
Anda ingin datang menyokong, Alhamdulillah. Datanglah sokong beramai-ramai. Tetapi jangan buat gangguan. Jika ada pihak ketiga hendak buat gangguan, itu hal dia. Asalkan jangan ada penyokong dan pihak GMP buat gangguan. Kita tidak mahu seperti itu. Nanti orang kata kita jahat. Kerajaan kata kita buat kacau. Apa yang berlaku semalam tidak membayangkan GMP ini satu gerakan yang ganas. Tidak. Dan kami masih sanggup berjumpa dengan anda sekalian (media). Jika tidak kami sudah menyorok bimbang jika Pengerusi GMP dipanggil polis. Panggillah. Kami bersedia memberi penerangan kepada sahabat dan sebagai warganegara Malaysia. Kita tidak mahu bergaduh.
Wartawan: Dato', bilakah dijangka pertemuan GMP dengan Dato' Seri Abdullah?
Dato' Hassan Ahmad: Secepat mungkin. Dijangka dalam masa seminggu dari sekarang.
Wartawan: Pertemuan tersebut sebelum Perhimpunan Agung Umno?
Dato' Hassan Ahmad: Ya, sebelum.
Wartawan- Sekarang ini digembar gembur pembangkang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Dato' Hassan Ahmad- Apa nak buat. Dia hendak sokong. Umno pun kalau hendak sokong boleh juga. Datanglah beramai-ramai. Kita tidak boleh mengatakan Umno jangan masuk campur, ini urusan PAS, bukan urusan GMP. Ini yang kita tidak mahu dapat kesan itu.
Wartawan:Adakah orang Umno tidak ada dalam perhimpunan itu?
Dato' Hassan Ahmad: Orang Umno pun ada. Yang tidak hadir tapi sokong pun ramai. Merata-rata di Malaysia. Orang kuat-kuat pun ada.
Wartawan-Mereka bagi sokongan bagaimana?
Dato' Hassan Ahmad: Ada yang telefon, hantar mesej pun ada. Soal sama ada orang hendak bantah atau sokong, lain. Kita hendakkan isu itu. Prinsip bahawa matematik dan sains harus diajar dalam bahasa kebangsaan negara Malaysia bukan negara lain.
Wartawan: Dato' Hishamuddin mengatakan ada pilihan sama ada tidak membatalkan sepenuhnya PPSMI ini.
Dato' Hassan Ahmad: Ikut dialah. Kami punya matlamat supaya dasar lama itu dikembalikan. Maknanya mengajar sains dan matematik daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah sehingga ke IPT. Ada ke sesiapa boleh bagitahu kita bahasa kebangsaan ini tidak layak untuk mengajar matematik dan sains?
Siapa boleh bagitahu saya boleh bagi hadiah. Jawapan yang betul-betul munasabah yang boleh diterima oleh umat dunia yang mengatakan bahasa Melayu atau bahasa Mandarin atau bahasa Tamil tidak layak jadi bahasa ilmu? Kalau ada bukti, esok kita bubarkan GMP. Jangan ingat kita ini orang tidak siuman.
Berbalik pada asal. Sebab yang asal tidak ada masalah. Kalau ada masalah setelah 37 tahun dilaksanakan, sudah mantap dan begitu sebati dalam budaya rakyat Malaysia ini, ia ditarik balik.
Wartawan: Jika bahasa Inggeris dikekalkan dalam pengajaran kedua-dua subjek itu, apakah tindakan GMP?
Dato' Hassan Ahmad- Rasanya soalan itu tidak adil dan tidak patut ditujukan kepada GMP. Soalan itu sepatutnya ditanya kepada wakil rakyat, parti Umno yang dahulu menubuh dan menggubal Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada sebelum 2003. Tanya merekalah. Saya tidak mempunyai kuasa.
Kalau saya ada kuasa bolehlah saya jawab. Cuma ada kuasa suaralah sikit. Kena tanya pihak BN, Perikatan waktu dulu. Kamu yang gubal dan kamu yang hapuskan. Ada masalah ke? Saya pernah sebut dalam satu sidang akhbar dahulu. UKM, yang gunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama selama 30 tahun lebih sejak 1970 telah menghasilkan lebih 2000 tesis sarjana sains dan matematik. Dan lebih 400 thesis PHD juga ditulis dalam bahasa kebangsaan tentang bidang matematik dan sains.
Jika tulis tesis tentulah 'original' dan bukan 'copy' atau terjemah dari bahasa Inggeris. Dia mestilah menyelidik dalam bahasa kebangsaan. Jadi thesis itu dalam bahasa kebangsaan. Itu hanya UKM tidak termasuk universiti lain. Jika boleh tulis thesis dalam bahasa Melayu, kenapa kamu matikan tengah jalan? Hendak kata dia penjajah marah pula. Atau boleh jadi kita hendak ikut penjajah British yang ajar bahasa Melayu ilmu kesihatan hanya di peringkat rendah sahaja.
Jadi, kalau kerajaan hendak balik ke sana, balik kepada asallah sebelum merdeka dahulu.
Buat apa kita merdeka? Saya tidak hendak cakap politik. Kalau saya cakap politik banyak pula ceritanya. Para pemimpin kita harus memimpin rakyat Malaysia berdasarkan tamadun kita bukan tamadun orang lain. Tamadun salinan, tamadun salinan. Maka kita tidak jadi bangsa yang kreatif dan inovatif serta mencipta sesuatu yang baru melainkan terjemah sahaja.
Wartawan- Jadi, GMP tidak akan berhenti mendesak kerajaan hentikan PPSMI ini?
Dato' Hassan Ahmad- Hendak berhenti buat apa. Sampai berjayalah.
Wartawan- Adakah GMP jemput Dong Jong Zhong menyertai pergerakan GMP ini?
Dato' Hassan Ahmad- Kita sudah jemput. Mereka dah setuju. Tapi beberapa NGO Cina tidak berapa setuju dengan DJZ ini. Mereka bantah dan tidak setuju kenapa Dong Zhong buat macam ini. Orang ingat GMP ini hendak desak kerajaan adakan satu aliran bahasa dalam sistem pendidikan kita. Kita mudah. Berbalik pada asal. Tetapi jika kerajaan hendak buat satu aliran bahasa, itu terserah. Itu dasar lain. Kita hanya hendak balik pada asal.
Salahkah? Tidak ada yang salah. Kita mesti berterus terang dan tidak ada yang hendak disorok. Ia hendaklah berdasarkan otak. Jangan prasangka sahaja. Mengatakan GMP jahat, antikerajaan. Itu kata dia bukan saya cakap. 'Make it simple. the whole world is complicated'. Saya cakap bahasa Inggeris sebab saya tahu bahasa Inggeris. Jangan ingat saya tidak tahu bahasa Inggeris. 'I think I can speak better than most of the ministers.' Tidak ada 'gramatical mistake'.
Bukan tulis surat tapi kertas kerja.
Macam profesor kita yang ada ini (sambil menunjukkan kepada beberapa orang AJK GMP). Kenapa tidak mahu menjadikan mereka ini contoh. Pertahankanlah benda yang betul. Tidak jadi isulah. Seperti PM kata, selesaikan PPSMI ini sebelum timbul isu-isu yang lebih berat. Apa maksudnya kita belum tahu lagi tetapi kita jumpa. Hendak berkawan dan hendak berbaik-baik dengan dia.
Setahun dahulu kita pernah jumpa. PM kata akan kembali pada dasar asal. Prof. Emeritus Dato' Abu Bakar Abdul Hamid telah jumpa dia. Siapa kata baru sekarang? Ini orang tidurlah. Dahulu kata experimental project PPSMI ini. Sekarang sudah jadi dasar pula.
Wartawan: Jadi tuduhan GMP antikerajaan tidak benarlah?
Dato' Hassan Ahmad: Tidak. Saya pernah cakap dengan Dato' Seri Hishamuddin sewaktu menyampaikan memorandum di Parlimen. Ramai orang dengar. Saya cakap 'ini kita bukan hendak bergaduh ye' 'Tidak. Kita tidak bergaduh. Kita berkawan'. Berpeluklah sikit.
Wartawan: Dato', anggaran penyertaan dalam perhimpunan tersebut?
Dato' Hassan Ahmad: Dianggarkan oleh ahli matematik kita, seorang jurutera, 70,000 orang ada di Kuala Lumpur. Bukan 2000 atau 5000. - azm_

