1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
4. Tidak Cukup Istilah
5. Tidak Ada Buku
6. Bukankah Zalimnya Jika Budaya Ini Ingin Dihapuskan?
7. Pelajar Luar Bandar Tidak Ada Masalah?
8. Merosotnya Keputusan Peperiksaan di Bawah PPSMI
9. Tidak Mahu Mencontohi Jepun dan Korea
Imbauan GMP
80. Kita telah bercambah, tumbuh merata dan bercabang selama 30 tahun ini, dan menunggu gemburan dan baja buat beberapa ketika sahaja lagi untuk berbuah.
81. Jurnal sains dan matematik dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris ) telah pun diiktiraf di dunia sama seperti jurnal dari beberapa buah Negara Membangun seperti Rusia, Tiongkok dan Ceska.
82. Malang sekali jika kita terus membiarkan diri kita berpemimpin orang yang tidak tahu kedudukan bangsanya sendiri dan malah terus menebas, dan menebang pokok yang sedang subur bercabang.
83. Kalau tidak dipupuk, dijirus dan digembur semula mulai sekarang maka pastinya pokok itu akan mati segera.
Prof. Dr. Shaharir adalah Timbalan Pengerusi GMP. Keprofesoran beliau adalah dalam bidang matematik dan fizik. PhD beliau adalah dari Australia.
Himpunan bahan yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Memaparkan catatan dengan label PAGE. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mac 2009
Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (9)
1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
4. Tidak Cukup Istilah
5. Tidak Ada Buku
6. Bukankah Zalimnya Jika Budaya Ini Ingin Dihapuskan?
7. Pelajar Luar Bandar Tidak Ada Masalah?
8. Merosotnya Keputusan Peperiksaan di Bawah PPSMI
Tak Mahu Mencontohi Jepun dan Korea
66. Hujah PAGE tentang sebab kita tidak mahu mencontohi Jepun dan Korea aneh, cukup haru-biru dan tidak rasional. Katanya kerana kita ketinggalan 40 tahun segi “revolusi industri” berbanding dengan Jepun dan Korea dan oleh itu kita ketinggalan selama itulah segi bahasa. Kemudian diberinya contoh tiadanya penggunaan bahasa Melayu di Proton sebagai bukti bahasa Melayu bukan bahasa industri.
67. Seterusnya PAGE berhujah, Jepun menggunakan bahasanya kerana dia bangsa pembuat atau “negara pembuat” dan kita tak terdaya kerana kita “negara pengguna”.
68. Ada makna apakah bercakap begini? Apa rasionalnya hujah bercelaru dan songsang begini?
69. Bukankah bahasa Melayu tidak dipakai di Proton (dan banyak lagi di swasta kita) sebab pegawai-pegawai besar di Proton (atau di swasta itu) sengaja tak mahu pakai bahasa Melayu?
70. Banyak “negara pengguna” di dunia ini yang tidak menginjak bahasanya seperti bangsa kita! Yang sepatutnya, sejarah Jepun dan Korea itu yang perlu dipelajari bagaimana dia boleh jadi sekarang!
71. Dasar pendidikan sains dan matematik bagaimana yang mereka buat? Bagaimana dia layan bahasa dia sendiri sebelum dia maju dahulu lagi?
72. Bukannya berhujah terbalik kuang, “Dia maju sebab itu dia boleh guna bahasa sendiri”, “kita mundur, jadi kita tak guna bahasa sendiri”. Siapalah yang tidak merasa amat jengkel dengan hujah dangkal dan pelek PAGE ini.
73. Kemudian PAGE cuba mengada-adakan sebab Dong Jiao Zong menentang PPSMI kerana kononnya persatuan itu mahu menumpang dan mempertahan bahasa Mandarin yang telah maju, atau lebih maju daripada bahasa Melayu.
74. Pemimpin Dong Jiao Zhong tidak pernah berhujah begitu. Pemimpin Cina di Malaysia (apatah lagi di Tiongkok) jauh lebih waras daripada pemimpin Melayu kerana mereka mahu anak-anaknya lebih celik kebudayaannya sehingga pada satu tahap yang dikira cukup sebelum menguasai ilmu dalam bahasa-bahasa lain.
75. PAGE perlu sedar juga bahasa Mandarin pun masih belum mencapai bahasa sains dan matematik sekuat bahasa Inggeris tetapi Cina di Malaysia, apatah lagi di negara Tiongkok itu, tidak akan meninggalkan bahasanya mengikut tingkah PAGE itu.
76. Tiongkok akan terus membangunkan bahasanya, bahasa Mandarin, sehingga benar-benar dapat bersaing dengan bahasa-bahasa sains dan matematik lain itu. PAGE juga perlu sedar bahawa bahasa Melayu dalam abad ke-5M hingga ke-12M sudah menjadi bahasa ilmu antarabangsa (ketika Eropah agak Gelap) kerana ribuan buku dalam bahasa Melayu di bawa ke negeri Tiongkok (contohnya, bacalah kisah I-Ching pada Zaman Kerajaan Sriwijaya abad ke-7M) dan sebahagiannya diterjemah kpd bahasa Tionghua, sebahagiannya oleh sarjana Melayu sendiri yang diundang oleh raja-raja Tiongkok itu!
77. Bahasa Melayu pada zaman Islamnya (abad ke-13 hingga abad ke-19) iaitu sebelum penjajah menjadi sebahagian daripada tuan kita hingga sekarang, pun amat antarabangsa sifatnya sehingga dikagumi oleh para sarjana di Eropah zaman itu.
78. Bahasa dan bangsa Melayu ini menjadi hamba sejak abad ke-19M ini sahaja, bersekali dengan kejatuhan Tamadun Islam di Eropah, Tamadun Empayar ‘Uthmaniyah itu. Kita hanya ingin membangun semula tamadun bangsa yang besar ini.
79. Jadi hanya kejahilan PAGE terhadap sejarah kebudayaannya sendiri sahaja yang menyebabkan sanggup mereka seolah-olah mengatakan “bahasa Melayu ini bahasa bangsat” sahaja dan oleh itu tak payahlah digunakan untuk belajar apa-apa ilmu dengannya

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (8)
1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
4. Tidak Cukup Istilah
5. Tidak Ada Buku
6. Bukankah Zalimnya Jika Budaya Ini Ingin Dihapuskan?
7. Pelajar Luar Bandar Tidak Ada Masalah?
Merosotnya Keputusan Peperiksaan di Bawah PPSMI
63. PAGE nampaknya mengaku kemerosotan prestasi PPSMI tetapi kumpulan citawan kebudayaan Inggeris ini menegaskan masa enam tahun tidak mencukupi untuk menilainya.
64. Sebenarnya, jika kajian-kajian di seberang laut dari universiti berbahasa Inggeris sekali pun (kerana itu sepatutnya lebih meyakinkan PAGE agaknya) dan setelah kita sendiri membuktikannya buat selama enam tahun ini, maka keinsafanlah yang sepatutnya berlaku.