Jumaat, 6 Mac 2009
Polis Benarkan Perhimpunan Esok (7 Mac 2009)
Azamin Amin, Harakahdaily, Fri Mar 06, 09 9:47:19 am MYT
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Polis telah membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok dan sebagai satu “signal” positif bahawa pihak berkuasa sanggup bekerjasama dengan rakyat yang mahu menyuarakan hasrat mereka terhadap dasar yang cuba meminggirkan Bahasa Melayu selama ini.
Bagaimanapun, permit dibenarkan untuk perhimpunan di Masjid Negara sahaja dan tidak di dua lokasi yang berbeza iaitu Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo malah perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memo juga tidak dibenarkan.
Sungguhpun begitu, Timbalan Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kaiat berkata pihaknya sedang berurusan dengan pihak polis pagi ini bagi membenarkan perarakan diadakan daripada Masjid Negara ke Istana Negara bagi mencapai matlamat mereka untuk menyuarakan bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong melalui memo yang bakal disampaikan.
"Istana Negara telah bersedia untuk menerima memo tersebut. Jadi kita mahu berarak daripada masjid negara ke Istana Negara dan berharap polis akan benarkan.
"Kalau penjajah pun boleh membenarkan perhimpunan membantah Malayan Union, takkan kerajaan sendiri pun tak dapat benarkan sedangkan rakyat dianggap sebagai tetamu Istana Negara," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Oleh yang demikian katanya, rakyat tidak perlu bimbang untuk hadir menyertai himpunan ini kerana ianya sah di segi undang-undang walaupun ianya terhad di lokasi tertentu dan berharap seluruh rakyat Malaysia akan sama-sama memberi sokongan kepada perjuangan memartabatkan bahasa.
"Polis dah benarkan dan rakyat tidak perlu takut. Hadirlah bersama keluarga, sahabat atau sesiapa sahaja untuk menzahirkan sokongan seterusnya membantah dasar PPSMI yang sudah jelas mengundang masalah kepada para pelajar khususnya kepada yang duduk di luar bandar," katanya.
Jam 3.00 petang ini satu mesyuarat khas berhubung perhimpunan esok akan diadakan di Pena untuk memastikan kelancaran perjalanan majlis dan perarakan tersebut. - mks.

Khamis, 5 Mac 2009
Bahasa Melayu Mati, Bangsa Melayu Terkubur!
Salmiyah Harun Harakahdaily Thu Mar 05, 09 10:34:25 am MYT
Dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan semakin hebat disanggah. Pelbagai pandangan dari tenaga akademik meyakinkan lagi betapa buruknya dasar yang dipertahankan oleh BN ini.
Harakah berkesempatan mewawancara Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya yang mengajar subjek kejuruteraan dalam bahasa Melayu di universiti. Beliau menyifatkan kesan dasar itu terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu cukup terkesan. Beliau ditemui di pejabatnya oleh wartawan SALMIYAH HARUN dibantu INTAN ABDULLAH (Jurugambar).
Apa pandangan Prof terhadap dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan?
PROF DR IR WAN ABU BAKAR: Bahasa Melayu patut diberikan peluang untuk berkembang sebagai ilmu terutama ilmu sains dan teknologi. Seandainya kita tidak menggunakan lagi bahasa Melayu untuk menguasai atau belajar, maka ilmu bahasa Melayu itu akan terbantut perkembangannya. Saya rasa suatu hari nanti bahasa Melayu akan ketinggalan dibandingkan dengan perkembangan ilmu. Ini sekali gus akan membunuh bahasa Melayu itu sendiri. P
PSMI ada orang anggap ia penting tetapi budak-budak yang diberi peluang untuk menerima ilmu ini dengan baik sepatutnya dilakukan dalam bahasa yang mereka fahami.
Asasnya Kementerian Pelajaran meneruskan PPSMI ini kerana bahasa Inggeris amat sesuai untuk bidang sains dan matematik khsusnya dalam era teknologi masa kini. Pendapat Prof?
Semua bahasa sesuai untuk bidang matematik dan sains, malah kalau kita lihat kekuatan bahasa Inggeris sendiri bukan pada sains dan teknologi. Tetapi kekuatannya adalah pada sasteranya. Itulah kekuatan sebenarnya bahasa Inggeris. Sains dan teknologi tidak pentingkan sangat bahasa apa yang digunakan. Sebaik-baiknya dalam bahasa yang kita fahami.
Bahasa Melayu juga sesuai seperti bahasa Inggeris. Kedua-duanya sesuai. Sama sahaja tidak ada lebihnya. Dengan syarat kita terus bangunkan bahasa Melayu dengan perkembangan ilmu seperti yang kita lakukan sebelum ini. Kita buat istilah, buat sainstifik dalam bahasa Melayu. Asalkan kita boleh mengajar dalam bahasa Melayu dan tidak akan timbul masalah.
Bagi Prof sendiri, pengalaman mengajar dalam bidang kejuruteraan, yang mana lebih mudah, dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris?
Bagi saya untuk mengajar memang senang dalam bahasa Inggeris sebab saya belajar dalam bahasa Inggeris. Tetapi yang penting bukan saya, tetapi pelajar. Dan pelajar-pelajar kita dari sekolah Melayu dan dari sekolah Cina akhirnya masuk ke universiti. Bahasa Inggeris menjadi asing bagi mereka. Mengajar sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris menjadikan ilmu sains dan matematik itu ilmu yang asing bagi mereka. Tidak bagus. Sebab selama ini mereka menjadikan sains dan matematik sebahagian daripada hidup mereka, kerana itu ilmu bangsa mereka. Jika mereka menerima sains dan teknologi itu, suatu yang asing dan bukan dalam jiwa mereka, tidak bagus untuk mereka dan akhirnya nanti bahasa Melayu akan terasing dalam sains dan teknologi.
Ada sesetengah pihak mengatakan pelajar tidak akan maju dalam bidang yang diceburi khususnya kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya apabila belajar dalam bahasa Melayu. Apa pandangan Prof?
Cuba kita balik semula tahun 60an apabila sains dan teknologi sekolah bukan dalam bahasa Melayu. Kita buat kajian berapa ramai orang Melayu yang ambil sains dalam Bahasa Melayu.
Saya bersekolah dalam lewat 60an dalam kelas sains saya ada tiga empat orang sahaja orang Melayu. Sekarang orang Melayu sudah banyak buat bidang sains dan teknologi. Bagi saya itu tidak betul.
Kalau ada masalah kemajuan sains dan teknologi pun, ia di peringkat tinggi bukan di peringkat kita mengajar di sekolah-sekolah. Sains dan teknologi yang baru ini, ia diperingkat yang tinggi.
Pada masa itu tidak patut ada masalah bagi pelajar kita kerana ia memang wajar belajar bahasa Inggeris. Memang kita tidak nafikan memang pelajar kita patut belajar bahasa Inggeris tetapi melalui kaedah pembelajaran bahasa Inggeris yang biasa kita ikuti sebelum ini. Mengapa disuapkan melalui sains dan matematik.
Sejauhmana berkesannya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Sedangkan kalau kita lihat negara seperti Jepun, Jerman, Perancis yang menggunakan bahasa mereka akhirnya boleh maju juga.
Saya hidup di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Memang anak-anak saya tidak ada masalah untuk bercakap bahasa Inggeris seperti mana mereka bercakap bahasa Melayu. Tetapi kalau kita pergi keluar Lembah Klang dan bandar-bandar besar, budak-budak kita memang akan merasa terasing jika kita ajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Sudahlah ilmu itu bukan ilmu yang senang, asing dan bukan sebahagian daripada budaya mereka.
Jadi mata pelajaran apa yang patut diambil perhatian oleh kerajaan untuk memperkuatkan penguasan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Mungkin Prof ada saranan kepada kerajaan.
Oh! saya rasa kita belajar bahasa Inggeris itu sendiri melalui kedah pembelajaran bahasa Inggeris. Begitu juga belajar bahasa Melayu ada kaedah-kaedahnya tersendiri. Bahasa Inggeris ada kaedahnya. Bahasa Melayu ada kaedahnya. Matematik ada kaedahnya begitu juga sains.
Kalau betul lah... mengajar sains dan matematik ini bagus, kenapa universiti sekarang ini sibuk mengajar pelajar-pelajar dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya apabila sudah masuk universiti sudah pandai bahasa Inggeris. Ada subjek bahasa Inggeris ditawarkan untuk pelajar-pelajar belajar bahasa itu. Pelajar universiti wajib mengikuti kelas bahasa Inggeris. Maknanya sewaktu mereka belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, mereka tidak berjaya menguasai bahasa Inggeris yang cukup.
Jika benar kerajaan menegaskan dasar PPSMI itu baik, mengapa Menteri Pelajaran Hishamuddin tidak mengambil peluang untuk menyahut cabaran debat secara terbuka dengan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk menyatakan kebenarannya?
Saya tengok jawapan Hishamuddin seolah-olah beliau mahu mengubah dasar PPSMI itu. Seolah-olah menyatakan tidak ada guna kita berdebat panjang. Kita akan ubah dasar itu. Bagi saya dia tidak mahu berdebat sebab dia sudah bersedia untuk mengubah dasar itu. Saya rasa begitu. Itu gambaran yang saya dapat.
Menteri Pelajaran dijangka akan menghantar kertas kajian berkaitan PPSMI ini ke kabinet pada hujung tahun ini, tidakkah ianya sudah terlambat?
Itu tidak menjadi masalah. Kalau kerajaan memutuskan untuk membubarkan dasar itu sudah semestinya dasar itu akan dimansuhkan tahun depan. Kalau hendak memansuhkan dasar itu mestinya bermula tahun depan. Sekarang ini kalau buat keputusan memansuhkan terlalu awal, untuk dilaksana. Tetapi bagi saya hujung tahun ini masa yang sesuai.

Rabu, 4 Mac 2009
Sejarah PPSMI Berdasarkan Ingatan
H Fansuri Harakahdaily Wed Mar 04, 09 3:22:59 pm MYT
Saya menulis berdasarkan catatan ingatan. Penulisan ini bukanlah penulisan akademik. Justeru, ia bolehlah dimaafkan kerana saya tidak ingat tarikh-tarikhnya dengan tepat.
Ia adalah sebuah rangkuman kisah tentang bagaimana Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir bin Mohamad telah membuat keputusan berhubung PPSMI.
Sebagai mukadimah, biarlah kita sebutkan bahawa semua itu berpunca daripada kemelut ekonomi yang melanda pada suatu ketika dahulu.
....
PPSMI bermula dengan sebab ramainya mahasiswa yang merungut akibat tidak mendapat pekerjaan sekitar tahun 1998, akibat kemelesetan ekonomi.
Saat itu, industri pendidikan yang laris di USM misalnya adalah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Siswa matrikulasi terpengaruh dengan "kempen rahsia" agar menjadi cikgu sekolah atau pendidik dalam bahasa yang lebih lunak.
"Sekarang ekonomi teruk. Tapi, pendidikan tetap berjalan. Kalau nak cari kerja, baik hang masuk Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, jadi cikgu," kata seorang senior kepada kami ketika itu. Malah, pensyarah matrikulasi turut mendorong kami membuat pilihan demikian. Demikianlah, serba sedikit kisah-kisah yang lalu.
Kemudian, dalam masa yang sama, pada tahun 1998 itu juga terdengar semacam ada rungutan dalam kalangan ratusan graduan kita bahawa ijazah-ijazah mereka sudah tidak laku di pasaran kerjaya.
"Aku hantar 20 resume, CV dekat 20 buah kilang. 19 kilang tu tak panggil pun aku untuk interview, hanya 1 kilang saja yang panggil aku interview," kata seorang rakan yang suka berjenaka.
"Habis tu, yang 1 interview tu hang dapat tak?" tanya saya dan rakan-rakan.
"Huh! Yang satu tu pun tak dapat!" katanya. Kami semua ketawa. Sepatutnya tidak elok ketawakan masalah orang. Tapi dia pandai berjenaka mengenai kisah nasibnya yang terumbang-ambing itu. Sehingga kini tidak dapat dikesan bagaimana nasib rakan saya itu sekarang.
"Apa alasan yang mereka beri?" tanya saya lagi.
"Kata mereka, aku tak fasih bahasa Inggeris," tambah rakan saya itu. "Satu lagi, aku tak pandai Mandarin."
Agak-agaknya, pada ketika itu, sesiapa yang tahu bahasa Inggeris dan boleh sedikit-sedikit berbahasa Mandarin, adalah suatu bonus untuk mendapatkan pekerjaan agaknya. Ramai juga orang yang mempertikai kenapa dengan tiba-tiba Mandarin telah menjadi prasyarat dan bahasa Inggeris tiba-tiba menjadi sebab, prasyarat untuk mendapatkan pekerjaan?
Ucapan Mahathir dan Najib si pengampu
Pada saat itu juga Najib memegang jawatan sebagai Menteri Pelajaran. Di tangan beliau terletaknya beban tanggungjawab menyusun satu silibus kursus yang dinamakan sebagai Malaysian University English Test (MUET). Ada bantahan awal dari PKPIM yang pada ketika itu saudara Amidi Abdul Manan menjadi Presidennya.
Adakah MUET itu timbul sebagai reaksi dan respon terhadap rungutan mahasiswa yang sukar mendapat pekerjaan pada waktu itu? Wallahu'alam.
Kemudian, seperti biasa, walaupun ada bantahan ke atas sijil MUET itu, ia tetaplah berlangsung dan berjalan seperti biasa. Bantahan PKPIM itu tidak seperti bantahan PKPIM dalam isu PPSMI sekarang.
Diriwayatkan juga, pada ketika itu, Perdana Menteri Dr Mahathir dalam satu ucapannya berkata bahawa menjelang 2020 ini Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga kerja. Apabila Najib mendengar ucapan Mahathir itu, mungkin didorong perasaan ingin mengampu Perdana Menteri, Najib mengurangkan tahun pengijazahan di universiti.
Maka, semua tahun pengajian di universiti yang mengambil masa empat tahun dikurangkan kepada tiga tahun. Pensyarah pun terpaksa membuat pilihan dengan sebab pemendekan tahun pengajian yang dirancang oleh Najib itu.
Antara pilihan mereka ialah: Pertama, mengurangkan isi kandungan silibus pengajian. Kedua, memadatkan, memampatkan isi kandungan silibus itu.
Bagi tujuan ini, pensyarah terpaksa mengajar di kuliah dengan laju. Walaupun ada siswa yang tak faham, pensyarah tidak peduli soal itu. Yang penting, isi pengajian mesti dihabiskan dalam tempoh tiga tahun.
Siswa-siswa universiti semakin lesu dengan bebanan, tekanan akadmeik yang bertambah gara-gara kebodohan Najib itu.
Tiada kerja kerana ekonomi meleset atau sebab tak fasih BI?
Sekali peristiwa, Dr. Mahathir barangkali terdengar juga desas-desus rakan-rakannya dalam kalangan kapitalis mungkin, bahawa antara sebab mahasiswa itu tidak mendapat pekerjaan adalah disebabkan pelajar itu kurang lengkap berpengetahuan dalam berbahasa Inggeris.
Hakikatnya, pada waktu itu, memang kilang-kilang dan syarikat-syarikat sedang berusaha keras membuang pekerja seperti mana yang berlaku sekarang ini. Dan, semua itu berlaku kerana kemelesetan ekonomi dunia menjalar secara global kerana ekonomi kita bersandar dalam sektor-sektor tertentu dengan Amerika.
Bagi mengelakkan rasa beban bersalah ini, maka kerajaan telah pun meletakkan beban kesalahan itu di atas bahu pelajar itu sendiri. Kenapakah mahasiswa tidak cekap berbahasa Inggeris? Kerana kamu tak fasih berbahasa Inggeris, maka sebab itulah kamu tidak berhasil mendapatkan pekerjaan.
Walhal, hendak dapat pekerjaan bagaimana kalau memang pada waktu itu, segala kilang dan syarikat tertentu sedang berusaha keras nak buang tenaga buruh bagi menjimatkan bebanan kos yang terpaksa mereka tanggung selama ini.
Jika dahulu, ekonomi berkembang, syarikat dan kilang memang mahukan ramai pekerja dan tenaga buruh, maka jika kita tak fasih pun berbahasa Inggeris, kita tentu mendapat pekerjaan itu.
Orang nak gunakan khidmat dan tenaga muda mahasiswa. Jadi kalau tak fasih bahasa Inggeris pun, kilang dan syarikat itu akan buat inisiatif bagi memahirkan pekerjanya untuk berbahasa Inggeris jika ada keperluan mendesak untuk tujuan itu.
Bermodalkan penipuan, sikap tidak jujur inilah, maka Mahathir mula menyalahkan pelajar sendiri, menyatakan sikap kita yang tidak peduli bahasa Inggeris telah mengakibatkan barah dalam kehidupan sendiri, sehingga tidak berjaya mendapat pekerjaan, walhal pada ketika itu memang kilang dan syarikat sedang berusaha keras menyingkirkan pekerjanya.
Sedikit demi sedikit, Dr. Mahathir membuat ucapan-ucapan seperti itu dan terhasillah apa yang dinamakan sebagai PPSMI yang ada sekarang ini selepas wujudnya idea seperti mahu mewujudkan sekolah beraliran Inggeris yang kemudiannya telah ditentang oleh tokoh-tokoh bahasa dalam negara kita.
Kalau anda perhatikan iklan malam-malam yang menunjukkan bahawa Malaysia sekarang sedang berhempas pulas untuk mengatasi masalah kegawatan, kemelesetan ekonomi sekarang, maka di situlah PPSMI bermula.
Sayangnya, dengan sebab masalah kegawatan ekonomi, anak bangsa menjadi mangsa. Marahkan nyamuk, satu kelambu terbakar hangus!
Hatta, syahadan wal arakian, demikianlah alkisahnya. Wallahu'alam.
3:13 p.m, 4 Mac Sekolah Pemikiran Kg Baru
Bantahan, maklumbalas, kritikan, saranan boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.