65. Bukannya mahu mencuba lapan tahun lagi, kerana katanya sampai 2016 baru boleh tahu siapa bijak? Apa kaedah kajian sebegini?

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (7)
1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
4. Tidak Cukup Istilah
5. Tidak Ada Buku
6. Bukankah Zalimnya Jika Budaya Ini Ingin Dihapuskan?
Pelajar Luar Bandar Tidak Ada Masalah?
54. PAGE juga tidak ikhlas apabila menjawab soalan bagaimana nasib pelajar luar bandar, atau sebenar pelajar dalam bandar juga, iaitu pelajar yang ibu-bapanya tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya (bahasa Inggeris bukan bahasa ibundanya).
55. Beliau hanya memaparkan teori pembelajaran bahasa dengan menyebut teori itu dan teori ini dan professor bahasa itu dan profesor ini.
56. Itu mungkin betul untuk belajar bahasa! Walaupun ada teori yang bertentangan dengan ini, itu tak dipolemikkan di sini.
57. Yang menjadi isunya, “Bahasa apa yang terbaik untuk pelajar belajar sains dan matematik?” Profesor sains atau matematik pendidikan mana yang berteori pelajar berbahas ibunda A lebih baik belajar sains dan matematik dalam bahasa B?
58. PAGE membicarakan rancangan kerajaan dalam peningkatan kefasihan guru sains dan matematik dengan pelbagai strategi yang sedang kerajaan ambil dengan belanja/peruntukan RM5.2 bilion dan kononnya kejayaan program di Negeri Sembilan dengan penuh kesombongan bunyinya.
59. Bagi mereka yang waras dan mengambil iktibar daripada Negara-Negara Maju dan perakuan PBB, bukannya mereka yang tidak terpasung jiwanya lalu tidak percaya hanya kebudayaan Inggeris sahaja yang layak memajukan sesuatu bangsa, tentunya akan menggeleng-geleng kepalanya dan cukup jengkel rasanya dengan peruntukan itu kerana peruntukan semega itu jika digunakan untuk peningkatan kemahiran guru sains dan matematik mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda dan peningkatan kemahiran guru subjek bahasa Inggeris, pastinya negara mendapat lonjakan baru dalam kemajuan sains matematik anak bangsanya.
60. Peruntukan untuk menjayakan PPSMI adalah peruntukan untuk bergaya sahaja! PAGE juga nampaknya “mengugut” supaya dasar PPSMI tidak dihapuskan semata-mata kerana sudah dibelanjakan sebanyak bilion-bilion RM itu.
61. Mereka yang dihantar ke seberang laut atau yang dilatih di dalam negara dalam bahasa Inggeris itu, masih boleh dipakai, dengan hanya sedikit orientasi ke arah bahasanya sendiri, tanpa belanja yang mega-mega lagi, apabila dasar PPSMI ini dimansuhkan.
62. Yang penting ikutlah pepatah Melayu, “Sesat di jalan, balik ke pangkal jalan”, janganlah bertindak “malu alah” yang nampak sedang condong kea rah itu sekarang

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (6)
1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
4. Tidak Cukup Istilah
5. Tidak Ada Buku
Bukankah Zalimnya Jika Budaya Ini Ingin Dihapuskan?
49. Perkara terakhir tentang kononnya bahasa Melayu ini masih tidak layak menjadi bahasa sains dan matematik ialah betapa PAGE sepatutnya bertindak seperti orang-orang Inggeris dan orang-orang di Negara Maju itu, iaitu berjuang meningkatkan kelayakan bahasanya sendiri ini.
50. Bukankah begitu yang dilakukan oleh orang Inggeris dalam abad ke-19M dahulu kerana sebelum itu bahasa Inggeris masih belum dijadikan bahasa perantaraan pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan sains dan matematik. (Inggeris bangsa terakhir di Eropah menggunakan bahasa sendiri dalam sains dan matematik kerana taasubnya kepada bahasa Latin).
51. Kita perlu terus membina bahasa kita (bersama rumpun kita, Indonesia) dengan tekad yang sama seperti bangsa-bangsa di Eropah itu dan mengisi bahasa kita itu dengan “sains dan matematik”.
52. Apa pun kekurangan yang masih ada pada bahasa kita, seperti yang dibangkitkan oleh PAGE tentang kurangnya ilmu dalam Google berbahasa Melayu itu, dan lain-lain lagi itu, sepatutnyalah menjadi tanggungjawab kita bersama membaikinya, bukannya mengenyahkan bahasa kita sendiri.
53. Semua ini pastinya tercapai dengan memeriahkan lagi bilangan bangsa kita menguasai sains dan matematik dalam bahasa kita sendiri sambil menguasai bahasa ilmu semasa (Inggeris dan sebagainya) menerusi pelajaran bahasa-bahasa berkenaan itu. Inilah caranya yang sudah terbukti Berjaya seluruh dunia!

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (5)
1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
4. Tidak Cukup Istilah
Tidak Ada Buku
33. PAGE juga masih mendendangkan lagu tahun 1960-an (masa mula-mula bahasa Melayu mahu diangkat menjadi bahasa ilmu sekolah dan universiti) iaitu “lagu tak cukup buku”.
34. Berkenaan buku ini ada sekurang-kurangnya tiga tahap: buku tahap sekolah, tahap pelajar universiti dan tahap penyelidikan (di universiti dsbnya).
35. Buku sains dan matematik di peringkat sekolah sudah menjadi satu industri yang besar yang ramai guru terlibat dengannya dan sudah dianggap mencapai tahap yang sama dengan bahasa-bahasa maju di dunia, dalam erti kata kita sendiri sudah boleh berkarya sendiri dengan aslinya.
36. Malah ada pihak yang boleh dipercayai menyebut bahawa buku-buku sains dan matematik sekolah sekarang ini adalah terjemahan buku-buku Melayu!
37. Buku teks di peringkat universiti, kedudukan kita tidaklah buruk sangat berbanding dengan buku-buku teks peringkat universiti di negara-negara maju di Eropah sekali pun kerana sarjana kita sudah melakukan terjemahan atau berkarya asli sepanjang masa tetapi tidak banyak yang dapat diterbitkan (dicetak) kerana dasar penerbitan buku pengajian tinggi kita tidak pernah diambil pusing oleh kerajaan sehingga tidak pernah menjadikannya satu daripada komponen “pembangunan negara” yang penting dengan peruntukan berjuta-juta (apatah lagi ratusan juta) ringgit setahun maka perkembangannya tidak sesihat di negara-negara maju itu.
38. Dengan teknologi maklumat sekarang terjemahan atau karya asli ini disiarkan oleh hampir setiap pensyarah menerusi lamannya masing-masing sehingga penerbitan buku secara tradisi itu pun sudah tidak begitu relevan.