Menunggu Guru Bersama Budayawan Bantah PPSMI
Dinsman
Harakahdaily Tue Mar 03, 09 1:39:40 am MYT
Hari Khamis malam Jumaat 26 Februari yang lepas, Prof. Dato' Dr. Nik Safiah Karim terpaksa bersengkang mata bersama kami. Kira-kira pukul 2.30 pagi, profesor bahasa Melayu ini masih duduk minum dan berbual di RnR Nilai. Biasanya waktu itu dia sudah nyenyak tidur di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Tetapi mengapa malam itu dia masih di lebuh raya?
Betul seperti kata Mohammad Sabu ketika berucap di Dataran Hamas, Jasin, Melaka, beberapa jam sebelum itu. Orang seperti Prof. Nik Safiah Karim dan orang seperti Sasterawan Negara A Samad Said yang sedang berada di hujung hayat mereka, sepatutnya tidak perlu lagi bersusah payah merempuh perjalanan jauh seperti yang sedang mereka lakukan sekarang. Apa sebenarnya yang mereka mahu lagi?
"Prof Nik Safiah bukannya hendak melawan Sharizat Jalil untuk jadi Ketua Wanita Umno. Sasterawan Negara A Samad Said pun bukannya hendak berkempen untuk menjadi menteri. Mereka tak perlu lagi kepada itu semua? Tetapi mereka terpaksa melakukan ini semata-mata kerana hendak memelihara bahasa Melayu, disebabkan oleh adanya pemimpin Melayu sendiri yang cuba hendak membunuh bahasa Melayu."
Naib Presiden PAS itu menyatakan dia berasa sangat sedih melihat tokoh-tokoh bahasa dan sastera kita terpaksa menghadapi masalah yang tidak menyenangkan itu, disebabkan oleh sikap masyarakat kita yang semakin tidak mempedulikan nilai budayanya sendiri.
Malam itu Mat Sabu, pimpinan PAS yang dikenali sebagai tokoh penceramah paling diminati ramai itu, sedang dalam siri jelajah negara untuk meraih sokongan rakyat terhadap perjuangan memansuhkan PPSMI. Dia sememangnya hampir setiap malam berceramah untuk PAS. Dan ceramahnya dalam sebulan ini semuanya dijadikan kempen untuk menyokong perjuangan memansuhkan PPSMI.
Selepas Dato' Dr Hassan Ahmad bersetuju memimpin gerakan memperjuangkan semula kedaulatan bahasa Melayu ini, diikuti oleh Profesor Shaharil Mohd Zain, Profesor Abdullah Hassan, dan Sasterawan Negara A Samad Said yang dengan beraninya berdiri di atas pentas PAS dan keADILan, bagi menyatakan perjuangan mereka membantah PPSMI, pada 24 Februari pentas KeADILan Kelana Jaya menyaksikan pula Prof. Dr. Ir Wan Abu Bakar menceritakan pengalamannyaberpuluh tahun mengajarkan kejuruteraan di universiti, dalam bahasa Melayu, tanpa menghadapimasalah.
Pada 26 Februari tampil pula Prof. Nik Safiah, berdiri di sebuah pentas PAS, menjelaskan kepada orang-orang Melaka yang berkumpul di Jasin, mengapa PPSMI perlu dimansuhkan, dan mengapa sebahagian masyarakat kita (khasnya orang-orang Umno) telah hilang kecintaan terhadap bahasa mereka sendiri.
Sebenarnya ramai lagi tokoh-tokoh akademik yang tidak setuju dengan pelaksanaan PPSMI. Nik Safiah sendiri menghadiri perbincangan apa yang selalu disebut Menteri Pelajaran sebagai perbincangan meja bulat bagi mendapatkan pandangan para ahli akademik terhadap pelaksanaan PPSMI.
Kata menteri itu, perbincangan tersebut menyokong PPSMI. Tetapi kata Nik Safiah lebih ramai yang membantah daripada yang menyokong. Hanya pihak menteri itu yang menyelewengkan fakta yang sebenar.
Saya sendiri menerima banyak SMS daripada pembaca yang mengaku sebagai guru, yang menyokong perjuangan GMP (Gerakan Mansuh PPSMI), dan berjanji akan turun beramai-ramai ke hadapan Istana Negara pada jam 2.00 petang 7 Mac ini.
Peristiwa penyertaan kalangan budayawan dan ahli akademik dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh GMP sejak beberapa minggu ini, bagi saya adalah peristiwa yang sangat menarik. Ia adalah satu gelombang baharu kebangkitan rakyat Malaysia, sebagai kesinambungan daripada gerakan Reformasi 1998.
Seperti yang pernah saya bincangkan di ruangan ini tidak lama selepas pilihan raya umum ke-12, perubahan di kalangan para budayawan dan cendekiawan kita berlaku terlambat. Tidak mengapalah. Dulu kita mungkin kecewa melihat tidak ada perubahan di kalangan mereka. Tetapi kini melihat gelombang kebangkitan yang berlaku, hilanglah semua rasa kecewa dulu itu.
Menariknya kebangkitan baru ini kerana ia bukan digerakkan oleh motif politik mahupun ekonomi, tetapi oleh kesedaran ilmu dan budaya. Kita perhatikan pihak penguasa dan parti Umno-BN yang sombong dan angkuh itu pun jadi seolah-olah "kebengongan" dan serba salah untuk bertindak balas. Mereka kurang mahir dalam membaca riak dan angin yang baru ini.
Perkembangan ini memang sesuatu yang sangat menarik untuk diperhatikan. Ia baru saja bermula. Barangkali perhimpunan yang disebut sebagai Perhimpunan 100 Ribu pada Sabtu 7 Mac ini akan memberikan banyak petunjuk untuk kita membaca ke mana arah yang akan dituju oleh gelombang baru ini.
Para budayawan dan cendekiawan sudahpun bangkit menunjukkan jiwa amarah mereka terhadap kepandiran dan kezaliman yang berlaku. Yang kita tunggu-tunggu sekarang ialah golongan guru.
Persoalan PPSMI ini pun sebenarnya adalah persoalan yang membabitkan guru secara khusus dan langsung. Apakah mereka akan terus menikus dan menunjukkan peribadi yang takut, ataupun mereka juga akan bangkit?
Sama-samalah kita tunggu perkembangan menarik itu. Dan sementara itu saya ingin mengingatkan sekali lagi akan satu peristiwa yang agak menarik juga, terutamanya bagi orang-orang utara, iaitu majlis forum GMP yang akan diadakan disebuah masjid di Permatang Pauh, menjelang hari bersejarah yang ditunggu-tunggu, iaitu pada 5 Mac, lepas solat Isya'. Masjid itu dikenali sebagai Masjid Batu.
Samad Said akan hadir, Cikgu Azmi (Teras) akan hadir, Azizi Hj Abdullah akan hadir, Hasni Abas akan hadir, dan saya juga insya-Allah hadir. Oleh sebab majlis ini dianjur bersama oleh sebuah badan penulis yang menjadi kerabat Gapena, khabarnya beberapa orang pimpinan Gapena dari Kuala Lumpur juga akan hadir.
Ya, marilah kita bertemu di Masjid Batu itu!
Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my
atau SMS 0136362408 _