39. Dalam keadaan sedemikianlah, maka sebelum berlakunya bahang dasar paksaan PPSMI 2003 di universiti, kewujudan buku-buku teks berbahasa Melayu dalam kursus-kursus sains dan matematik adalah hanya sekitar 16% (bidang sains fizik dan sains matematik 30% tetapi bidang perubatan hanya 6%).
40. Selebihnya pelajar kita memang menggunakan “buku-buku” dari laman pensyarah (yang sebelum 2003 hampir semuanya dalam bahasa Melayu) dan buku dalam bahasa Inggeris sebagai rujukan tambahannya.
41. Pengetahuan bahasa Inggeris pelajar universiti kita yang selama ini diajar untuk tujuan ini tidaklah menimbulkan masalah yang besar, walaupun keperluan peningkatannya tetap diakui dan oleh itu usaha penatarannya terus menerus dilakukan menerusi pendidikan subjek bahasa Inggeris di sepanjang pengajian di universiti.
42. Keadaan ini serupa dengan yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di Eropah, iaitu pelajar berbincang ilmu dalam bahasa sendiri tetapi buku teks di hadapannya dalam bahasa keduanya.
43. Ini terbukti tiada masalahnya walaupun pencapaian ilmu di kalangan pelajar kita memang berbeza dengan pelajar di Eropah kerana masalah budaya ilmu yang tidak mungkin diselesaikan menerusi PPSMI.
44. Ini tidak sepatutnya menjadi sebab kita lari daripada tugas memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa kita sendiri sebagaimana tidak berlakunya juga di Eropah. Kita harus belajar lagi dengan lebih bersungguh-sungguh akan cara-cara negara di Eropah melakukannya.
45. Dalam pada itu sarjana kita sudah mampu berkarya sendiri sehingga mampu melahirkan buku-buku teks yang setanding dengan buku-buku teks dalam bahasa Inggeris atau bahasa Negara Maju yang lain, malah sesetengahnya ada yang dipakai (buku dalam bahasa Melayu itu, atau diterjemah dahulu) di Eropah.
46. Di peringkat penyelidikan, masalah bahasa (Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang relevan) di kalangan penyelidik dan sarjana kita walaupun dahulunya (kira-kira 50% sarjana itu) belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu sehingga ijazah pertamanya, kerana mereka tidak mungkin menjadi sarjana tanpa pengetahuan yang cukup dalam sekurang-kurangnya satu bahasa yang lain yang relevan dengan bidang ilmunya (Sarjana Eropah biasanya tahu tiga bahasa: bahasanya sendiri dua lagi bahasa ilmu yang lain seperti Inggeris, Jerman, Perancis, Rusia dll).
47. Malah sarjana kita yang berlatar belakang pengalaman berilmu menerusi bahasa sendiri itu (belajar dan mengajar), sudah ada menunjukkan tanda-tanda menjadi lebih kreatif atau menuju ke sekreatif sarjana-sarjana luar negara yang berlatar belakang bahasa ibunda masing-masing itu.
48. Ini sudah menjadi satu teori daya penciptaan yang tidak sesuai diperpanjang-panjangkan di sini, tetapi PAGE patut menyedari akan teori daya penciptaan ini.

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (4)
1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris Boleh!
Tidak Cukup Istilah
18. PAGE hanya meracau tentang kononnya tidak cukupnya istilah sains dan matematik dalam bahasa Melayu.
19. Berilah satu istilah sains atau matematik yang tidak ada dalam bahasa Melayu sekarang!
20. Lagi pun berapa banyaklah istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu yang bukan terjemahan dan pinjaman daripada bahasa lain?
21. Bilangan one sampai ten semuanya daripada bahasa lain sedangkan istilah “satu” sampai “sepuluh” semua asli Melayu kecuali mungkin “satu” dan “dua” sahaja.
22. Sains dan matematik dalam bahasa Melayu ini sudah berkurun-kurun (sejak abad ke-5M lagi, iaitu zaman kerajaan Melayu Funan dan Campa!); dan kalau nak dikira selepas merdeka ini pun (anggap kita mengalami amnesia) sudah berumur setengah abad.
23. Tidakkah PAGE tahu tesis bidang sains dan matematik di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah berjumlah ribuan sehingga sudah ada istilah perkara dalam sains dan matematik yang asli dalam bahasa Melayu pun!
24. Tidak hairanlah, istilah ilmu ini dalam bahasa Inggeris juga sentiasa diterjemah daripada bahasa-bahasa lain sejak dahulu, kini dan selamanya kerana yang berkarya bukan dari kalangan orang Anglo-Saxon atau orang seperti ahli PAGE sahaja.

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (3)
1. Aspirasi dan Sokongan Page
2. Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris Boleh!
15. PAGE masih berangan-angan dan memakai emosinya sahaja apabila menolak pandangan umum sekarang (bukan GMP sahaja) bahawa bahasa Inggeris (di mana pun) tidak boleh dan tidak sesuai dipelajari menerusi subjek sains dan matematik kerana PAGE tidak memaparkan apa-apa hasil kajian di dalam dan luar negara.
16. Sedangkan kajian di dalam negara kini pun sudah ada dan dahulunya sebelum PPSMI lagi kajian tidak berjayanya pelajar berbahasa ibunda A meningkatkan kepandaiannya dalam bahasa B menerusi PPSMB itu sudah pun ada.
17. Kajian gagalnya PPSMB dalam pencapaian sains dan matematik pelajar berbahasa ibunda A lagi banyak dan lebih ketara lagi! Kenapa tetap keras pedal!

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (2)
1. Aspirasi dan Sokongan Page
Tidak Menjejaskan Martabat Bahasa Melayu
9. PAGE membuat aritmetik yang tidak tepat tentang peratusan masa pendedahan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di sekolah kerana pihak GMP juga membuat aritmetik sejak mula dasar PPSMI ini dipaksakan dahulu dan diulang-ulang beberapa kali oleh pelbagai pihak (walaupun tidak pernah disiarkan dalam akhbar perdana).
10. Pengkaji kami itu ialah oleh Kamal Shukri (masih bekerja dengan kementerian Pelajaran dan juga sejak beberapa tahun ini memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia) yang dapat ditelaah dalam buku suntingan Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan, Suara Pejuang Bahasa terbitan Persatuan Linguistik Malaysia 2005.
11. Peratusan dedahan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dipaparkan oleh PAGE itu bolehlah diterima sama dengan kajian Kamal Shukri (dengan memaafkan kesalahan PAGE dalam aritmetiknya di akhbar itu kerana jumlahnya tidak berjumlah 100%; mungkin kerana sibuk dengan perjuangan bahasa Inggerisnya!) tetapi itu semua untuk di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah (Tingkat 1-3) sahaja.