Semarakkan Perhimpunan Mansuhkan PPSMI 7 Mac Ini!
Harakahdaily Wed Mar 04, 09 12:10:51 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Demi memastikan kedaulatan bahasa Melayu dijunjung sekaligus membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang jelas mengundang "1001 masalah" kepada para pelajar khususnya di luar bandar, orang ramai diseru untuk sama-sama menyatakan sokongan dan menyertai "Perhimpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI" pada 7 Mac ini (Sabtu).
Menurut Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasini Abas, perhimpunan akan diadakan di tiga lokasi bermula 2.00 petang iaitu Pusat Perniagaan SOGO, Central Market dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara untuk serahan memorandum.
"Bagi memudahkan perjalanan perhimpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang.
"Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit perhimpunan telah dipohon kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang samas ekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataannya yang terdahulu.
Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato' A.Samad Said, Dato' Dr. Hassan Ahmad, Dr. Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasaan, Prof. Emeritus Dato' Nik Safiah Karim, dan diikuiti pemimpin terkenal Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Warna tema himpunan pada hari tersebut ialah putih dan peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI, katanya.
"GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.
"GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang," katanya. - azm

500,000 Pelajar Akan Tercicir Jika PPSMI Diteruskan!
Zaili Muhammad Wed Mar 04, 09 12:26:07 pm MYT
MELAKA, 4 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab, menyeru seluruh rakyat Melaka supaya turun beramai-ramai menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI pada 7 Mac ini bagi mengembalikan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir.
"Kepada yang mengaku mereka adalah ahli dan penyokong PAS haruslah memastikan kehadiran mereka sebagai komitmen terhadap perjuangan mengembalikan serta memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar PPSMI.
"Usaha saya menyokong perhimpunan 100,000 yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) iaitu mengadakan 'road show' seluruh negara sebagai penerangan jelas kepada rakyat bawah dasar itu tidak boleh diteruskan.
"Saya ingin mengingat tuan-puan supaya jangan takut untuk hadir kerana perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan mereka yang datang tidak akan buat kacau melainkan ada pihak yang sengaja melakukan provokasi. Malah lambang parti-parti politik juga tidak dibenarkan," ujarnya.
Beliau turut menyeru seluruh rakyat negeri Melaka untuk turun beramai-ramai mengiringi pimpinan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Kuala Lumpur pada 7 Mac ini bagi bersama-sama menyerahkan memo kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Menurut Sofi, perjuangan memansuhkan PPSMI adalah perjuangan semua bangsa bukan hanya orang Melayu tetapi semua kerana sekiranya PPSMI ini diteruskan, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil juga akan turut terjejas.
Ini kerana mereka terpaksa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah mereka, katanya.
"Saya sangat dukacita atas sikap kerajaan yang tidak konsisten dan tegas dalam isu tersebut iaitu sama ada ingin meneruskan atau terus menghentikannya," kata Sofi.
Ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka ini sebagai orang Melayu tetapi tidak mencintai bahasa sendiri malah tidak patriotik kerana bahasa Melayu merupakan bahasa negara yang termaktub dalam perlembagaan tetapi mereka tidak begitu senang untuk melaksanakan perkara ini, katanya.
"Yang kedua, mereka tidak berperikemanusiaan. Pendapat daripda tokoh-tokoh pendidik yang telah membuat kajian dalam tahun 2006 menyatakan bahawa 500,000 pelajar akan tercicir akibat daripada pelaksanaan PPSMI. Begitu juga dengan satu kajian yang dibuat oleh UPSI menyatakan bahawa 60 hingga 70 peratus mereka yang terlibat dengan PPSMI ini tidak memahami konsep sains dan matematik," katanya.
Selanjutnya, beliau membuat kesimpulan bahawa tanpa ilmu pada hari ini samalah juga seperti kita sedang melakukan pembunuhan, dan ini kita tidak sedar, sangat mendukacitakan.
GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr Hassan Ahmad yang dianggotai kumpulan NGO, sayap-sayap Pemuda PAS dan KeADILan akan menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Agong. - azm_

Isnin, 2 Mac 2009
Runtuhkan Kebodohan Ini pada 7 Mac 2009!
Oleh Ahmad Lutfi Othman Foto Nasir Sudin Mon Mar 02, 09 11:15:14 am MYT
Segala persiapan telah diatur. Kempen penerangan jelajah seluruh negara selesai sudah. Hujah mengapa PPSMI dibantah tidak diragui lagi. Tokoh-tokoh cendekiawan dan budayawan Melayu semakin ramai memberi sokongan dan tampil ke depan. Majoriti rakyat, sejak PPSMI diperkenalkan enam tahun lalu, menolak tanpa sangsi. Dasar yang pelik dan aneh itu sememangnya telah menjahanamkan perkembangan intelektual hampir satu generasi anak-anak yang tidak berdosa. Tarikh 7 Mac bakal menjadi saksi amarah yang membuak-buak itu ditumpahkan melalui satu himpunan raksasa yang bersejarah, insya-Allah.
Tiba-tiba ingatan saya terimbau hampir empat tahun lalu. Saya diundang di saat-saat akhir, untuk menghadiri satu persidangan peringkat kebangsaan, di Kolej New Era, Kajang, anjuran Dong Jiao Zong (DJZ). Saya menjadi bidan terjun mewakili Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) apabila tiada wakil pertubuhan Melayu yang bersedia menjadi ahli panel bagi membantah apa yang hari ini kita kenali sebagai PPSMI. Saya sampai jam 3 petang, ketika hujan panas renyai-renyai. Namun dahi saya berpeluh akibat gementar berdepan lebih 5,000orang yang datang dari seluruh negara, kebanyakannya masyarakat Tionghua yang mewakili sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.
Cuba bayangkan, keanehan waktu itu, dan saya terasa keseorangan dibelit kesunyian di atas pentas. Tiada wakil NGO Melayu yang mampu meluahkan bicara dan rasa tentang PPSMI yang bersedia untuk memakan korbannya. Sedangkan siapa mangsa yang paling teruk daripada rancangan pelik dan aneh itu, kalau bukan anak Melayu sendiri dibandingkan dengan pelajar Cina dan India? Benar, orang Melayu lebih suka menumbuk dinding melepaskan marah ... tapi awas, jangan sampai mengamuk! Reaksi awam ketika itu seolah-olah menggambarkan masyarakat Melayu dapat menerima PPSMI walaupun penolakan masyarakat Cina, terutama dari kelompok pendidik mereka, begitu ketara.
Enam tahun masa berlalu. PPSMI jelas "celaka". Kedudukan bahasa Melayu yang sedia lemah makin dihina di bumi sendiri. Usaha gigih pejuang bahasa sejak sekian lama untuk memartabatkannya di persada antarabangsa seperti diterajang ke jurang dalam. Anak-anakMelayu yang diketahui agak lemah dalam matematik, sains dan bahasa Inggeris dijadikan bahan uji kaji dan perkakas untuk mengaut keuntungan melalui dasar yang pelik, aneh dan bodoh itu. Tertebuskah dosa kita membiarkan mereka merana selama enam tahun?
Dan bahasa Melayu makin dipandang rendah. Malah, kita sebenarnya melakukan "usaha sia-sia" menghabiskan masa menentang PPSMI ketika kita patut menggembleng tenaga memperkukuhkan bahasa kebangsaan itu dalam setiap sektor. Tanpa PPSMI pun bahasa Melayu perlu diperkasa seutuhnya terutama menempuh badai globalisasi.
Melalui Siasah, kemudiannya Harakah, saya memberi ruang secukupnya untuk berhujah dan berdebat. Di atas pentas teori tiada siapa dapat menyanggahnya. PPSMI wajib dikuburkan,segera!
Menteri Pelajaran hanya menyerlahkan kebebalan dalam beberapa reaksinya. Kini masa untuk menghentikan kebodohan yang cukup panjang ini. Budayawan, cendekiawan, pemimpin politik, aktivis masyarakat dan ibu bapa perlu bersatu tenaga untuk, bukan sahaja meruntuhkan kedunguan dan kebengongan ini, dengan turun beramai-ramai pada 7 Mac nanti, tetapi juga untuk bersama-sama membina kembali peradaban bangsa yang terabai selama ini. Selamat berdemonstrasi!_

Pengisytiharan Ulama Bantah PPSMI
Harakahdaily Mon Mar 02, 09 10:16:08 am MYT
PENDANG, KEDAH, 2 Mac (Hrkh) - "Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu" yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang, dekat sini baru-baru ini membuktikan bahawa golongan ulama juga turut membantah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilancar sejak tahun 2002.
Berikut adalah teks penuh Pengisytiharan tersebut:-
Segala puji hanya untuk Allah Rabbul 'Alamin, Yang Maha Pengasih, Yang telah mengajar Al-Quran, Dia menciptakan insan, mengajarnya al-bayan, Dia cipta semua dengan segala aturannya agar insan tidak merosakkan keseimbangan, supaya ditegakkan kesimbangan itu dengan adil dan tidak mengurangi keseimbangan yang telah disusun dengan peraturan-Nya.
Selawat dan salam untuk junjungan kekasih-Nya Rasulullah s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan seluruh sahabatnya, yang menjadi qudwah hasanah untuk seluruh insan, membawa rahmat untuk sekalian alam, membawa petunjuk dari zulamat kepada nur yang menerangkan, membebaskan perhambaan insan kepada makhluk kepada pengabdiaan hanya kepada Allah, yang mengangkat semua kaum dari Zillah kepada kekecemerlangan 'Izzah Islam.
Memahami bahawa bahasa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan falsafah dan pegangan hidup seseorang Muslim,
Memahami bahawa dengan pemisahan agama dari bahasa akan membawa implikasi besar kepada kaum Muslimin dari sudut pandangan hidup Islam yang berasaskan Tauhid,
Menginsafi bahawa kepentingan penggunaan bahasa dalam Islam ada kaitan dengan makna yang boleh memberi kesan kepada nilai dan prinsip asas dalam kehidupan seseorang Muslim,
Meneliti bahawa fungsi bahasa sangat jelas kepentingan dan kedudukannya dalam pengembangan dan penyampaian risalah Islam,
Menginsafi betapa sekularisasi bahasa akan membawa kepada sekularisasi kehidupan kaum Muslimin, lantaran terpisahnya seorang Muslim dari bahasa yang mendidik konsep dan falsafah kehidupan beraqidah akan melunturkan kerangka berfikirnya terhadap tassawur Islam yang benar dan murni,
Menghayati betapa bahasa Melayu telah melalui sejarah Islamisasi yang tersendiri sejak kedatangan Islam di alam Melayu, oleh kerana itu ia telah menjadi bahasa yang terpilih untuk membentuk pegangan hidup Islam di kalangan ratusan juta kaum Melayu di Nusantara ini,
Menerima bahawa bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa kebangsaan Negara ini,
Mengambil perhatian serius bahawa perlaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) sejak tahun 2002 , telah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara,
Menyesali bahawa PPSMI telah dilaksanakan dengan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang lebih terperinci dan tanpa mengambil pandangan balas dari ahli cendekiawan dan ilmuan Islam,
Memandang serius bahawa perlaksanaan PPSMI telah memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang kepada tahap prestasi pelajar-pelajar di kawasan luar bandar,
Memberi perhatian berat kepada perlaksanaan PPSMI yang telah mengenepikan segala usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi untuk mendidik anak bangsa khasnya dan warga Negara amnya,
Memahami bahawa perlaksanaan PPSMI oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak mengambilkira segala hujah ilmiah berdasarkan undang-undang, sejarah, kesan sosio-budaya, pembinaan jati-diri dan tamadun bangsa, yang telah dibentang oleh pelbagai ahli pakar dan ahli akademik dalam Negara,
Mengesahkan bahawa beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu ada kaitan dengan ta'rif seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan ini bermakna keserasian bahasa Melayu dengan keislaman bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan,
Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian,
1. MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara,
2. MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,
3. MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:
-Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.
"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)
-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memilih bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.
"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran berbahasa Arab , agar kamu mengerti" (Surah Yusuf: 2)
"Dan demikian Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang didalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka"(Surah Toha: 113)
"Dan sungguh telah Kami buatkan dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa" (Surah Az Zumar :27- 28)
"(Al Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang , Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui" (Surah Fussilat : 2-3)
"Demi kitab (Al quran) yang jelas . Kami jadikan Al Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti (Surah Al Zukhruf :3) S
Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia.
Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al-Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu, maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa Inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu Islam di Negara ini.
4. MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain, di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat.
5. MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,
6. MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,
7. MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,
8. MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta.
9. MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR, PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,
10. MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.
11. MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI.-azm _