12. PAGE sengaja menyorok fakta di Sekolah Menengah Atas, Sekolah Matrikulasi dan universiti, yang peratusan dedahan bahasa Melayu menjadi sengkek atau melukut di tepi gantang sahaja.
13. Umpamanya di Tingkatan 6 Sains dan Matrikulasi dedahan bahasa Melayu hanya 20% sahaja dan di universiti sudah jadi bukan universiti di Malaysia lagi kerana segi subjek sahaja pun hanya sekitar 10% subjek tidak layak dikelaskan sebagai “sains dan matematik”!
14. Bagaimana lagi PAGE mahu menegakkan benang basahnya dengan mengatakan PPSMI tetap mempertahankan martabat bahasa Melayu!? Masya Allah!

Prof. Dr. Shaharir Md. Zain Jawab Datin Noor Azimah (1)
Berikut ialah sangkalan GMP terhadap pandangan PAGE yang disiarkan di Berita Minggu 1 Mac 2009 ms 36 – 37
Aspirasi dan Sokongan PAGE
1. Pertamanya PAGE ingin menunjukkan kekuatannya dengan mengatakan selepas Persidangan Meja Bulat Ogos 2008, pihak PAGE berusaha mendapat “mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Kelang”, dan “dalam masa sebulan dapat 2,000 individu dan 240 buah sekolah yang meminta PPSMI dikekalkan.”
2. Beliau tidak pula mendedahkan hasil Persidangan Meja Bulat itu (ada ahli GMP yang berjaya menyelinap masuk secara sah) penyokong PPSMI, termasuk ketua besar PAGE yang dibenarkan berucap itu, hanya sekitar 30% sahaja!
3. Agaknya PAGE kecewa dengan persidangan itulah yang sebenarnya menyebabkan PAGE berusaha selama dua bulan itu. PAGE harus insaf juga bilangan dua ribu dan 240 buah sekolah di Lembah Kelang yang diperolehnya itu langsung tidak boleh mewakili puluhan ribu sekolah seluruh Malaysia.
4. Bahkan tidak boleh mewakili Lembah Kelang pun, kalau kita andaikan hasil tinjauan TV7 selama setengah jam selang berita jam lapan malam suatu masa dahulu (sekitar beberapa bulan sebelum Meja Bulat itu, kalau tak salah) ternyata sekitar 70% penonton TV7 masa itu tidak menyokong PPSMI.
5. Bercakap tentang PIBG, kerana PAGE tak puas hati dengan pendirian wakil Presiden PIBG Malaysia di persidangan Meja Bulat itu, beberapa hari yang lepas sahaja Presiden PIBG Malaysia menyatakan (menerusi akhbar Malaysia kini; akhbar perdana memang tidak menyiarkannya, yang tentunya menggembirakan PAGE!) bahawa 8 ribu PIBG seluruh Malaysia menentang PPSMI.
6. Pembaca juga tidak tahu profil penyokong PAGE (yang seramai 2 ribu individu di Lembah Kelang itu, orang-orang besar PAGE dan jurucakap 240 buah sekolah itu).
7. Adakah mereka ini guru-guru pakar sains dan matematik dan sebagainya? Adakah mereka ini kebanyakannya memang tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya?
8. Cuba bandingkan profil 68 orang Profesor bidang “sains dan matematik” yang menyatakan secara bertulis (atas sebuah memorandum) yang menentang dasar PPSMI sejak awal pengenalan dasar ini; dan Badan Bukan Kerajaan (BBK) yang menyatakan sokongan kepada GMP kini mencecah ratusan yang antaranya termasuklah beberapa buah persatuan yang khusus untuk ahli sains dan matematik, dan sebuah Majlis Profesor yang terdiri daripada semua profesor bidang “sains dan matematik” UKM.

Rabu, 4 Mac 2009
Pelaksanaan PPSMI Ganggu Perlembagaan
Daripada Arkib BH
Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein
KENAPA Gapena menentang pelaksanaan PPSMI?
Kita menolak dan menentang sejak dulu tetapi tidak mendapat perhatian. Jika tanya saya, memang saya bantah, malah ramai cendekiawan Melayu termasuk yang popular seperti Profesor Emeritus Abdullah Hassan; Profesor Diraja Ungku Aziz, Datuk Profesor Dr Nik Safiah Karim dan ramai lagi turut menolak pelaksanaannya.
Kami yang mewakili pelbagai gabungan dan perwakilan, terkilan kerana tidak pernah dipedulikan. Kami menulis surat kepada kerajaan supaya pandangan dan idea bijak pandai diambil kira. Keputusan (hasil kajian hala tuju pelaksanaan PPSMI) yang bakal dicapai pada akhir tahun ini bukannya untuk zaman kami tetapi generasi akan datang.
Kita lihat masyarakat Cina, mereka gunakan kesatuan guru untuk mendapatkan maklum balas atau melalui MCA. Sebaliknya kerajaan langsung tak mahu dekat dengan kami terutama dengan orang yang berfikir. Bagi saya, orang seperti Ungku Aziz adalah orang yang berfikir. Dia (Ungku Aziz) tak minta apa-apa pun. Dia kata, ini (PPSMI) tak menguntungkan bangsa Melayu dan kami pun fikir macam itu. Kita akan sentiasa kalah kalau kita teruskan. Nasib baik budak-budak sekolah tak buat demonstrasi membantah sejak enam tahun dulu.
Masyarakat Cina gunakan gagasan guru (Dong Jiao Zong) untuk pertahankan hak mereka dalam isu ini, bagaimana dengan orang Melayu?
Keadaan berbeza apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Sebelum itu, guru Melayu sentiasa berhubungan dengan rakyat, penuh pengorbanan dan cita-cita. Sebaliknya pada 1980-an Dr Mahathir mewujudkan golongan perniagaan Melayu dan Umno dikawal oleh teknokrat dan ahli perniagaan. Mereka berfikiran ‘cetek’ menyebabkan hilang segala idealisme. Mereka kata budayawan macam kami cuma golongan bermimpi, hanya pandai bercakap. Kesulitan Umno sekarang ialah mereka bunuh golongan pemikir.
Adakah guru sekarang tidak mempunyai pandangan sendiri (mengenai pelaksanaan PPSMI) atau tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku?
Guru dalam perkhidmatan terikat dengan peraturan. Kalau mahukan pandangan mengenai PPSMI, tanyalah guru pencen kerana mereka ada persatuan. Sebenarnya, pada peringkat bawahan, tak ada guru yang sokong. Mereka merana dan kecewa tetapi tidak boleh berbuat apa-apa sebab orang tak mahu dengar pandangan mereka.
Kenapa sekarang baru bertindak dan membuat laporan polis?
Kita sabar, rendah diri dan ia adalah kemuncak. Disebabkan pandangan kami tidak pernah didengari, kami berasa perlu mengambil tindakan tegas kerana pelaksanaan PPSMI mencabar Perlembagaan.