Khamis, 26 Februari 2009
Debat PPSMI: Pemuda Umno Tolak
Irwan Muhammad Zain Thu Feb 26, 09 3:08:46 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Harakahdaily) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Salahuddin Ayob menganggap penolakan cabaran debat oleh Ketua Pemuda Umno sebagai satu kemalangan besar terhadap usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Beliau menegaskan penolakan tersebut juga merupakan satu petanda buruk yang digambarkan oleh Pemuda Umno terhadap usaha yang dilakukan oleh pejuang-pejuang bahasa.
Salahuddin menegaskan demikian sebagai respon penolakan Hishamuddin terhadap pelawaan mengadakan debat mengenai isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
"Pemuda PAS kesal dengan kenyataan Hishamuddin Hussein kerana ia mengambarkan Pemuda Umno tidak berminat untuk memartabatkan bahasa Melayu.
"Penolakan ini juga memberikan gambaran buruk terhadap pendirian Pemuda Umno dalam isu bahasa Melayu," tegas beliau.
Beliau juga menegaskan DPPP tidak akan berputus asa dalam usaha mereka bersama pejuang-pejuang bahasa menuntut kerajaan memansuhkan PPSMI.
Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang juga Ketua Pemuda Umno untuk mengadakan satu perbincangan intelektual mengenai isu PPSMI.
Ketua Pemuda Umno dalam satu sidang media selepas selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pemuda dan Keganasan di ibu negara pagi ini menolak cabaran debat yang dibuat oleh Salahuddin Ayob.
Selasa lalu, Pemuda PAS telah menghantar surat cabaran debat kepada Hishammuddin berhubung isu PPSMI melalui Naibnya, Khairy Jamaluddin di Parlimen. - mks.

Rabu, 18 Februari 2009
Bantah PPSMI Bukan Bermakna Tentang Bahasa Inggeris
Rabu 18 Februari 2009 22 Safar 1430 Hijrah
Wan Nordin Wan Yaacob Tue Feb 17, 09 10:56:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah menentang usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini tetapi serentak masa yang sama menekankan bahawa dasar PPSMI adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika mengajukan pandangannya mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, 17 Februari lalu.
"Kita menggalakkan kemahiran bahasa Inggeris dan kita mahu semua masyarakat kita mahir dalam penguasaan bahasa Inggeris. Tetapi dasar PPSMI yang diwarisi dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau.
Malah tindakan itu, ujar Kamarudin, sebenarnya akan membunuh bahasa Melayu yang seharusnya dijadikan bahasa pengantar dalam pelajaran sains dan matematik.
"Ini legasi pemimpin dahulu (Tun Dr Mahathir). Apakah YB selaku Ketua Pemuda Umno sanggup dilihat oleh sejarah sebagai pemimpin Pemuda Umno yang meletakkan hukum dan fatwa bahawa bahasa Melayu sebenarnya tidak layak untuk dijadikan bahasa yang mengajar anak bangsa kita dalam pelajaran sains dan matematik," katanya.
Bagi Kamaruddin, tindakan kerajaan BN mengekalkan PPSMI hanya menunjukkan kepada dunia bahasa Melayu adalah bahasa yang lemah dan tidak layak digunakan sebagai bahasa pendidikan untuk kemajuan anak bangsa.

Rabu, 4 Februari 2009
PPSMI Makin Merosakkan, Hapuskan Segera!

Salmiyah Harun Fri Jan 09, 09 7:03:47 am MYT
KUALA LUMPUR,9 Jan (Hrkh) - "Kerajaan tidak perlu menunggu sehingga tahun depan untuk memutuskan sama ada PPSMI itu diteruskan atau tidak.
"Seharusnya kerajaan menghapuskan segera dasar itu kerana ianya jelas satu dasar yang salah," demikian penjelasan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr Hassan Ahmad.
Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kajian itu tidak perlu ditangguh dari setahun ke setahun kerana dasar itu sudah banyak mengundang "kerosakan".
Dalam pada itu beliau turut menjelaskan nama Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu (Selamat) itu perlu diubah kepada Sekretariat Hapuskan PPSMI.
Beliau juga akan memastikan himpunan 100,000 rakyat untuk Hapuskan PPSMI berjalan secepat mungkin bukan sebagaimana didakwa akan dilakukan hujung tahun ini.
"Ada beberapa perkara yang hendak dipersiapkan dan akan diketahui dalam beberapa hari lagi, hendak buat perhimpunan dengan segera," katanya.
Bagaimanapun katanya, oleh kerana sekretariat ini baru ditubuhkan ianya perlu sedikit masa bagi menyelaraskan termasuklah perjalanan perhimpunan itu nanti.
"Ini termasuklah dari segi organisasi dan di mana himpunan itu akan diadakan," katanya.
Dalam pada itu Sekretariat Himpunan Hapuskan PPSMI sedang berusaha mengumpul NGO dan parti politik yang akan turut serta dalam perhimpunan itu nanti.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Karyawan menegaskan, desakan bagi memansuhkan PPSMI "harus datang dari dalam Umno" sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.
Hassan berpandangan sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkan pemilihan agung parti itu hanya tinggal dua bulan lagi.
Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana kebanyakan pemimpin Umno dan ahli-ahlinya lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar parti-parti pembangkang lebih aktif menyuarakan bantahan itu.
"Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau KeADILan bersuara, kuat," katanya.
Semalam, Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishamuddin Hussein berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan dengan membuat kajian teliti serta pertimbangan mendalam terhadap perkara itu.
Oleh itu, kerajaan akan menunggu sehingga tahun depan untuk menentukan sama ada keputusan pelaksanaan dasar PPSMI diteruskan atau tidak. - mks. _