Ada dakwaan guru tidak mencapai standard untuk mengajar mengikut PPSMI dan ia satu faktor kegagalan dalam pengajaran. Apa komen Tan Sri?
Kita kena ingat sejarah kemerdekaan 50 tahun, Malaysia harmoni dari segi budaya, kemewahan, kegagahan hinggakan negara jiran terpegun melihat kejayaan kita, itu semua siapa yang buat, semua kerajaan ditunjangi Melayu.
Zaman 1960-an di Universiti Malaya, kami jadi ‘Red Indian’ kerana bilangan terlalu kecil dan bangsa lain mempersoal, memperlekeh bagaimana kami boleh layak masuk universiti. Apabila Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri) ambil alih, beliau tukar banyak perkara dan fokus kepada bahasa, budaya Melayu, itu yang mengubah banyak perkara. Itu yang menimbulkan keyakinan. Bagi saya, 50 tahun kemegahan kemerdekaan adalah atas dasar yang diperkenalkan Tun Razak sejak berpuluh-puluh tahun dulu. A
Apa rancangan yang pernah dikemukakan kepada kerajaan?
Inilah masalah besar. Sepatutnya ada pihak berbincang dengan cendekiawan Melayu. Jangan tanya bangsa lain, jangan hanya bawa isu ini ke Kabinet kerana nak dapatkan sokongan. Akan ada pihak menggunakan peluang ini untuk menghancurkan bahasa, budaya, institusi Raja Melayu, kerajaan Melayu dan apa saja berkaitan Melayu.
Saya sendiri pernah hantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk jumpa, bincang soal bangsa Melayu. Kalau Umno fikir mereka parti Melayu, mereka perlu bergabung fikiran dengan Melayu di luar parti macam kami untuk cari idea dan dapatkan pandangan.
Adakah Umno juga perlu berubah dan mewujudkan jawatankuasa bagi mempertahankan hak orang Melayu?
Saya rasa itu memang patut. Dalam Perlembagaan ada dua usul iaitu agama Islam dan bahasa Melayu. Dalam laporan polis kami, ia merujuk kepada menyentuh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kalau nak buat apa pun, buatlah tetapi jangan kacau Perlembagaan dan bagi kami pelaksanaan PPSMI jelas mengganggu Perlembagaan.
Sebab sekarang ini semuanya cuba guna bahasa Inggeris. Kalau kita laksanakan PPSMI, kita mengabaikan budaya Melayu. Padahal kalau bahasa Melayu digunakan di Malaysia, ia masih tidak menyeluruh, contohnya masih ada masyarakat Cina di Ipoh dan Pulau Pinang belum fasih berbahasa Melayu. Masih ramai yang tak gunakan bahasa Melayu dan tak tahu berbahasa Melayu, ada yang tak boleh baca papan tanda jalan dalam bahasa Melayu, inikan pula kalau kita gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di sekolah, kesannya lagi teruk.
Bagi kami kalau nak pandai, kami sokong bahasa Inggeris ditingkatkan bagi orang Melayu tetapi orang bukan Melayu patut tingkatkan bahasa Melayu supaya seimbang.
Ada dakwaan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gapena menentang dan membuat laporan polis didalangi pihak berkepentingan. Adakah ia benar?
Anda sendiri tengok kami di sini, ada dalang ke? Kami katakan Melayu adalah dalang, nak katakan dalang kamilah dalang dan kita bersubahat dengan kawan-kawan yang bersimpati dengan perjuangan kami, itu orang lain tak boleh kata apa. Kalau orang politik nak sokong, kami terima.
Masalah penguasaan bahasa Inggeris di luar bandar dikatakan tidak seimbang sekolah bandar. Adakah melalui PPSMI ini, ia boleh dijadikan satu pendekatan baik mencapai matlamat itu?
Bukan hanya melalui PPSMI, ada seribu cara dan kami sendiri akan tolong. Kita akan lebih pandaikan budak Melayu melalui cara yang lebih baik. Kalau semua budayawan, cendekiawan Melayu berada di belakang kerajaan, ia akan berjaya.
Kita boleh tolong dari segi buah fikiran, macam-macam idea boleh timbul. Pelajar di bandar, ada kelas tambahan, tuisyen, tapi budak kampung nak buat apa. Di bandar, bahasa perbualan harian pun guna bahasa Inggeris tetapi di kampung, keadaan jauh berbeza.
Sekarang jelas, budak Melayu dianggap bodoh dan jadi bahan ketawa, kita tengok keputusan peperiksaan. Pencapaian dan keputusan peperiksaan tanpa mengira kaum dipaparkan untuk memperlihatkan prestasi PPSMI, itu tak betul, kena buat ikut kaum. Kalau boleh buktikan 90 peratus Melayu masuk universiti, itu memang bukti baik. Kalau betul (berjaya), universiti akan kembali dikuasai anak Melayu.
Ini bukan masalah 30 peratus penguasaan ekonomi tetapi soal pembelajaran.
Pandangan Page
Apa yang mendorong Page bertindak?
Kita bertindak untuk generasi akan datang, bukan saja untuk pelajar bandar tetapi luar bandar. Dakwaan kami hanya mewakili kawasan bandar, tidak benar. Pada peringkat awal, kami disokong ibu bapa daripada sekolah di Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Rawang, Kulai, Pangkalan Chepa, Sarawak dan kini, setiap negeri ada wakil yang menyokong.
Mereka yang menyokong bukan semua boleh bertutur bahasa Inggeris. Mereka tahu kebaikan menguasai bahasa Inggeris dan mahu anak mereka mahir.
Isu ini dibangkitkan pada 2007 dan sebelum pilihan raya lalu. Pada Mei 2008, laporan akhbar berbahasa Cina mengatakan sistem lama akan diguna pakai semula. Menteri minta pandangan dan kita tunggu PIBG kebangsaan buat pendirian tetapi tiada apa-apa. Pakatan PIBG pun senyap, kami mula risau sebab ini krisis negara.
Ketika persidangan meja bulat pada Ogos 2008, PIBG kebangsaan diberi masa 20 minit untuk buat pembentangan tetapi presiden pun tak datang, cuma diwakili naib presiden yang mengatakan PIBG tiada pendirian, cuma beliau nyatakan pandangan peribadi.
Dari situ kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau mengatakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), semua nak kembali kepada sistem asal sedangkan MRSM sendiri adalah lambang pendidikan tinggi. Kami dapatkan mandat dan jemput wakil PIBG, sekolah di Lembah Klang dan bincang bagaimana nak bertindak.
Dalam tempoh dua bulan kita dapat sokongan 2,000 individu dan 240 sekolah yang minta PPSMI dikekalkan.
Pihak yang menolak pelaksanaan PPSMI menggunakan alasan mempertahankan martabat bahasa Melayu. Komen Page?
Mempraktikkan PPSMI tidak bermakna menjatuhkan martabat bahasa ibunda kerana masih tetap digunakan dalam pembelajaran. Hakikatnya soal itu tidak timbul langsung. Pada kami ia cukup mudah, bandingkan masa subjek mata pelajaran di sekolah rendah mengikut jam. Analisisnya ialah Bahasa Inggeris (BI) mencatatkan 15 peratus, Bahasa Melayu (BM) pula 21 peratus dan subjek lain yang diajar dalam bahasa Melayu, 38 peratus. Matematik dan Sains pula 26 peratus dan secara keseluruhannya, pendedahan masa kini pada 2008 ialah BI, 41 peratus dan BM sebanyak 59 peratus. Itu belum termasuk perbualan harian, perhimpunan mingguan dalam BM dan ia sebenarnya lebih 59 peratus, jadi tanggapan PPSMI mengabaikan BM adalah tidak tepat.
Di sekolah menengah pun sama, jika termasuk pecahan Sains, Biologi, Fizik dan Kimia, peratusan pengajaran dalam bahasa Inggeris ialah 37.5 peratus, manakala bahasa Melayu 62.5 peratus. Itu semua analisis asas dan soal mengabaikan bahasa Melayu sebenarnya tidak wujud.
Pejuang bahasa melaungkan bahasa Inggeris tidak boleh dipelajari menerusi subjek Sains dan Matematik?
PPSMI sebenarnya serampang dua mata kerana ia adalah cara memperbaiki dan mempertingkatkan bahasa Inggeris saintifik di kalangan pelajar, di samping mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris perbualan. Lingua franca am dunia, mempelajari Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris. Hujahnya mudah, iaitu istilah dalam bahasa Inggeris lengkap berbanding bahasa Melayu yang masih kekurangan dan terhad; bahan rujukan dalam bahasa Inggeris lebih meluas; pelajaran seterusnya dalam bidang ini adalah bahasa Inggeris, bahkan universiti terbaik, sama ada untuk sarjana muda atau sarjana atau pun kedoktoran menggunakan bahasa Inggeris.
Ada yang cadangkan jika PPSMI dihapuskan, sastera Inggeris khas diajar untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi masa mana yang perlu digantikan, adakah dengan masa BM, sedangkan jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, pelajar akan mendapat dua manfaat serentak. Kita bukan nak membesarkan bahasa Inggeris, cuma nak ilmunya.
Bagaimana nasib murid yang bersekolah dan tinggal di pedalaman yang dikatakan ketinggalan dalam bahasa Inggeris?
Mereka selalu menggunakan alasan anak di kampung kurang faham bahasa Inggeris. Itu memperlekehkan kemampuan mereka. Harus diingat, tiada murid yang bodoh, cuma pengajarnya yang lemah, persekitarannya perlu diperbaiki. Anak kita bukanlah punca masalah apa-apa polisi kerana kajian saintifik menunjukkan umur paling baik untuk menyerap dan belajar sesuatu bahasa adalah dua hingga tujuh tahun. Jadi, kita mesti mengambil peluang ini untuk memastikan anak kita mempelajari bahasa Inggeris di samping mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu.
Profesor Shichida menggunakan metodologi ini untuk mengasuh minda muda menyerap bahasa, angka dan daya ingatan iaitu ‘dedah, dedah, dedah. Berlatih, berlatih, berlatih, dan pendekatan ini juga diamalkan dalam cara pembelajaran Professor T Kumon.
Cadangan Page ialah bahasa Inggeris harus diperkenalkan pada peringkat tadika dan tenaga bekas guru digunakan kerana mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang perlu dikongsi.
Bagaimana masalah kekurangan guru yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris dalam melaksanakan PPSMI?
Antara cadangan yang mungkin kita serap dalam mengkaji semula metodologi yang dipakai untuk mengasuh guru mengajar di sekolah ialah mempertingkatkan kualiti guru maktab perguruan. Kerajaan melabur begitu banyak untuk menyediakan guru mengajar dalam bahasa Inggeris dan ia perlu diteliti untuk memastikan pelaburan itu meraih keputusan positif. Kerajaan membelanjakan RM5.2 bilion untuk peralatan dan penyediaan termasuk menghantar guru ke luar negara. Mereka masih belum pulang. Itu semua pelaburan, takkan kita nak kembali kepada sistem asal, apa akan jadi dengan peruntukan besar yang sudah dibelanjakan.
Kita perlu belajar daripada pengalaman Negeri Sembilan. Melalui Yayasan Negeri Sembilan, Keluarga Diraja Negeri Sembilan membiayai projek ‘PIERS’ untuk melatih dan melengkapkan guru di 34 sekolah di negeri itu. Seramai 300 guru dilatih sambil bekerja dan tambahan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris dalam masa setahun. Apabila kembali bertugas, mereka mengajar guru lain bagaimana mengajar dalam bahasa Inggeris. Keputusan menunjukkan mereka berjaya menguasai bahasa Inggeris dan mencapai peningkatan tinggi dalam kebolehan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah, mereka menjadi guru yang penuh motivasi, kreatif dan berkeyakinan. Proses itu sangat berjaya dan sedang diteruskan hinggakan mereka dihantar ke Sabah dan Sarawak untuk gunakan kaedah sama.
Ada dakwaan keputusan peperiksaan merosot disebabkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Komen Page?
Itu tidak benar. Kumpulan perintis PPSMI baru saja menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan belum menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka adalah pramatang.
Kesimpulannya keputusan PMR dan SPM yang digunakan sebagai dasar hujah ini tidak boleh dipakai kerana anak ini tidak diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah. Hakikatnya PPSMI diwujudkan pada 2003 bagi murid Darjah Satu dan Tingkatan Satu. Pada 2008, perintis pertama menduduki UPSR dan 2007 adalah generasi pertama menduduki SPM bermula di Tingkatan Satu.
Dakwaan keputusan menurun tidak tepat kerana ia berdasarkan PMR dan SPM bukannya UPSR kerana ia masih menggunakan separuh daripada sistem lama iaitu belajar bahasa ibunda di sekolah rendah dan bahasa Inggeris di sekolah menengah. Itu masalahnya kerana ia bercampur dan tidak sepenuhnya di bawah PPSMI. Kajian antarabangsa dibuat kepada pelajar berusia 14 tahun memang menurun tetapi generasi pertama yang gunakan sepenuhnya PPSMI baru pada tahap Darjah Lima, sedangkan itulah sasaran kita sebenarnya. Mereka belum lengkap dan masih jauh untuk dinilai, jadi penilaian kepada pelajar 14 tahun itu tidak tepat kerana mereka adalah generasi campuran, iaitu hanya menggunakan BI di sekolah menengah. Tarikh paling awal membuat perbandingan keberkesanan dasar PPSMI adalah berdasarkan tiga tahun keputusan PMR iaitu pada 2013 dan lima tahun berdasarkan keputusan PMR dan SPM pada 2016.