Kembalikan Sains, Matematik ke dalam Bahasa Melayu

LanH, Harakahdaily, 3 Feb 09
Enam tahun bukan tempoh singkat; bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang bermula sejak 2003 bukan menyepi ditelan masa sebaliknya berterusan dan menyinga akhir-akhir ini. Terbaru Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur pada 31 Januari oleh Pengerusinya yang juga mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr. Hassan Ahmad.
Mereka dilaporkan akan menggerakkan massa (menghimpunkan 100,000 peserta), membabitkan pelbagai golongan, daripada kumpulan cendekiawan, pencinta bahasa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan orang ramai bagi menzahirkan bantahan; antara lain menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, dijadualkan pada 7 Mac depan.
Ruangan komentar ini sudah beberapa kali memuzakarahkan isu ini termasuk mengutarakan suara dan rintihan rakyat tetapi kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran belum mengambil suatu pendekatan tegas menanganinya. Pada hujung tahun lalu, diadakan lima pusingan dialog (meja bulat)berhubung PPSMI tetapi apabila sesi persekolahan bermula pada Januari, murid masih mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Berdasarkan forum PPSMI, ada pandangan pro dan kontra mengenainya. Kita memahaminya; kerana masing-masing mahu akan yang terbaik bagi masa depan generasi muda dan negara. Bagaimanapun kebanyakannya adalah berdasarkan perspektif dan pengalaman masing-masing, tidak terikat dengan fakta; malahan pelaksanaan PPSMI tidak berdasarkan eksperimen dan kajian empirikal.
Demikianlah jika tidak diselesaikan masalah PPSMI ini, kita percaya ia akan berlarutan bukan saja selepas enam tahun seperti sekarang ini, malah 10, 20 atau 30 tahun akan datang. Perkara ini hanya menghabiskan tenaga dan masa, sedangkan anak bangsa dan negara perlu disiapkan dalam mendepani cabaran lebih hebat.
Kita berpendapat bahawa pro dan kontra PPSMI perlu ditamatkan segera; sebaliknya rujukan perlu dibuat kepada ketetapan 'standard'. Apabila ini dilakukan perbalahan dapat diakhiri manakala pelanggar ketetapan itu dihukum tidak kira apa pangkat dan kedudukan mereka.
Berdasarkan ini kita amat bersetuju dengan tindakan Gabungan Penulis Nasional (Gapena) mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan. Gapena mempunyai premis baik dalam hal ini kerana pemimpin yang memaksakan penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik telah melanggar Perlembagaan Persekutuan. Apabila sesuatu dasar itu dibuat dengan melanggar Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara, tentulah ia terbatal dengan sendirinya.
Persoalannya, setakat mana keseriusan Gapena atau pihak-pihak berkaitan dalam mengheret pelaksana PPSMI ini ke muka pengadilan? Kita bimbang tindakan undang-undang akan memakan masa panjang; tiada kelihatan cahaya pada hujung terowong, sedangkan anak-anak di sekolah menjadi mangsa ketidaktentuan ini.
Demikianlah betapa negara kini dilanda kemelut besar gara-gara pemimpin yang memerintah tidak mengikut hukum sehingga Perlembagaan Persekutuan pun dilanggarnya. Adalah amat bahaya jika seseorang itu memerintah mengikut akal, tanpa mempedulikan undang-undang sedia ada.
Bagi manusia yang akalnya terbatas, Allah SWT telah menyediakan garis panduan (hukum-hakam)nya yang terkandung dalam al-Quran dan diterjemahkan dalam kehidupan oleh Rasul-Nya, Muhammad s.a.w. Manusia termasuk pemimpin tidak akan terpesong jika menuruti hukum-hakam Allah, malah dia dijanjikan kedudukan mulia di sisi Rasul jika memerintah secara adil.
Jika hukum Allah pun tidak mahu diikuti pemimpin, apatah lagi untuk patuh kepada undang-undang ciptaan manusia termasuk Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengikuti nafsu yang akhirnya menyebabkan seluruh negara terjerumus dalam kemelut tiada kesudahan.
Kepada pemimpin berkenaan (siapa makan cili dia terasa pedasnya), insaflah dan kembalilah ke pangkal jalan. Jika sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pengantar di sekolah, kembalikanlah kedudukan itu, usah berdalih lagi! - lanh

PPSMI: Kenapa Kini, Bukannya 2003?
PPSMI: Kenapa Kini, Bukannya 2003?
Mohd Khalil Abdullah, Harakahdaily, 3 Feb 2009
BAGUSLAH. Tahun 2009 seolah menjadi tonik mujarab untuk semua pencinta bahasa ibunda di negara ini. Ibu bapa boleh menarik nafas lega. Guru-guru mungkin kini boleh mengangkat sedikit kepala mereka.
Bagi diri pencinta bahasa, hayunan langkah dan tujahan tangan ke langit pada minggu lalu diharapkan tidak menjadi sia-sia. Jangan menjadi hangat-hangat tahi ayam sudahlah.
Cuma yang ingin penulis nukilkan di sini adalah beberapa keluhan yang diterima daripada ibu dan bapa sahabat-sahabat.
Ada di kalangan anak-anak sahabat penulis yang sudah masuk tahun 6 di sekolah kebangsaan. Saban hari mereka mengeluh. Selalu ada sahaja cerita yang dibawa ke pejabat. Semuanya mengenai peel anak-anak di sekolah.
Anak masih tak pandai-pandai. Peliknya yang tak pandai hanyalah dalam dua subjek sahaja. Bahasa Melayu - A -, bahasa Inggeris - A - tetapi bila masuk subjek Matematik dan Sains jadi corot.
Itu yang pelik. Ada sekali penulis menguji anak sahabat ini dengan menggunakan bahasa Melayu, hebat semua dijawab betul. 100 peratus. Tetapi bila penulis mengolah dalam bahasa 'mata biru', terkial-kial anak sahabat tadi. Nak dapat 50 peratus pun sukar.
Ini yang merunsingkan penulis. Nampaknya, sejak 2003 dasar bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik tidak menampakkan hasil apa-apa (kalau dilihat pada anak sahabat-sahabat penulis). Malah, ada luahan kecewa daripada mereka sebagai ibu bapa, bahawa mereka terseksa jiwa sepanjang anak mereka bersekolah enam tahun itu.
Penulis tidak mahu menyalahkan lagi kerajaan BN yang mengangkarai sistem yang kalut ini, tetapi yang ingin penulis persoalkan adalah kenapa begitu lama masa yang diambil oleh bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dato' Dr. Hassan Ahmad?
Apakah enam tahun diperlukan untuk menetaskan idea bahawa langkah mengajar kedua-dua subjek tersebut terbukti gagal?
Apakah pengenalan sistem tersebut oleh Tun Mahathir ketika mula-mula dahulu tidak terdetik di hati mereka bahawa ia jelas mencemarkan bahasa ibunda yang disanjung tinggi selama ini?
Kenapa sekarang? Apakah 2003 dahulu kesedaran tidak wujud? Atau semua pejuang bahasa masih tidur diulit bantal BN? Atau kini 2009 baru terasa 'selesa' kerana menyedari ada sokongan daripada penyokong dan pengundi di enam buah negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat Mac 2009 lalu?
Atau apakah, Hassan Ahmad dan rakan-rakan merasakan 2003 tidak selamat dan akan tidak popular mereka jika membantah ketika itu? Atau para pejuang bahasa ingin menjadi oportunis dalam kesempatan yang ada kini untuk meraih sebanyak mungkin populariti dalam koleksi resume mereka?
Tidak terfikirkah betapa seksanya, anak-anak kecil selama enam tahun dalam kemelut dunia ilmu mereka? Tidak terbayangkah mereka betapa cemasnya para ibu bapa, apabila setiap tahun selama enam tahun itu, betapa ramai nasib anak-anak bangsa dihancurkan masa hadapan mereka kerana tidak lulus kedua-dua subjek tersebut gara-gara tiadanya pihak yang membantah secara rakus seperti kini?
Dan tidak terjentikkah di hati kecil para pejuang bahasa, di manakah mereka pada tahun 2003? Siapakah agaknya yang ingin menanggung dosa kerana hancurnya masa depan anak-anak ini? Pemerintah BN-kah yang berdosa? Atau dosa ini ingin dikongsi sama para pejuang bahasa?

Langgan:
Catatan (Atom)