Mengapa kita tidak mencontohi Jepun dan Korea yang mengutamakan bahasa ibunda tetapi tetap maju, berdaya saing dan menjadi negara industri?
Kita rujuk kepada sejarah. Sejarah revolusi industri bermula di Eropah dan Britain pada akhir abad ke-19, disusuli Jepun, Korea dan kemudiannya Taiwan. Proses perindustrian di Malaysia hanya bermula pada 1970-an dan diperkembangkan sepenuhnya pada 1980-an. Ia mencatatkan perbezaan kira-kira 100 tahun selepas zaman industri Eropah dan Jepun, manakala kita ketinggalan 40 tahun di belakang Korea dan Taiwan.
Adakah bahasa Malaysia dikategorikan bahasa pengetahuan industri, sudah tentu tidak dan di manakah kedudukannya. Satu contoh mudah di kilang Proton, bahan rujukan seperti manual dan garis panduan adalah dalam bahasa Inggeris.
Negara seperti Jepun adalah negara pembuat, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda sedangkan kita negara pengguna.
Bagi kes Dong Jiao Zong yang memperjuangkan penghapusan PPSMI, mereka sedar yang mereka masih beruntung dengan bahasa Mandarin tetapi bagaimana pula dengan anak kita di sekolah kebangsaan kalau tidak bahasa Inggeris?
Daripada dunia industri, sekarang beralih kepada dunia maklumat. Di dalam dunia internet, jika kita mencari rencana melalui google atau yahoo dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, kita akan mendapati perbezaan jelas. Contohnya merujuk kepada istilah matematik dan mathematics, apa yang akan kita temui ialah rencana matematik dalam bahasa Melayu cuma 0.3 peratus dan rencana dalam bahasa Inggeris 97.7 peratus.
Hakikat sama dalam rencana sains merujuk kepada penemuan 99.9 peratus dalam bahasa Inggeris dan cuma 0.1 peratus dalam bahasa Melayu.

Rabu, 4 Februari 2009
Tujuh Hujah Pro-PPSMI
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/10/teaching-of-maths-and-science-in.html
The New Straits Times Online: 26 Oktober 2008
TEACHING OF MATHS AND SCIENCE IN ENGLISH: Don't deny our children the chance to master English
This is an appeal sent to the prime minister and minister of education by the Parents Action Group for Education (Page) for the teaching of Science and Mathematics to be continued in English.
AT the last and fourth roundtable discussions on the teaching of Science and Mathematics in English on Oct 21, the Parents Action Group for Education (Page) spoke for parents who are supportive of the policy to be maintained.
We provided a new and refreshing insight into parents' wishes for their children, the major stakeholders in this matter.
All arguments against the policy were addressed in detail, rebutted and effective solutions were recommended.
ARGUMENT 1
That the policy has relegated the superiority of Bahasa Malaysia is untrue.In primary schools, Bahasa Malaysia is used as the medium of instruction for 59 per cent of school hours while English takes up 41 per cent.
In secondary schools, 62.5 per cent of school hours see the usage of Bahasa Malaysia while English is only used up to 37.5 per cent.
As Bahasa Malaysia has not been compromised at all, the issue of relegating the superiority of Bahasa Malaysia does not arise.
On the other hand, the abolition of the current policy will see an alarming drop of English language being used in schools -- in primary schools, 15 per cent, and in secondary schools, 17.5 per cent.
ARGUMENT 2
That English cannot be taught through Science and Mathematics is inaccurate.There are two aspects: conversational and scientific English. The lingua franca of learning Science and Mathematics is English (terminologies are complete, reference materials are endless and the higher/tertiary education is in English).
Thus, scientific English must be learnt at the very beginning to form a strong foundation for these two subjects.Let us not produce textbook scholars but thinkers in line with Thrust 1 (Building Negara Bangsa) and Thrust 2 (Developing Human Capital) of the National Education Blueprint.
It cannot be denied that conversational English will also be learnt along the way, as the way to master any language is continuous exposure and experience.
ARGUMENT 3
That Science and Mathematics must be taught in the mother tongue, as urban and rural children who are raised in their mother tongue fail due to the inability to understand when taught in English, is a misconception.Bahasa Malaysia is not the mother tongue for all Bumiputeras.
Mandarin is also not the mother tongue for the majority of Chinese children.In any event, scientific studies confirmed that the best and optimum time to absorb languages is when the brains are still forming from the ages of 2 to 7 years. Thus there are "no bad students, only poor teachers".
Teachers and education policies must capitalise on this by continuously exposing our children to the English language for easy learning in Science and Mathematics.
The methods employed by Prof Shichida and Prof Kumon (acknowledged worldwide) have shown that the young minds are more than able to not only grasp and master the language, but also the concepts and formulas in Science and Mathematics.
On this basis, we propose that English be taught from kindergarten to maximise the propensity for easy learning assimilation of the child.Resources should include retired English teachers. As a team, the students and the teachers will raise the standards of excellence in schools as envisioned by Thrust 6 of the National Education Blueprint.
ARGUMENT 4
It is questionable whether there are insufficient resources to teach in English. We invite the Ministry of Education to relook the methodology of training the trainers. Address the problem at the root. Take stock of investments made. Promote the profession as noble and rewarding, and not just as an occupation of last resort.
Returning the dignity to the teaching profession is in line with Thrust 5 (Strengthening the Teaching Profession) of the National Education Blueprint.
Let us learn from the Negri Sembilan experience where the royal family, through its education and welfare trusts, funded the Project to Improve English in Rural Schools.Teachers from 34 schools were trained to teach Science and Mathematics in English effectively.
Tests showed that the teachers were more proficient in English, and the methodology improved as the teachers became more motivated and confident.
Make Thrusts 3 (Strengthening the National Schools) and 6 (Raising the Standard of Excellence in Schools) of the National Education Blueprint a reality.
ARGUMENT 5
That examination results declined upon implementation of the policy is not an accurate and fair statement.The first batch of students who learned Science and Mathematics from the very beginning in English had just sat the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah examination last month.
We recommend that in order to assess whether this policy is a success or otherwise, the basis should be their Penilaian Menengah Rendah and Sijil Pelajaran Malaysia examination results.
They would have learnt the subjects in English from the very beginning. It is only in 2013 that the first full cycle would have been completed.
To eliminate possibilities of teething problems, comparisons must be made perhaps between three years -- SPM results in 2013, 2014 and 2015.
Any sooner is premature and unjust.
ARGUMENT 6
There is also the argument that we should follow the Chinese, Japanese and Koreans in learning Science and Mathematics in the mother tongue.
As far as the Industrial Revolution records show, Malaysia is over 100 years behind Japan and over 50 years behind Korea. For us not to lag behind any further and jump on the bandwagon of the industrial journey, the industrial language open to us is English.
ARGUMENT 7
The proposition that Science and Mathematics be taught in our mother tongue at primary schools but later in English at secondary schools is myopic.As the propensity to absorb languages declines with age, leaving it to teenage years before introducing the subjects in English is a crime.
It is a loss not capitalising on the optimum learning assimilation of young minds in the primary years.There is no continuity of learning for our children. A smooth learning process is critical to ensure effective learning. To breed thinkers, encouragement must be given in their early years to take their first steps in the pool of reference materials enriched with knowledge. They are only able to do this if we equip them with the most essential tool -- the English language.
English undeniably is the language of knowledge in this day and age. With the advent of the information age, being unable to master the language clearly impedes our children's capability to further attain knowledge.It is sad if we limit our children's quest for knowledge by denying them the opportunity and ability to master English.
We should admit the obvious; a higher proportion of excellent students are from the urban areas. This is due to the fact that urban children are given more exposure, the right pressure and adequate tuition to ensure excellent results.
As unfortunately for the most part, it is the children from non-urban schools who lack the exposure to the language, it is not difficult to foretell a future with an ever widening urban-rural divide.
We advocate this policy -- Thrust 4 (Narrowing the Rural-Urban Education Gap) -- to guarantee the education gaps between rural and urban children are bridged.
(Page, set up in September, provides a platform for parents of students to voice their viewpoints and concerns on education matters. It is driven by the PTA of Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. It has the backing of over 100 schools).

Rabu, 28 Januari 2009
Diberi Betis, Hendak Paha
Catatan Mohd Isa bin Abd Razak tentang PPSMI, 001, 9 Januari 2009
Oleh Mohd Isa bin Abd Razak, 9 Januari 2009, http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/
Saya mengucapkan terima kasih kepada Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan kerana menterjemah dan menyiarkan laporan Pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE) di blognya. Saya tidak membaca akhbar itu. Jadi, pada saya, maklumat ini baharu walaupun terlewat.
Kandungan laporan ini juga menarik. Pada saya, Ada empat sebab laporan ini menarik.
Pertama, Pengerusi PAGE yang menyokong Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) itu ialah orang Melayu. Menariknya, orang Melayu menyokong dasar yang dicipta oleh parti Melayu. Menarik juga, orang Melayu ini menjadi alat penyata hasrat (jikalau benar) orang Cina, India dan pelbagai suku kaum di tempat-tempat yang terdapat dalam laporan itu.
Kedua, dia (Pengerusi PAGE) menggambarkan bahawa ibu bapa yang menyokong PPSMI itu banyak dan menyeluruh. Jelas dinyatakan ada Cina dan India. Berdasarkan tempat, tentulah termasuk ibu bapa pelbagai suku kaum. Misalnya, di Keningau banyak Murut dan orang Penampang majoritinya Kadazan. Menariknya, respons positif itu dikatakannya daripada “ibu bapa di pekan-pekan luar bandar”. Antara pekan luar bandar itu ialah Keningau.
Ketiga, dia mengemukakan dua hujah. Hujah pertamanya, bahasa Inggeris (BI) ialah bahasa antarabangsa dan sedia menjadi bahasa sains dan matematik. Menariknya, hujah ini sama dengan hujah murid sekolah rendah dalam pertandingan bahas. Hujah keduanya, Teori Piaget mengatakan bahawa perkembangan bahasa berlaku dengan pesat antara umur dua hingga tujuh tahun. Menariknya, hujah ini tidak sah kerana yang dibincangkan ialah pembelajaran sains dan matematik – bukan pemerolehan bahasa.
Keempat, dia mengimplikasikan dua hujahnya dengan mencadangkan “kanak-kanak mula diberi pelajaran BI daripada sekolah tadika dan seterusnya.” Menariknya, perkara ini sedang berlaku. Kalau begitu, mungkin yang tersirat dalam cadangan ini ialah BI menjadi bahasa pengantar di tadika. Wah, jikalau PPSMI sekarang ialah betis, dia hendak paha!
Ada Juga Ibu Bapa Luar Bandar yang Dilaporkan Mahu Bahasa Inggeris!
Supaya kita lebih arif, ada baiknya kita melihat juga pendapat dan pendirian pihak yang menyokong bahasa Inggeris.
Disadur dan diterjemahkan daripada laporan NOOR AZIMAH ABDUL RAHIM, Pengerusi, Parent Action Group for Education (PAGE), Kuala Lumpur dalam NST Online, 2008/12/15.
Parent Action Group for Education (PAGE) mahu menjelaskan bahawa kami tidak hanya mewakili ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah-sekolah bandar, tetapi juga ibu bapa dan guru luar bandar, yang menyokong dasar sekarang.
Kami mendapat respons positif daripada ibu bapa di pekan-pekan luar bandar seperti Keningau, Penampang dan Tawau di Sabah, Long Lama (Sarawak), dan pekan kecil seperti Kodiang (Kedah), Bukit Baru (Melaka), Tampin (Negeri Sembilan), Beserah, Kuala Lipis dan Jengka (Pahang), Kuala Kangsar (Perak), Bukit Keteri (Perlis), Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Jeli (Terengganu (seperti dalam teks asal)) dan Pengkalan Chepa (Kelantan).
Umpan balik positif ini tidak datang daripada ibu bapa yang mempunyai anak di Sekolah Kebangsaan sahaja, tetapi ramai juga daripada sekolah Cina dan Tamil.
Ramai mereka menyatakan sebab utamanya adalah kerana bahasa Inggeris itu sudah menjadi bahasa Sains dan Matematik, dan juga bahasa Inggeris itu adalah bahasa antarabangsa dan bahasa perdagangan. (Hujah 1: (a) BI bahasa sains dan matematik; (b) BI bahasa antarabangsa.)
Generasi akan datang ini mesti menguasai bahasa Inggeris secepat mungkin. Ini adalah kerana Teori Perkembangan Kognitif yang dihasilkan oleh Piaget mengatakan bahawa perkembangan bahasa berlaku dengan pesat antara umur 2 hingga 7 tahun. (Hujah 2: Teori Piaget) Selepas itu upaya belajar bahasa menurun secara mendadak.
Oleh yang demikian, kami mencadangkan kanak-kanak mula diberi pelajaran bahasa Inggeris daripada sekolah tadika dan seterusnya. (Implikasi hujah: BI bermula di tadika.) Sekiranya mereka bermula pada tahap sekolah menengah maka pada kebanyakan mereka ini sudah terlambat.
Page ingin menyatakan bahawa kami bersuara untuk semua ibu bapa yang menyokong dasar ini.
Parent Action Group for Education dapat diterjemahkan sebagai “Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Demi Pendidikan

Langgan:
Catatan (Atom)